Analysis

Berita, Trend & Analitis 27.05.2021

Kebimbangan Vaksin

Hari ini tumpuan adalah pada larangan perlombongan kripto di Iran, pembelian MGM studio oleh Amazon, dan perjanjian pesawat baharu untuk Boeing.

 

Kalendar

12:30 UTC

Penilaian Tuntutan Pengangguran Awal mingguan A.S. akan diterbitkan. Ramalant: 425 ribu. Jika keputusan lebih tinggi daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, USD/JPY, CAD/USD

 

Berita

Amazon bersetuju untuk membeli studio filem MGM bagi meluaskan capaian dan kebolehan media. Mempengaruhi Amazon


Iran telah melarang perlombongan mata wang kripto selepas suatu siri bekalan kuasa terputus di seluruh negara itu. Mempengaruhi Bitcoin


Belgium menghentikan pengedaran vaksin Johnson & Johnson untuk warga di bawah umur 41 selepas satu kematian. Mempengaruhi Johnson & Johnson


WhatsApp daripada Facebook menyaman pihak kerajaan India kerana undang-undang internet baharu. Mempengaruhi Facebook


Boeing memenangi perjanjian bernilai $24 juta untuk menyokong program pesawat P-8A. Mempengaruhi Boeing

 

Analisis Teknikal

Amazon

Amazon terus meluaskan kehadirannya dalam bidang hiburan digital, dan pembelian studio Hollywood MGM yang terkenal adalah satu langkah ke arah itu. Apabila permintaan untuk kandungan hiburan terus meningkat, ia bukan satu kejutan bagi salah satu syarikat yang terbesar di dunia untuk menyertai pasaran ini.

Amazon menembusi tahap rintangan sebelumnya dan sedang meningkat, menunjukkan potensi untuk memulakan aliran menaik.

Ethereum

Kripto ini mengalami pembetulan pada masa ini selepas peningkatan yang dilihat hari ini, walaupun kami percaya ia telah menemui tahap rintangan baharu dan akan menurun.

USD/CHF

Pasangan ini melantun daripada tahap rintangan dan kini jatuh ke bawah tahap sokongan, dan ini adalah tanda-tanda bahawa ia mungkin tembus untuk terus jatuh.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 02.09-06.09.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 19.02.2020

Disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang berbahaya di China, Apple telah kehilangan keupayaan untuk membekalkan jumlah barangan yang dirancang kepada pelanggan.