FAQ

Cara Pedagang yang Baharu & Diperbaik

Soalan Lazim untuk Cara Pedagang yang Dikembangkan


Cara Pedagang merupakan peluang yang luar biasa bagi pedagang di seluruh dunia untuk memanfaatkan kelebihan dan status yang diperoleh menggunakan mata pengalaman.

Cara Pedagang merupakan program kesetiaan pelanggan untuk pedagang di platform Olymp Trade. Ia terdiri daripada tahap yang bertepatan dengan ganjaran dan kenaikan status. Pedagang memperoleh mata pengalaman (XP) dengan berdagang dalam akaun sebenar.

Untuk memperoleh ganjaran dan mencapai status baharu, anda mesti memperoleh jumlah XP yang diperlukan. Ia kurang rumit daripada yang disangka dan merupakan cara yang mudah untuk meningkatkan perdagangan anda dengan alat dan kelebihan eksklusif.

Artikel ini menjelaskan semua yang ditawarkan oleh Cara Pedagang kepada pengguna Olymp Trade.

 

Apakah Cara Pedagang?

Cara Pedagang merupakan sebuah sistem yang memberikan ganjaran kepada pedagang dengan mata pengalaman (XP) yang terkumpul. Pedagang boleh memanfaatkan kelebihan perdagangan, status dan bonus lain di platform.

Pedagang memperoleh XP dengan berdagang dalam akaun sebenar. Apabila anda memperoleh mata, anda maju di sepanjang jalan. Kelebihan dan ganjaran ditetapkan sebagai batu penanda. Sebagai contoh, anda memerlukan 19,800 XP untuk mencapai tahap Advanced. Walau bagaimanapun, dalam perjalanan ke matlamat ini, anda akan menerima penunjuk baharu, rundingan dengan penganalisis dan mengaktifkan pilihan untuk meningkatkan keuntungan.

Jumlah bilangan mata pengalaman ditetapkan semula kepada sifar setiap 30 hari. Kumpulkan sebanyak hadiah yang boleh.

Apakah XP?

Mata pengalaman atau XP merupakan ganjaran untuk aktiviti perdagangan dan penjejak kemajuan anda. Mata diperoleh bagi setiap dagangan yang dibuat dalam akaun sebenar.

Dagangan yang menguntungkan boleh memberikan lebih mata pengalaman. Jumlah mata yang diperoleh juga ditentukan oleh jumlah pelaburan. Dagangan Forex yang dibuat menggunakan pengganda boleh membawakan lebih XP. Semakin tinggi pengganda, semakin banyak XP yang anda terima.

XP boleh ditukar untuk status yang lebih tinggi atau melanjutkan status yang sedia ada.

Bagaimanakah Saya Memperoleh XP?

Mata pengalaman atau XP akan diterima untuk aktiviti perdagangan dalam akaun sebenar. Mata diperoleh untuk kedua-dua dagangan yang berjaya dan tidak berjaya.

Pedagang memperoleh lebih mata daripada dagangan yang menguntungkan. Mata yang paling banyak boleh diperoleh daripada dagangan forex yang menguntungkan menggunakan pengganda.

Apakah Tugasan Harian?

Tugasan Harian merupakan serangkaian tindakan yang harus dilakukan oleh pedagang pada hari yang tertentu. Penyempurnaan tugasan ini akan memberikan pedagang mata pengalaman tambahan. Sebagai contoh, sesuatu tugasan mungkin merupakan “membuat 3 dagangan pada EUR/USD dalam mod Forex.”

Bagaimanakah Saya Memperoleh Lebih Banyak XP?

Penyempurnaan Tugasan Harian merupakan satu cara untuk memperoleh lebih XP.

Cara yang lain adalah dengan membuat lebih banyak dagangan yang menguntungkan. Semakin besar nilai pelaburan anda, semakin banyak mata pengalaman yang anda peroleh. Gunakan nilai maksimum pengganda apabila membuat dagangan dalam mod Forex.

Apa yang Boleh Anda Dapat Sepanjang Cara Pedagang?

