Analysis

Cara untuk memulakan minggu ini: Analitis dan Ramalan — 01.03.2021

Analitis dan ramalan asas untuk masa depan


Pihak pengawal atur  Eropah merancang untuk meneladan kekalutan pelabur runcit A.S.

 

Mesti tahu

Pesawat kargo Boeing 777 Rossiya Airlines membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Sheremetyevo Moscow pada hari Jumaat disebabkan masalah sensor kawalan enjin, kata syarikat penerbangan itu. Digabungkan dengan peristiwa letupan enjin hujung minggu lalu di atas Denver, prestasi siri 777 dan Boeing mungkin diperhatikan dengan lebih teliti.


Parti Demokrat kecewa dengan keputusan Senat yang tidak membenarkan usul gaji minimum $15/jam yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden dikemukakan dalam rang undang-undang coronavirus yang bernilai $19 juta daripada diluluskan tanpa undian parti Republikan. Ini merupakan satu halangan kepada pelan pemulihan Presiden A.S., namun sebahagian besar daripada rang undang-undang tersebut kekal tidak berubah iaitu ia bertujuan untuk membangkitkan semula ekonomi A.S.


Kesatuan Eropah mempertimbangkan pengajaran berpotensi daripada kekalutan perdagangan baru-baru ini oleh pelabur runcit di Wall Street dalam ulasan luas mereka mengenai perlindungan konsumer dalam pasaran. Walaupun pihak pegawai amat berwaspada untuk mengenakan peraturan menyeluruh kerana menganggap perkara yang sama yang berlaku di A.S. tidak akan berlaku di Eropah.


Menteri kewangan China berkata pada hari Jumaat bahawa ia akan melanjutkan pengecualian tarif untuk 65 produk import dari Amerika Syarikat, termasuk log dan bahagian pesawat. Lanjutan tersebut, berkuat kuasa mulai 28 Februari hingga 16 September 2021, menurut kementerian itu. Ini merupakan tanda baik untuk perundingan masa depan antara dua negara tersebut.


Harga minyak dijangka melihat pemulihan tetap tahun ini sementara vaksin mencapai lebih ramai orang dan memberangsangkan kebangkitan ekonomi, dengan dorongan yang dibawa oleh stimulus dan disiplin output oleh pengeluar minyak mentah terkemuka, menurut tinjauan Reuters pada hari Jumaat lalu. Harga minyak dijangka terus meningkat dengan kelonggaran sekatan dan permintaan yang meningkat.

 

Pecahan asas

Apple

Apple dan Kia belum menamatkan perbincangan mengenai kenderaan elektrik berikutan perjanjian yang ditandatangni antara dua syarikat tersebut pada tahun lalu demi melakukan kerjasama dalam lapan sektor, termasuk kenderaan elektrik.

IBM

Siemens, IBM dan Red Hat mengumumkan kolaborasi baru yang akan menggunakan awan hibrid yang direka untuk menyampaikan penyelesaian yang terbuka, fleksibel dan lebih selamat untuk para pengilang dan pengendali loji untuk memacu nilai masa nyata daripada data operasi.

Facebook

Facebook Inc menamatkan pencegahan siaran berita Australia selama seminggu di laman media sosial popular tersebut pada hari Jumaat dan mengumumkan perjanjian komersial peringkat awal dengan tiga penerbit kecil tempatan..
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 20.07.2020–24.07.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analisis 11.07.2019

Semalam, Pengerusi Fed, Encik Powell, berbincang dengan Ahli Parlimen. Risiko utama yang dikenal pasti oleh ahli ekonomi AS adalah inflasi dan aliran menurun yang rendah.
Blog rasmi Olymp Trade