Berita, Trend & Analitis 29.04.2021

Hari ini tumpuan adalah pada ucapan Presiden A.S. Joe Biden di hadapan Kongres, keutungan suku tahunan tertinggi untuk Google dan Parlimen EU menyokong perjanjian dagangan UK baharu.

 

Kalendar

07:55 UTC

Destatis mengeluarkan Perubahan Pengangguran Jerman bulanan. Ramalan: -10 ribu. Jika keputusan lebih rendah daripada ramalan, EUR mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, EUR/CAD, EUR/GBP


12:30 UTC

Jabatan Buruh A.S. mengeluarkan penilaian Tuntutan Pengangguran Awal mingguan. Ramalan: 549 ribu. Jika keputusan lebih tinggi daripada ramalan, USD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD

 

Berita

Alphabet, syarikat induk Google, melaporkan keuntungan tertinggi untuk suku tahunan kedua berturut-turut tetapi memberi amaran tentang lonjakan penggunaan dan jualan iklan mungkin berakhir setelah pandemik berakhir. Mempengaruhi Google


Presiden A.S. Joe Biden dijangka mengumumkan pelaburan bercita-cita tinggi dalam ucapan bersama kepada Kongres hari ini. Mempengaruhi Dow Jones


Walaupun Microsoft melebihi jangkaan dalam laporan pendapatannya, sahamnya menurun sedikit kerana pelabur ragu-ragu akan keuntungan jangka panjang. Mempengaruhi Microsoft


Saham Starbucks merosot apabila syarikat ini tidak memenuhi ramalan jualan suku tahunan. Mempengaruhi Starbucks


Parlimen Eropah menyokong kuat perjanjian dagangan pasca Brexit dengan UK, walaupun kurang yakin dengan kerajaannya. Mempengaruhi GBP

 

Analisis Teknikal

Google

Google mengalami tahun yang menguntungkan kerana pandemik memaksa banyak perniagaan untuk muncul secara digital dan untuk menggunakan pemasaran dalam talian. Harga sahamnya meningkat dengan ketara, begitu juga pendapatannya. Pada masa yang sama, peningkatan ini mungkin hanya sementara apabila dunia kembali ke runti sebelum Covid.

Kita dapat melihat kemerosotan mendadak diikuti pembetulan harga dan penurunan yang stabil. Kami percaya Google akan turun dengan mendadak hari ini sebelum mencapai tahap sokongan baharu.

Gold

Harga emas terus menurun, dan kami menjangka trend ini untuk berterusan hari ini, mungkin mencapai harga 1,765.

EUR/GBP

Kita melihat volatiliti tinggi dalam pergerakan pasangan ini, ke arah menurun. Kami menjangka ini untuk berterusan jangka pendek, mungkin mencapai tahap sokongan semalam.


Amaran risiko:

Maklumat yang diberikan bukan nasihat pelaburan. Apabila menggunakan maklumat ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan mengambil semua risiko yang berkaitan dengan hasil kewangan transaksi anda.

Mula berdagang