Analysis

Berita, Trend & Analitis 27.01.2021

Satu Lagi Vaksin?

Hari ini tumpuan adalah pada perjanjian dagangan baharu di Pasifik, Setiausaha Perbendaharaan baharu AS & harapan untuk satu lagi vaksin semakin meningkat.

 

Kalendar

13:30 UTC

Pesanan Barangan Tahan Lama Teras AS (MoM) untuk bulan Disember akan diterbitkan. Ramalan: 0.5%. Bacaan yang lebih tinggi daripada ramalan boleh menandakan dorongan positif untuk USD.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, USD/JPY, USD/NZD


15:30 UTC

Inventori Minyak Mentah AS akan dikeluarkan. Ramalan: 0.630J. Sekiranya jumlah minyak yang disimpan melebihi ramalan, ia akan memberikan impak negatif kepada harga Minyak.

Aset untuk didagangkan: Brent, Chevron


19:00 UTC

Rizab Persekutuan akan membuat pengumuman kadar faedah. Ramalan: 0.25%. Sekiranya kadar dinaikkan, ia boleh dianggap sebagai tanda positif untuk USD.

Aset untuk didagangkan: AUD/USD, USD/JPY

 

Berita

China dan New Zealand telah menandatangani sebuah perjanjian pada hari Selasa untuk menaik taraf pakatan dagangan bebas yang membolehkan barangan dari negara Pasifik ini mempunyai akses yang lebih besar kepada ekonomi kedua terbesar negara ini. Mempengaruhi NZD


Jangkaan awal menunjukkan bahawa pakej rangsangan ekonomi $1.9 trilion yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden boleh meningkatkan output ekonomi A.S. sebanyak 5% untuk tiga tahun yang akan datang. Mempengaruhi USD


Janet Yellen secara rasminya menjadi wanita pertama yang mengetuai Perbendaharaan A.S. dan akan mula bekerja dengan Kongres berkaitan bantuan koronavirus, mengkaji dasar sekatan A.S. dan memperkuat peraturan kewangan. Mempengaruhi USD


Johnson & Johnson berkata pada hari Selasa bahawa mereka dijangka akan melaporkan data vaksin COVID-19 yang ditunggu-tunggu pada awal minggu hadapan dan mereka dapat memenuhi sasaran penghantaran ubat kepada negara yang telah menandatangan perjanjian bekalan. Mempengaruhi Dow Jones


Saham A.S. telah meningkat pada hari Selasa dengan S&P 500 mencapai satu lagi rekod tinggi ketika kemas kini peroleh yang positif dilaporkan oleh sebilangan syarikat. Mempengaruhi S&P 500

 

Analisis Teknikal

Dow Jones

Dow Jones berada di tengah-tengah musim perolehan dan telah menerima beberapa momentum positif daripada syarikat seperti Johnson & Johnson dan 3M yang telah melaporkan perolehan yang lebih baik daripada jangkaan. Selain itu, Johnson & Johnson dijangka akan menyampaikan keputusan vaksin COVID-19 mereka dan berkata bahawa mereka bersedia untuk memenuhi kontraknya, perkara ini boleh mempengaruhi harga indeks.

Indeks ini sedang didagangkan dalam saluran dan sedang kehilangan momentum negatif, trend untuk menguji sempadan atas mungkin akan bermula.

Tesla

Harga terus menguji tahap rintangan di sekitar 900 dan boleh melepasinya jika momentum berterusan.

Microsoft

Didagangkan pada ketinggian baru-baru ini, harganya boleh terus meningkat melepasi garisan rintangan lamanya di 233

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 24.07.2020

Konfrontasi antara RRC dengan Amerika Syarikat, statistik negatif COVID-19 dalam negara dengan populasi yang besar merupakan faktor-faktor gelombang krisis baharu.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 12.08.2020

Pasaran AS didorong oleh inisiatif terkini oleh pentadbiran Trump termasuk lebih bantuan kepada pekerja dan cuti cukai gaji untuk meringankan tekanan majikan.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 12.09.2019

Parlimen U.K. akan berpeluang berjuang untuk perjanjian Brexit, sementara Johnson lebih suka meneruskannya sehingga tarikh akhir 31 Oktober.
Analysis

Minit RBA membuka pintu

Minit daripada mesyuarat Bank Rizab Australia yang lalu memberi isyarat tentang kemungkinan potongan kadar lanjutan.
Blog rasmi Olymp Trade