Analysis

Berita, Trend & Analitis 30.04.2021

Kekurangan Bekalan Cip Berlaku Lagi C

Hari ini tumpuan adalah pada pekerjaan untuk Britain, kripto baharu dan masalah bekalan Jerman.

 

Kalendar

8:00 UTC

GDP Jerman (QoQ) untuk Q1 akan diterbitkan. Ramalan: -1.5%. Jika data lebih rendah daripada ramalan, EUR dan DAX mungkin dipengaruhi secara negatif.

Aset untuk didagangkan: DAX, EUR/USD, EUR/NZD


9:00 UTC

EU CPI atau Indeks Harga Konsumer Index (YoY) untuk April akan diumumkan. Ramalan: 1.6%. Jika data adalah lebih rendah daripada ramalan, EUR mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/NZD, EUR/GBP, AUD/EUR


12:30 UTC

GDP Kanada (MoM) untuk bulan Februari akan diterbitkan. Ramalan: 0.5%. Jika keputusan lebih rendah daripada yang dijangka, CAD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, CAD/JPY, CAD/CHF

 

Berita

Pekerja British kembali bekerja dan pembeli-belah mula membeli pakaian dan perabot selepas sekatan dikurangkan merentas negara itu awal bulan ini, berdasarkan angka rasmi pada hari Selasa. Mempengaruhi GBP


Perkembangan pesat versi digital yuan daripada China tidak mendesak projek mata wang digital Rizab Persekutuan untuk. Pengerusi Feds, Jerome Powell berkata pada hari Rabu, mengulas juga bahawa pendekatan China tidak akan berkesan di Amerika Syarikat. Mempengaruhi Bitcoin


Pertumbuhan ekonomi A.S. mungkin mengalami kenaikan pada suku tahunan pertama, didorong bantuan besar daripada pihak kerajaan kepada isi rumah dan perniagaan, melakar laluan untuk apa yang diharapkan sebagai prestasi paling kuat tahun ini untuk hampir empat dekat yang lalu. Mempengaruhi USD


Sentimen ekonomi zon euro melonjak pada bulan April apabila kempen vaksinasi terhadap coronavirus dipercepatkan, dengan kenaikan tajam merentas semua sektor ekonomi yang menurut ahli ekonomi menandakan tamatnya kemelesetan akibat pandemik. Mempengaruhi EUR


Kekurangan bekalan semi konduktor dan komponen perindustrian lain mengancam untuk mengganggu pemulihan ekonomi Jerman, memaksa eksekutif dan penggubal dasar untuk memikirkan semula talian bekalan dan cuba mengurangkan kebergantungan pada sekumpulan pembekal Asia dan A.S. Mempengaruhi DAX

 

Analisis Teknikal

DAX

Ekonomi Jerman menunjukkan tanda positif, tetapi kekurangan bekalan cip mula menjejaskan ramalan. Sementara negara itu bergelut untuk pulih dari segi ekonomi daripada perintah berkurung, kebergantungan bekalan sedang dinilai semula apabila negara itu berharap untuk menjadi lebih mandiri.

Indeks ini menguji tahap rendah dan tahap sokongan terkini, ia berkemungkinan melantun semula.

Johnson & Johnson

Harga mungkin melantun daripada condong tahap meneruskan trend naik.

Boeing

Harga menguji tahap sokongan sekitar 234, momentum mungkin cukup kuat untuk menembusinya

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 11.09.2020

Rang undang-undang pasaran domestik UK melanggar perjanjian Brexit atas status Ireland Utara. Dan speaker Dewan Perwakilan AS juga mencadangkan untuk "melupakan" perjanjian...
Analysis

Berita Mingguan 07.10-11.10.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 27.03.2020

Semalam, sebuah laporan telah dikeluarkan tentang permohonan asal untuk faedah pengangguran di Amerika Syarikat yang merekodkan peningkatan yang mendadak.
Blog rasmi Olymp Trade