Analysis

Cara Untuk Memulakan Minggu Ini: Analitis dan Ramalan — 12.04.2021

Analisis asas dan ramalan untuk masa depan


Kesan peningkatan kerja mungkin memberikan harapan palsu dari segi jumlah pengambilan kerja.

 

Perlu tahu

Singapura menghadapi kekosongan kuasa yang akan datang dengan pengganti yang dipilih bakal melepaskan jawatannya. Pandemik telah menyebabkan Singapura, yang maju kerana dagangan terbuka dan kewangan, menghadapi kemelesetan yang paling teruk walaupun ia berjaya menghapuskan virus melalui kawalan sempadan dan penjejakan kontak. Negara ini sudah pun berhadapan dengan populasi berusia tinggi, proteksionisme yang meningkat dan keperluan untuk membentuk semula ekonomi untuk memberi tumpuan kepada teknologi.


Presiden A.S. Joe Biden menyiarkan cadangan belanjawan pertamanya kepada Kongres pada hari Jumaat, menawarkan gambaran yang dinanti-nantikan ke dalam agenda dasar beliau. Dikenali sebagai belanjawan “kurus”, cadangan Biden pada hari Jumaat menyediakan hanya angka ringkas tentang program dan jabatan di mana Kongress mempunyai fleksibiliti untuk menentukan apa yang ia ingin membelanjakan wang untuk tahun fiskal mulai bulan Oktober.


Kanada menambah 303,1000 kerja pada bulan Mac, mengatasi jangkaan dengan mudah, dan kadar pengangguran jatuh kepada 7.5%, tahap paling rendah sejak pandemik bermula menurut data Statistics Canada pada hari Jumaat. Kebanyakan kerja baharu ini telah pun hilang disebabkan sekatan perintah berkurung gelombang ketiga selepas batasan dilonggarkan seketika dan menyebabkan lonjakan dalam industri perkhidmatan.


Eksport Jerman meningkat pada bulan Februari, dirangsang oleh dagangan yang meningkat dengan China dalam tanda segar bahawa kilang-kilang mula sibuk dalam ekonomi terbesar Eropah walaupun terdapat penurunan berkaitan pandemik yang telah dijangka dari segi output keseluruhan suku pertama. Pengilangan Jerman telah disokong oleh pesanan asing dan domestik yang memberikan harapan kepada ekonomi zon Eropah yang paling kukuh.


Anggota lembaga Bank Pusat Eropah, Isabel Schnabel telah memberi amaran tentang percubaan untuk menghalang Dana Pemulihan Kesatuan Eropah, berkata langkah itu akan menjadi “bencana ekonomi untuk Eropah”. Hakikat bahawa dana ini dan program bantuan nasional akan menyebabkan tahap hutang nasional yang meningkat secara ketara bukan menjadi masalah sekiranya perbelajaan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mapan, Schnabel berkata dalam majalah Jerman, Der Spiegel.

 

Pecahan Asas

Boeing

Boeing pada hari Jumaat mengarahkan bebera jurutera jet 737 MAX untuk membaiki potensi isu pengeluaran berkaitan dengan sistem kuasa elektrik dalam pesawat itu, mendorong Southwest Airlines untuk mengeluarkan 30 jet MAX daripada jadualnya.

Facebook

Menurut satu kajian oleh penyelidik University of Southern California, dalam satu daripada tiga contoh yang menjana keputusan yang sama, Facebook mensasarkan iklan kerja penghantaran Instacart kepada khalayak yang berat wanita dan kerja penghantaran Domino’s Pizza kepada penonton berat lelaki.

Amazon

Kira-kira 500 undian diserahkan dalam pelantikan kesatuan Amazon.com Inc telah dicabar dalam persaingan yang akan menentukan sama ada gudang Alabama menjadi tempat kerja pertama yang dianjurkan di Amerika Syarikat.
Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 04.06.19

Amerika Syarikat menghilangkan India dari senarai negara-negara yang menerima perjanjian perdagangan khusus. Boeing kehilangan $1 bilion dalam pembelian untuk 737 MAX.
Analysis

Berita Mingguan 01.06.2020-05.06.2020 

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 09.09.2020

Pada permulaan perdagangan pada 8 September, saham syarikat tersebut telah kehilangan lebih daripada 10%. Hal ini mungkin disebabkan oleh perdagangan orang dalam Kimbal Musk.