Analisis Fundamental

Bitcoin lwn. Litecoin: Perkara yang Perlu Anda Tahu

Apakah mata wang kripto yang terbaik untuk mendapatkan wang?


Mata wang kripto boleh dilihat sebagai satu konsep yang menggentarkan. Sejak sedekad yang lalu, faedah dalam mata wang kripto telah meningkat secara mendadak. Bitcoin (BTC) terus menjadi fokus utama dalam keterujaan ini.

Selepas pengeluarannya pada tahun 2009, BTC masih kekal sebagai nama utama dalam kalangan dunia kripto. Dalam kalangan beribu-ribu mata wang yang wujud, sekurang-kurangnya terdapat 20 jenis mata wang digital lain seperti Bitcoin Cash, Ethereum dan XRP yang dijejaki dan dipantau oleh institusi kewangan utama dan saluran berita.

Bitcoin dan Litecoin (LTC) adalah dua yang paling terkenal. Sebenarnya, pencipta Litecoin sendiri telah menyatakan bahawa niat mereka adalah untuk menghasilkan “perak” kepada “emas” Bitcoin.

 

Apakah Bitcoin? Apakah Litecoin?

Bitcoin ialah mata wang kripto tertua dan telah mendahului bidang ini sejak 2009. Bitcoin dan Litecoin ada banyak persamaan. Secara ringkasnya, kedua-duanya ialah mata wang kripto.

Mata wang yang disokong pihak kerajaan seperti Dolar A.S. atau Lira Turki bergantung pada instrumen politik dan perundangan untuk nilai dan kesahan, manakala mata wang kripto bergantung semata-mata pada rangkaian kekuatan kriptografi. Permintaan menentukan nilai mata wang tersebut, sama juga dengan syiling tempatan di seluruh dunia.

 

Fakta Utama

  • Nilai pasaran Bitcoin (jumlah nilai keseluruhan syiling) melebihi $176 bilion dan Litecoin berada pada bawah $5 bilion: hingga 24 Februari 2020.
  • Litecoin boleh menjana lebih banyak bilangan syiling berbanding Bitcoin: 84 juta sehingga 24 juta syiling.
  • Kelajuan transaksi Litecoin adalah lebih laju tetapi perbezaannya tidak memberi impak kepada nilai dan kebolehgunaan mata wang tersebut.
  • Bitcoin dan Litecoin menggunakan algoritma kriptografi yang berbeza: Bitcoin menggunakan algoritma SHA-256 dan Litecoin menggunakan Scrypt.
  • Bayaran transaksi median Bitcoin adalah lebih tinggi berbanding Litecoin pada $0.257 USD (BTC) kepada $0.0027 USD (LTC)

 

Berdagang Mata Wang Kripto dengan Olymp Trade

Sementara Bitcoin masih kekal sebagai pemain yang bernilai paling tinggi dalam ruangan mata wang kripto (harga Bitcoin dalam USD = $9.5 bilion), mata wang kripto lain seperti Ethereum, Ripple dan Litecoin tidak jauh ketinggalan. Setiap mata wang kripto ada perbezaannya, perkara yang lebih penting berbanding teknologi dan bayaran di sebaliknya ialah kerjasama dan kes penggunaan untuk setiap mata wang kripto yang memberi kesan kepada nilainya.

Oleh sebab mata wang ini tidak dikaitkan dengan negara dan pasaran perdagangan tradisional, mata wang ini boleh didagangkan pada bila-bila masa dari hari Isnin sehingga hari Ahad. Oleh sebab pasarannya tidak pernah tutup, pedagang sentiasa boleh memanfaatkan pasaran yang paling turun naik dalam dunia.

Bitcoin tidak menerima banyak kemas kini pada protokolnya berbanding beberapa mata wang digital yang lain, sementara sistem lain seperti Litecoin yang sentiasa dikemas kini menarik minat dan mencetuskan pergerakan harga.

Beberapa faktor di seluruh dunia mempengaruhi pasaran kripto. Maksudnya, terdapat aktiviti berterusan di pasaran yang boleh dimanfaatkan

Dengan Olymp Trade, klien boleh mendagangkan aset ini tanpa perlu menyimpannya dalam dompet mata wang kripto, sekaligus mengurangkan kerumitan untuk mengaut keuntungan daripadanya.

 

Kesimpulan

Mata wang kripto seperti Bitcoin dan Litecoin telah merevolusikan cara pergerakan wang di seluruh dunia dan potensi perdagangan. Pada mulanya, bursa merupakan satu-satunya laman yang menyediakan akses kepada aset ini, sekarang platform perdagangan seperti Olymp Trade menyediakan pedagang dengan cara yang lebih mudah untuk memanfaatkan satu-satunya pasaran 24 jam.

Untuk berjaya, kedua-dua analisis asas dan analisis teknikal adalah penting untuk membuat keuntungan daripada aset tersebut.

Ambil manfaat dan dapatkan wang pada bila-bila masa sama ada siang atau malam dengan mata wang terpencar ini dengan Olymp Trade.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.