Ulasan Mingguan

Cara untuk memulakan minggu ini: analitis dan ramalan — 11.01.2021

Analisis dan ramalan asas untuk masa depan


Meningkat dan terus melonjak. Bitcoin melambung tinggi selepas memecahkan rekod dan jangkaan.  

Berita penting

Pertempuran dengan perusuh di Capitol AS pada hari Rabu telah menyebabkan serangkaian reaksi. Minggu-minggu terakhir pentadbiran Trump akan menjadi jerlus politik yang boleh memberikan impak kepada pasaran. Kongres dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mendakwa presiden tersebut atau mengambil tindakan lain untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan presiden sebelum 20hb. Pencetusan kelemahan dan kekacauan ini boleh mempengaruhi USD secara negatif.


Bitcoin terus meningkat, menyimpulkan minggu lalu dengan pertumbuhan 5% dan meletakkan nilainya di atas $41,000. Pada ketika ini pandemik terus menular, banyak negara bergelut untuk menangani cabaran yang dibawanya dan pelabur sedang mencari simpanan nilai seperti emas. Dengan momentum dan gembar-gembur semasa, diramalkan bahawa mata wang kripto ini boleh mencapai $50,000.


London mengisytiharkan insiden major pada hari Jumaat kerana hospitalnya menghadapi risiko tidak dapat menampung varian koronavirus yang cepat menular yang merebak “luar kawalan” di seluruh London. Tambahan pula dengan kelewatan penghantaran disebabkan komplikasi Brexit, UK sedang menghadapi masa yang sukar.


EU telah memperoleh separuh daripada output unjuran tahun 2021 Pfizer. Perjanjian ini sepatutnya membolehkan blok ini untuk mula memvaksinkan penduduknya. Jerman juga memperoleh 50 juta lagi dos CureVac, BioNTech sebagai tambahan kepada pesanan zon tersebut. Harapan untuk pengenalan vaksin yang berkesan dan pengembalian kepada keadaan normal semakin meningkat.


Ekonomi A.S. telah menghentikan pekerjaan buat kali pertama dalam tempoh lapan bulan pada bulan Disember ketika negara tersebut dikekang oleh serangan hebat jangkitan COVID-19, menandakan kehilangan momentum yang ketara yang boleh melengahkan pemulihan daripada pandemik buat sementara.

 

Pecahan asas

Facebook

Facebook and Instagram telah menyekat Trump untuk baki dua minggu  kepresidenannya. Pilihan platform media sosial itu untuk menyekat presiden tersebut boleh memberikan impak positif kepada harga Facebook pada minggu ini sekiranya pengiklan tidak memboikot platform tersebut.

Pfizer

Menurut satu kajian makmal yang dijalankan, vaksin COVID-19 Pfizer Inc dan BioNTech terbukti berkesan terhadap mutasi utama dalam varian koronavirus baharu yang cepat menular yang ditemui di UK dan Afrika Selatan. Bertentangan dengan pengumuman terkini Moderna bahawa ia tidak akan membekalkan vaksin kepada Afrika Selatan, pembuat ubat A.S. ini boleh terus meningkat.

Apple

Apple dan pembuat kereta Korea Selatan, Hyundai dilaporkan sedang mengadakan perbincangan awal untuk membangunkan kereta elektrik pandu sendiri. Walaupun ini merupakan tanda pertama minat besar syarikat-syarikat teknologi ini terhadap industri automotif, dasar penyokongnya yang besar menjadikan tindakan ini amat menarik minat.

 

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 04.05.2020–08.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 17.02 — 21.02.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Blog rasmi Olymp Trade