Analysis

Cara untuk memulakan minggu ini: analitis dan ramalan — 12.10.2020

Analisis dan ramalan asasi untuk masa depan


Minggu lalu pedagang memberi fokus pada minyak, yang mendapat pemacu pertumbuhan di luar jangkaan.

 

Mesti tahu

Perbincangan insentif ekonomi baharu di Amerika Syarikat akan diteruskan, walaupun Trump menamatkan rundingan dengan wakil-wakil Parti Demokratik. Hal ini diumumkan oleh menteri kewangan negara tersebut Stephen Mnuchin. Pendirian Trump mungkin dipengaruhi oleh laporan tentang peningkatan dalam bilangan permohonan untuk manfaat pengangguran.


Mogok pekerja minyak Norway serta jangkaan Taufan Delta telah menjadi faktor yang menyokong harga minyak. Selepas Trump menarik diri daripada perbincangan rangsangan ekonomi, pedagang bertaruh pada penerusan trend bearis. Walau bagaimanapun, minyak mengakhiri minggu tersebut dengan peningkatan sebanyak hampir-hampir 10%.


London telah menggariskan langkah-langkah seterusnya untuk merundingkan perjanjian perdagangan dengan EU. Boris Johnson berkata bahawa jika parti tidak melakukan kemajuan pada minggu ini, kemungkinan bahawa proses rundingan akan dihentikan sepenuhnya.


Berikutan hasil mesyuarat dua hari, ketua Rizab Persekutuan AS Jerome Powell berkata bahawa pemulihan kadar pertumbuhan KDNK pada suku tahunan ketiga sedang berkembang dengan pesat. Walau bagaimanapun, pandemik COVID-19 terus memberi impak kepada ekonomi.


Reserve Bank of Australia telah memberi isyarat bahawa mereka akan melonggarkan dasar monetari. Hal ini berlaku sejurus selepas pelan kewangan negara tersebut diterbitkan, yang menunjukkan peningkatan rekod dalam defisit belanjawan.

 

Pandangan asasi

IBM

Minggu lalu, seorang eksekutif kanan industri IT telah mengumumkan pelan untuk memisahkan bahagian perkhidmatan infrastruktur terurus kepada sebuah syarikat awam yang bebas. Syarikat tersebut mengambil langkah demikian supaya syarikat baharu tersebut boleh memfokuskan pada tugasan dalam bidang tersebut. Berita tersebut telah menimbulkan kekecohan dalam pasaran saham. Pada masa itu, sekuriti telah meningkat 8%. Kemungkinan bahawa trend tersebut akan berterusan.

McDonald’s

Pengurusan syarikat tersebut mengumumkan pertumbuhan jualan dalam suku tahunan ketiga dan telah berjanji untuk meningkatkan saiz pembayaran dividen. Sementara itu, BofA Securities telah meningkatkan nilai sasaran untuk rangkaian makanan segera tersebut sehingga .

Bitcoin

Syarikat Square yang membangunkan infrastruktur pembayaran telah melabur kira-kira $50 bilion dalam pembelian bitcoin. CFO organisasi tersebut, Amrita Ahuja, berkata bahawa permintaan untuk mata wang kripto boleh meningkat dengan ketara pada masa depan. Sila maklum bahawa Square dimiliki oleh pengasas Twitter, Jack Dorsey.

Sudah lama terdapat perbincangan bahawa Bitcoin sedang menghadapi trend bulis yang kuat. Penganalisis Bloomberg Mike McGlone meramalkan pertumbuhan sehingga $100 ribu sebelum tahun 2025.

 

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 08.06.2020-12.06.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 04.03.2020

Negara anggota OPEC berkumpul di Vienna untuk membincangkan situasi dalam pasaran minyak kerana harga emas hitam baru-baru ini merekodkan paras terendah dalam tempoh dua...
Analysis

Berita Mingguan 23.12—26.12.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.