Platform berita

Cara Pedagang yang Dikemas Kini: Diskaun 20% XP Bagi Semua Ganjaran 

Kini lebih mudah untuk mencapai status baharu


Pelancaran Cara Pedagang merupakan kemas kini yang penting bagi platform Olymp Trade. Pedagang mempunyai peluang untuk membuka kunci ciri tambahan dan mencapai status baharu untuk aktiviti perdagangan mereka dengan menggunakan mata pengalaman (XP).

Pedagang memperoleh mata pengalaman dengan membuat dagangan dalam akaun sebenar mereka dan melengkapkan tugasan harian. Mata pengalaman ini disimpan dan pedagang boleh menggunakannya untuk mendapatkan ganjaran seperti bonus, penunjuk ataupun status baharu sebaik sahaja mereka memperoleh jumlah XP yang mencukupi.

 

Berapakah XP yang Saya Perlukan untuk Mencapai Status Baharu?

Untuk mengaktifkan keistimewaan status Advanced selama 30 hari, dulu anda perlu memperoleh 25 300 XP. Dan dulu anda perlu memperoleh 120 000 XP untuk mencapai status Expert.

Kenapa “dulu”? Hal ini disebabkan kami telah memutuskan untuk membuatkan Cara Pedagang kurang rumit dan mengurangkan bilangan mata pengalaman yang diperlukan untuk mencapai status baharu sebanyak 20%. Kini anda hanya memerlukan 19 800 XP untuk mengaktifkan status Advanced atau memperoleh 99 000 XP untuk menjadi seorang pedagang Expert.

Lebih-lebih lagi, kami telah mengenakan pengurangan 20% XP pada semua ganjaran di Cara Pedagang anda. Sebagai contoh, dulu anda perlu mengumpul 550 mata pengalaman untuk membuka kunci penunjuk rahsia StochRSI. Kini anda hanya memerlukan 450 XP untuk mendapatkannya.

 

Bagaimanakah Saya Boleh Memperoleh Lebih Banyak XP?

Peraturan Satu: dagangan yang menguntungkan memberikan anda lebih banyak mata pengalaman. Berdagang secara aktif menurut cadangan pakar kami – dan anda akan menyedari cara pencapaian anda menyumbang kepada kemajuan anda di Cara Pedagang.

Peraturan Dua: naikkan jumlah dagangan anda dan gunakan nilai pengganda yang lebih tinggi semasa berdagang dalam mod Forex. Tetapi ingat untuk melindungi deposit anda dan jangan merisikokannya tanpa sebab.

Peraturan Tiga: lengkapkan tugasan harian. Setiap tugasan yang dilengkapkan akan mengisi tabung XP anda.

 

Apakah Ganjaran Lain yang Terdapat di Cara Pedagang?

Dengan adanya status Advanced dan Expert, anda boleh menerima ganjaran yang berikut:

    • Peluang untuk mengekalkan status yang lebih tinggi selama 30 hari
    • Penunjuk baharu
    • Strategi rahsia
    • Penasihat perdagangan
    • Rundingan dengan penganalisis
    • Pulangan FTT yang ditingkatkan
    • Dagangan bebas risiko
    • Diskaun,bonus, kesan visual dan bunyi platform

Dapatkan pengalaman, mengasah kemahiran anda dan maju ke hadapan bersama Cara Pedagang!

Lihat Cara Pedagang Anda 

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.