Semasa anda mengembara di sepanjang Cara Pedagang, anda akan mengumpul pelbagai ganjaran sepanjang kemajuan anda ke arah status yang seterusnya. Ganjaran ini termasuklah membuka kunci alat baharu seperti penunjuk dan oscillator, rundingan dengan penganalisis profesional dan mengaktifkan pilihan untuk meningkatkan keuntungan.

Bolehkah Saya Menaiktarafkan Status Saya Melalui Cara Pedagang?

Ya, anda boleh menaiktarafkan status anda melalui Cara Pedagang.

Berapakah XP yang Saya Perlukan untuk Menaiktarafkan Status Saya?

Starter tidak memerlukan sebarang mata

Untuk mendapatkan status Advanced, pedagang mesti memperoleh 19,800 XP.

Untuk mendapatkan status Expert, pedagang mesti memperoleh 99,000 XP.

Bagaimanakah Saya Melanjutkan Status Saya?

Untuk melanjutkan status anda, dapatkan bilangan mata pengalaman yang diperlukan.

Starter – Tiada mata diperlukan

Advanced – Pedagang boleh mencapai & dan melanjutkan status Advanced mereka dengan 25,000 XP

Expert – Pedagang boleh mencapai & melanjutkan status Expert mereka dengan 120,000 XP

Bilakah Status Dilanjutkan/ Dinaik Taraf?

Status dilanjutkan atau dinaik taraf sebaik sahaja anda memperoleh jumlah XP yang diperlukan.

Bagaimanakah Status Dilanjutkan/ Dinaik Taraf?

Status dilanjutkan dan/atau dinaik taraf secara automatik sebaik sahaja anda memperoleh jumlah XP yang diperlukan.

Berapa Lamakah Saya Boleh Menggunakan Ganjaran?

Status adalah sah selama 30 hari dari detik ia dicapai. Pada akhir tempoh ini, anda perlu memperoleh jumlah XP yang tertentu untuk melanjutkan status semasa selama 30 hari lagi.

Atau, memperoleh ganjaran “Simpan” dengan menyempurnakan tugasan Cara Pedagang, yang akan melanjutkan status semasa anda selama 30 hari lagi.

Bagaimanakah Saya Memperbaharui Status Cara Pedagang Saya?

Status diperbaharui secara automatik sebaik sahaja anda memperoleh jumlah XP yang diperlukan.

Jika anda gagal mencapai tahap yang diperlukan, status akan diturun taraf (kecuali status Starter).

Apakah Kelebihan Status yang Ditingkatkan?

Semakin tinggi statusnya, semakin baik kelebihannya. Sini merupakan beberapa contoh tawaran tahap yang lebih tinggi.

Kelebihan Status Advanced:

  • Keuntungan yang ditingkatkan – sehingga 84% pada aset dalam mod Fixed Time Trade
  • Pengeluaran yang lebih pantas
  • Jumlah dagangan maksimum sebanyak $3000
  • Buka sebanyak 20 kedudukan pada masa yang sama
  • Rundingan bulanan dengan penganalisis peribadi
  • 7 strategi perdagangan terbina dalam
  • Webinar peribadi dan akses kepada bahagian bahan khas
  • Diskaun sebanyak 10% dalam bayaran pembukaan kedudukan Forex

Kelebihan Status Expert:

  • Keuntungan yang ditingkatkan – sehingga 92% pada aset dalam mod Fixed Time Trade
  • Dagangan bebas risiko bagi mod Fixed Time Trade (5% daripada jumlah deposit pertama anda)
  • Pengeluaran keutamaan tertinggi
  • Jumlah dagangan maksimum sebanyak $5000 bagi mod Fixed Time Trade dan $4000 bagi Forex
  • Buka sebanyak 30 kedudukan pada masa yang sama
  • Latihan individu dengan penganalisis peribadi
  • 15 strategi perdagangan yang terbina dalam
  • Webinar peribadi dan akses kepada bahagian Bahan Khas
  • Idea pelaburan eksklusif setiap hari
  • Diskaun sebanyak 20% dalam bayaran pembukaan kedudukan Forex

Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Berapa Banyak XP yang Telah Saya Kumpulkan?

