Hari ini, tumpuan adalah pada pertumbuhan inflasi di Jerman kesan berita daripada sektor perkhidmatan, pengujian penerbangan Boeing dan juga boikot Facebook.
Berita
Kadar inflasi di Jerman meningkat dengan lebih mendadak daripada yang dijangkakan. Mempengaruhi EUR
Boeing dilaporkan menguji 737 MAX yang terkenal. Mempengaruhi Boeing
Exxon Mobil merancang untuk mengurangkan pekerja selepas tinjauan prestasi. Mempengaruhi Exxon Mobil
Syarikat menyertai boikot pengiklanan di Facebook. Mempengaruhi Facebook
Eksport Hong Kong terus menurun pada bulan Mei. Mempengaruhi Hang Seng
Kalendar
09:00 GMT
Indeks harga pengguna EU akan dikeluarkan. Dijangka akan meningkat sebanyak 0.1%, jika data sebenar lebih tinggi, EUR mungkin meningkat.
12:30 GMT
KDNK Kanada (MoM) akan dikeluarkan. Dijangka akan menurun sebanyak 13%, jika data sebenar lebih tinggi, CAD mungkin meningkat.
14:00 GMT
Indeks keyakinan pengguna CB akan dikeluarkan. Dijangka akan masuk pada 91.8, jika data sebenar lebih rendah, USD mungkin menurun.
16:30 GMT
Pengerusi Persekutuan, Jerome Powell, akan menyampaikan ucapan. Peristiwa ini mungkin akan memberikan impak pada sesi perdagangan.
23:50 GMT
Indeks sentimen pengeluar besar Tankan akan dikeluarkan. Nilai yang negatif akan memberikan impak negatif kepada JPY.
Analisis Teknikal
Semuanya bermula pada 28 Jun, apabila pengiklan terbesar dunia, Unilever Plc mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan kerjasama dengan Facebook. Tindakan syarikat ini diikuti dengan Coca-Cola, PepsiCo, Honda dan syarikat lain. Pentadbiran Facebook dituduh tidak giat dalam menangani ucapan perkauman.
Sehubungan dengan hal ini, saham syarikat ini telah menurun lebih daripada 10%. Walau bagaimanapun, pemecahan corak “Kepala dan Bahu” menandakan bahawa trend negatif ini akan berterusan.
EUR/CAD
Trend bulis mungkin berterusan memandangkan masih terdapat kemungkinan untuk bergerak ke had atas saluran.
AUD/CAD
Carta ini mungkin akan menunjukkan trend menurun yang mantap kepada tahap sokongan pada 0.92860.
AUD/CAD pada hari ini dalam sejarah
- Sejak tahun 2000, 30 Jun telah menjadi hari perdagangan sebanyak 30 kali.
- Pada 61% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri perdagangan dengan pertumbuhan.
- Julat pengukuhan maksimum ialah 1.17%.
- Trend menurun terhad pada 0.98%.
Amaran risiko: