Analysis

Cara untuk memulakan minggu ini: analitis dan ramalan — 05.10.2020

Analisis dan ramalan asasi untuk masa depan


Sektor minyak terus menjadi lemah

 

Kalendar ekonomi

14:00 UTC

Indeks Pengurus Pembelian Bukan Perkilangan AS ISM akan diterbitkan. Ramalannya ialah 56 mata. Sekiranya data sebenar ternyata lebih rendah, USD mungkin menurun.

Aset untuk perdagangan: EUR/USD, USD/CAD

 

Mesti tahu

Kadar pertumbuhan COVID-19 terus meningkat. Koronavirus telah menjangkau Presiden Amerika Donald Trump dan isterinya, dan kerajaan di seluruh dunia mula mencadangkan rakyat untuk bekerja secara jarak jauh jika berkemungkinan. Bilangan kematian sudah melebihi 1 juta.


Gelombang ketegangan baharu dalam hubungan antara UK dan EU. Brussels telah menepati janji dan mendakwa UK atas pelanggaran perjanjian Brexit. Biar kami ingatkan anda bahawa Parlimen British telah meluluskan undang-undang tentang pasaran dalaman, yang melanggari peruntukan persetujuan yang dicapai sebelum ini.


Minyak menutup minggu paling teruk sejak awal bulan September. Walaupun terdapat pengurangan dalam stok US, campuran minyak mentah Brent telah jatuh lebih daripada 6%. Keadaan ini menyebabkan kebimbangan dalam kalangan negara pengeksport minyak, kerana mereka perlu memotong perbelanjaan belanjawan dengan ketara.


Pasaran juga gagal mendapat pemacu positif dalam pakej rangsangan ekonomi $2.2 trilion yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan AS. Sudah tentu, Kongres tidak akan meluluskan langkah-langkah ini kerana ia dikawal oleh wakil daripada Parti Republikan.


EU mengancam Turki dengan sekatan atas penggerudian di Mediterranean Timur. Brussels juga memahami watak Ankara dalam konflik ketenteraan antara Azerbaijan dan Armenia. Sehubungan dengan hal ini, keadaan ekonomi di Turki mungkin terjejas.

 

Pandangan asasi

ExxonMobil

Krisis industri minyak terus melanda syarikat-syarikat dalam sektor tersebut. Keadaan begitu kritikal sehingga pelabur meletakkan penunjuk kewangan yang lebih negatif dalam laporan suku tahunan yang akan datang, yang akan diterbitkan pada 30 Oktober.

Walau bagaimanapun, kadar hasil dividen yang tinggi masih akan menyokong pembeli. Tambahan pula, Scotiabank mengekalkan harga sasaran untuk saham tersebut pada $45.

Tesla

Tesla telah menghasilkan lebih daripada 139,000 kereta elektrik pada suku tahunan ketiga, yang lebih tinggi sedikit daripada ramalan sepersetujuan. Detik positif lain termasuklah pengurangan yang ketara dalam kos kereta elektrik di China dan kenyataan ketua negeri persekutuan Brandenburg (Jerman) bahawa loji baharu syarikat tersebut akan dibina.

Boeing

Saham syarikat tersebut mungkin muncul di pameran keputusan pelaburan menarik sekali lagi memandangkan ujian penerbangan model Boeing 737 MAZ yang secara peribadinya diketuai oleh ketua Agensi Penerbangan Persekutuan adalah berjaya.

Tambahan pula, diketahui pada minggu lalu bahawa syarikat penerbangan Delta bercadang untuk membeli 40 unit model ini.

 

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 30.05.2019

Laporan terbaru menunjukkan kenaikan 32%, tetapi peperangan perdagangan mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi Amerika Syarikat Walaupun China mempunyai senjata baru untuk...
Analysis

Berita Mingguan 30.09-04.10.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitik 21.08.2019

Perdana Menteri Itali itu menuduh bahawa Matteo Salvini ingin mengambil kesempatan popularitinya yang semakin bertambah Ketua kerajaan itu juga berkata, pembubaran parlimen akan...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.