Analysis

Berita, Trend & Analitis 30.09.2020

Pekerja minyak juga tidak menjangkakan perkembangan positif dalam pasaran emas hitam

Hari ini, tumpuan adalah pada ramalan negatif mata wang Rusia, perbincangan tentang pakej rangsangan ekonomi di AS, serta pandangan pedagang minyak.

 

Kalendar

12:30 UTC

Laporan tentang KDNK AS untuk suku tahunan kedua 2020 akan diterbitkan. Penunjuk dijangka menurun sebanyak 31.7%. Sekiranya data sebenar ternyata lebih rendah, USD akan menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, S&P 500


14:00 UTC

Akan terdapat indeks jualan tertangguh dalam pasaran harta tanah AS untuk bulan Ogos. Nilai yang dijangka: 3.2%. Sekiranya penunjuk menyimpang ke atas, USD mungkin menerima gerak balas pasaran positif.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, EUR/USD


14:30 UTC

Akan ada laporan tentang perubahan dalam rizab minyak mentah AS. Penurunan rizab sebanyak 2.3 juta tong dijangkakan Sekiranya data sebenar lebih rendah, harga Brent mungkin meningkat.

Aset untuk perdagangan: Brent, ExxonMobil.


23:50 UTC

Indeks Sentimen Tankan Jepun untuk Q3. Kejatuhan sebanyak 23 mata dijangkakan. Penyimpangan ke bawah akan memberi tekanan kepada JPY.

Aset untuk perdagangan: USD/JPY, Nikkei 225.

 

Berita

Penganalisis Citi mempercayai bahawa kelemahan ruble Rusia akan berterusan. Mempengaruhi RUB


Google sedang membuat konsesi tentang penyimpanan data pelanggan untuk mendapatkan kelulusan untuk membeli FitBit. Mempengaruhi Google


Pedagang minyak utama Vitol, Gunvor dan Mercuria meramalkan pemulihan lemah dalam permintaan minyak. Mempengaruhi Brent


Goldman Sachs bergabung dengan JP Morgan untuk menubuhkan hab perdagangan Forex di Singapura. Mempengaruhi Goldman Sachs


Pakej rangsangan ekonomi yang sedang dibincangkan di Amerika Syarikat mungkin mengandungi bantuan untuk syarikat penerbangan. Mempengaruhi Boeing

 

Analisis Teknikal

Brent

Pedagang minyak terbesar di dunia, Vitol, Gunvor dan Mercuria, berkongsi pandangan mereka terhadap penstabilan pasaran minyak. Pengurusan syarikat tersebut menjangkakan untuk melihat kenaikan dalam permintaan terhadap emas hitam dalam 10 tahun yang akan datang, sementara itu syarikat tersebut akan melabur dalam sumber tenaga boleh dibaharui.

Sehubungan dengan hal ini. sebut harga Brent telah kehilangan mata pertumbuhan yang diperolehi. Tambahan pula, carta aset telah membentuk corak “bendera”, yang menunjukkan bahawa pasaran sedang bersedia untuk meneruskan trend bearis.

USD/CAD

Tahap Fibonacci menunjukkan bahawa aset mungkin menurun dalam masa terdekat sehingga sekurang-kurangnya 1.32700. Walau bagaimanapun, dari titik rujukan ini, pasangan mata wang akan mula pulih.

NZD/USD

Corak “paras tinggi berganda” telah dibentuk berdekatan tahap rintangan 0.68000. Selain itu, pemecahan tahap sokongan ke atas menunjukkan kemungkinan penurunan dalam sebut harga.

NZD/USD pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 30 September telah menjadi hari perdagangan sebanyak 12 kali.
  • Pada 58% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri dagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 1.76%.
  • Trend menurun terhad pada 0.78%.
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 08.06.2020-12.06.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 05.03.2020

Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar utama sebanyak 05% secara langsung Nampaknya, dolar AS sepatutnya kehilangan sokongan, tetapi masalahnya telah...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.