Analysis

Berita, Trend & Analitis 5.06.2020

London dan Brussels tidak mencapai persetujuan

Sorotan hari ini — ECB mengekalkan kadarnya, cukai Sepanyol untuk gergasi-gergasi sektor IT serta perundingan dagangan yang sia-sia antara London dengan Brussles.

 

Berita

European Central Bank mengekalkan kadar faedahnya pada 0%. Mempengaruhi EUR


Bantahan di A.S. beransur tamat setelah penangkapan dua orang lagi pegawai polis dalam kes pembunuhan George Floyd. Mempengaruhi USD


Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak meramal pengurangan bahan mentah pada bulan Julai pada tahap 3-5 juta tong setiap hari. Mempengaruhi Brent


Sepanyol merancang untuk meluluskan undang-undang cukai untuk gergasi IT. Mempengaruhi Google


EU dan U.K. masih belum mencapai persetujuan dalam perundingan dagangan. Mempengaruhi GBP

 

Kalendar

12:30 GMT

Laporan tentang perubahan bilangan pekerja sektor bukan pertanian di Amerika Syarikat akan diterbitkan. Terdapat jangkaan pengurangan sebanyak -8 juta. Data di bawah ramalan akan mempengaruhi kedudukan USD secara negatif.


14:00 GMT

Rekod Ivey aktiviti perniagaan Kanada, PMI akan diterbitkan. Sekiranya penunjuk di atas 22.8, kadar CAD mungkin menjadi kukuh.

 

Analisis Teknikal

GBP/USD

Kenyataan bahawa perundingan dagangan antara Brussels dengan London tidak berjalan lancar bukanlah perkara baharu. Kedua-dua pihak bersetuju mengatakan tiada kemajuan. Jerman mencadangkan supaya Britain lebih realistik dalam permintaannya memandangkan kerajaan itu bukan lagi sebahagian daripada EU. Seminggu kemudian, Bank of England mengesyorkan bank komersial supaya bersedia untuk kehidupan tanpa perjanjian dagangan.

Paun Britain berbanding Dolar AS kini berada dalam kedudukan yang baik untuk jualan, kerana carta berada berhampiran tahap rintangan 1.26400.

NTA 05.06 - MS_0

CHF/JPY

Kami menjangka penurunan daripada pasangan mata wang ini, kerana penunjuk MACD telah membentuk penyimpangan bearis. Pengesahan isyarat akan menjadi pulangan sebut harga kepada kawasan di bawah 113.500.

NTA 05.06 - MS_0

AUD/CHF

Terdapat kemungkinan penurunan dalam sebut harga dalam sempadan saluran menaik.

NTA 05.06 - MS_0

 

AUD/CHF pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 5 Jun telah menjadi hari perdagangan sebanyak 15 kali.
  • Pada 40% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri perdagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 0.88%.
  • Trend menurun terhad pada 1.62%.
Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.