Analysis

Berita, Trend & Analitis 31.03.2021

Suez Kembali Beraksi

Hari ini tumpuan ialah pada pengalihan halangan Terusan Suez, kemungkinan kekurangan bekalan penting untuk Apple, dan sokongan yang berterusan untuk kripto.

 

Kalendar

07:55 UTC

Destatis menyiarkan laporan tentang Perubahan Pengangguran Jerman. Ramalan:-3K. Jika keputusan melebihi ramalan, EUR mungkin menerima tekanan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, EUR/CHF, EUR/JPY


12:15 UTC

Penyiaran Laporan Pekerjaan Nasional Non-Farm ADP A.S. Ramalan: 550K. Jika data yang terhasil adalah di bawah ramalan, USD mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/AUD, USD/CAD, USD/JPY


14:30 UTC

Laporan mingguan tentang Inventori Minyak Mentah A.S. disiarkan. Ramalan:: 400K. Jika keputusan adalah di bawah ramalan, Brent mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: Brent

 

Berita

Reuters melaporkan bahawa, menurut sumber mereka, PayPal akan mengumumkan pelancaran perkhidmatan daftar keluar kripto untuk pengguna A.S. Mempengaruhi Bitcoin


Elon Musk berkata bahawa kekurangan sel bateri yang berterusan akan melambatkan kadar pengilangan Tesla Semi. Mempengaruhi Tesla


Syarikat-syarikat (terutamanya penjual minyak) di seluruh dunia lega kerana halangan di Terusan Suez telah dialihkan dan lalu lintas kembali seperti biasa. Mempengaruhi Brent


Pembekal Apple utama, Foxconn, melaporkan keuntungan yang semakin berkurangan dan memberi amaran tentang kemungkinan ‘kekurangan bahan’. Mempengaruhi Apple


Di tengah-tengah kebimbangan tentang hak pekerja, undi kesatuan Amazon memasuki peringkat terakhir di USA. Mempengaruhi Amazon

 

Analisis Teknikal

Apple

Kekurangan bahan boleh menjejaskan kadar pengilangan Apple, terutamanya dengan kekurangan bekalan cip komputer. Ini boleh memberi dorongan negatif ke atas saham syarikat ini.

Kita dapat melihat Apple menunjukkan penamatan yang mendadak kepada trend naik baru-baru ini, dengan saham yang jatuh 2 mata dan memecah tahap sokongan 120. Ini mungkin permulaan trend turun untuk mencapai tahap sokongan sebelumnya iaitu 116.

S&P 500

Indeks ini menunjukkan tanda-tanda pembentukan koridor harga selepas mencapai tahap rintangan baharu dan tidak berkemungkinan membentuk trend baharu yang kuat dalam jangka masa pendek.

USD/JPY

Pasangan mata wang ini terus menunjukkan kecenderungan bullish yang bersilang dengan pembetulan pendek.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 22.07—26.07.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...