Analysis

Cara Memulakan Minggu Ini: Analitis dan Ramalan — 04.10.2021

Analisis Asas dan Ramalan untuk Masa Depan


Pertumbuhan yang perlahan dan inflasi yang menaik membimbangkan pelabur global.

 

Perlu Tahu

Data ekonomi terkini dari Asia mendedahkan aktiviti pengeluaran yang semakin perlahan. Secara khususnya, kilang di China melaporkan output yang lebih rendah daripada yang dijangka pada bula-bulan yang lalu disebabkan sekatan pandemik. Sebaliknya, kebanyakan bank pusat khuatir tentang inflasi yang menaik. Bersama-sama, dua faktor ini kini menjadi halangan utama optimisme pasaran.


Kuasa pengawal China semakin mengawal keadaan huru-hara disebabkan Evergrande, dengan syarikat itu yang menjual pegangan banknya bernilai $1.5 billion kepada syarikat milik kerajaan untuk melangsaikan hutang. Pengendalian masalah ini secara beransur-ansur memberi keyakinan kepada para pelabur bahawa Evergrande bukan lagi satu ancaman terhadap kestabilan ekonomi global.


Fumio Kishida, bekas Menteri Luar Negeri Jepun, dilantik sebagai ketua Parti Demokratik Liberal baharu. Beliau berkemungkinan besar menjadi Perdana Menteri berikutnya dan mengumumkan rancangan untuk mengagihkan lebih banyak kekayaan negara kepada isi rumah, mengeras bahawa Bank of Japan mesti meneruskan sokongan kewangan ekonomi, dan menyerlahkan kepentingan hubungan antarabangsa Jepun termasuk AS.


Minggu ini, OPEC+ akan bertemu untuk membincangkan kemungkinan kenaikan dalam output minyak keseluruhan melebihi jumlah yang telah dipersetujui untuk bulan November dan Disember. Pertanyaan ini sebahagiannya disebabkan tekanan daripada banyak anggota negara untuk kenaikan kerana pemerhatian kenaikan harga minyak dalam menjangkan permintaan yang lebih tinggi. Brent telah pun kehilangan momentum naik kerana kemungkinan peningkatan output dan mungkin kehilangan nilai lebih lanjut sekiranya ini disahkan.

 

Pecahan asas

Tesla

Lucid, pesaing langsung Tesla, telah mula melancarkan model pertamanya, menjanjikan penghantaran pertama pada bulan Oktober. Sementara itu, Tesla telah melancarkan kemas kini swa-pandu penuh dengan beberapa pemandu berpeluang menguji versi beta mod automatik kereta mereka.

Facebook

Facebook telah menangguhkan pembangunan Instagram untuk kanak-kanak selepas menerima kritikan kuat daripada berbilang kumpulan.

Google, Apple

Google telah memulakan proses rayuan tentang denda antitrust $5 bilion yang diterima dari EU, berdasarkan hujahnya pada persaingannya dengan Apple.
Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 05.02.2020

Bak Rizab Australia mengekalkan kadarnya semalam, sementara ketua jabatan, Philip Lowe, mengekalkan pandangan positif terhadap rentak pertumbuhan ekonomi.
Analysis

Berita, Trend & Analisis 01.09.2020

Pegawai persekutuan mempunyai pandangan sebulat suara tentang kadar faedah — pengawal selia kelihatan tidak mungkin mengubah kadar untuk jangka masa yang lama.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 23.09.2020

Bursa Saham Bermuda (BSX) akan melancarkan ETF mata wang kripto tidak lama lagi. Pakar menjangkakan peningkatan minat daripada pelabur institusi.