Jumlah XP yang anda peroleh boleh didapati di bar sisi profil yang terdapat di sebelah kanan platform.

Klik pada butang profil di sudut kanan atas pelayar platform. Tahap dan jumlah XP anda boleh didapati di sini.

Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Apakah Ganjaran yang Telah Saya Terima?

Ganjaran yang telah anda peroleh boleh dijejak di bar sisi profil di platform. Tahap Cara Pedagang semasa anda akan menunjukkan kelebihan terkini yang diterima.

Klik pada butang profil di sudut kanan atas pelayar platform. Tahap anda, XP yang diperoleh dan masa yang tinggal dalam sesi boleh didapati di sini dalam widget Cara Pedagang. Klik pada ikon yang memaparkan tahap anda. Satu tetingkap akan timbul dan memaparkan ganjaran semasa anda serta ganjaran sebelumnya dan selepasnya.

Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Apakah Ganjaran yang Boleh Saya Peroleh pada Masa Depan?

Ganjaran yang akan anda peroleh boleh didapati di bar sisi profil di platform. Tahap Cara Pedagang semasa anda akan menunjukkan kelebihan terakhir yang diterima.

Klik pada butang profil di sudut kanan atas pelayar platform. Tahap anda, XP yang diperoleh dan masa yang tinggal dalam sesi boleh didapati di sini dalam widget Cara Pedagang. Klik pada widget, panel akan berubah kepada memaparkan kelebihan semasa dan ganjaran masa depan anda.

Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Berapakah Masa yang Tinggal Sebelum XP Ditetapkan Semula?

Jumlah masa yang tinggal dalam tempoh Cara Pedagang boleh didapati di bar sisi profil di platform.

Klik pada butang profil di sudut kanan atas pelayar platform. Tahap anda, XP yang diperoleh dan masa yang tinggal dalam sesi boleh didapati di sini dalam widget Cara Pedagang.

Bolehkah Saya Melanjutkan Status Saya dengan XP, Jika Pada Mulanya Saya Menerima Status Saya dengan Deposit?

Ya, pedagang boleh melanjutkan tahap mereka dengan mencapai jumlah XP yang diperlukan tidak kira cara mereka memperoleh status pada mulanya.

Bolehkah saya menyertai Cara Pedagang jika saya berdagang daripada aplikasi mudah alih?

Ya, perdagangan melalui akaun sebenar pada aplikasi mudah alih masih akan memberikan anda XP.


Cara Pedagang merupakan peluang perdagangan unik yang membenarkan pedagang untuk memperoleh ganjaran dan kelebihan menggunakan mata pengalaman (XP).

Kami berharap bahawa maklumat ini telah membantu anda untuk lebih memahami maksud Cara Pedagang, cara untuk memperoleh XP, memperoleh ganjaran, meningkatkan status anda dan cara untuk mengelakkan daripada kehilangan status premium anda. Cara Pedagang menantikan anda, mulakan perjalanan anda!

Related posts
FAQ

Soalan Lazim Berbilang Akaun: Cara dan Sebab

Kami mempersembahkan Berbilang Akaun, tambahan baharu kepada platform kami, dan beritahu anda setiap butiran tentang cara ia membantu anda menguruskan pelaburan dan keuntungan anda.
FAQ

Keluarkan Wang Dengan Cepat di Olymp Trade

Belajar cara mengeluarkan dana daripada akaun Olymp Trade anda secara mudah dengan mengikuti langkah-langkah ringkas ini untuk pelbagai sistem perbankan dan pengurusan wang.
FAQ

5 Soalan Biasa Tentang Olymp Trade

Pedagang mempunyai banyak persoalan tentang Olymp Trade. Pada zaman perdagangan dalam talian ini, penting untuk mengetahui bahawa anda mempunyai broker yang boleh dipercayai...
Blog rasmi Olymp Trade