Analysis

Cara untuk Memulakan Minggu Ini: Analitis dan Ramalan — 22.03.2021

Analisis asas dan ramalan untuk masa depan


A.S. mendahului pemulihan ekonomi COVID-19

 

Perlu tahu

Kesatuan Eropah (EU) dibelenggu keraguan tentang satu lagi hubungan transatlantik ketika ia melangkah ke arah permulaan segar dengan Amerika Syarikat di bawah kepimpinan presiden baharu. Perjanjian dagangan yang dicapai pada tahun 2019 dengan Mercosur bloc Argentina, Brazil, Paraguay, dan Uruguay selepas dua dekad rundingan berjanji untuk menjadi perjanjian terbesar EU, dengan penghapusan tarif import bernilai 4 bilion euro ($4.8 bilion) pada produknya.


Britain telah melaksanakan pinjaman yang memecah rekod untuk membayar untuk krisis coronavirus, tetapi ia mungkin berkurang sedikit berbanding ramalan. Data yang diterbitkan pada hari Jumaat menunjukkan defisit belanjawan semakin berkurang daripada yang dijangka dalam dua bulan pertama tahun 2021. Meminjam 19.1 bilion pound ($26.6 bilion) bulan lalu, pihak kerajaan menetapkan rekod untuk Februari, tetapi ia adalah kurang daripada ramalan 21.0 bilion pound dalam tinjauan Reuters.


Jurang pemulihan antara A.S. dan Eropah semakin meluas dan meningkat. Menghadapi kesukaran untuk melancarkan kempen vaksin dan pelan pemulihan ekonomi, Eropah hanya boleh mencemburui haluan pertumbuhan pesat ekonomi A.S. yang dirangsang oleh stimilus. Namun demikian, sebahagian daripada perbezaan ini disebabkan oleh program kebajikan merentasi bloc yang memberi ramalan yang lebih baik untuk perniagaan dan pekerja.


Bank Jepun melonggarkan sedikit cengkaman pada kadar faedah jangka panjang pada hari Jumaat dan menetapkan dasar untuk mengurangi pembelian aset besar, sebagai sebahagian daripada langkah untuk memastikan stimulusnya cukup untuk bertahan sepanjang usaha untuk meningkatkan inflasi.


Kadar kenaikan hasil baru-baru ini dalam pasaran Perbendeharaan A.S. tidak menentu, menurut beberapa pengurus dana bon utama yang risau pasaran mungkin dilihat sebagai tidak teratur jika kadar kenaikan ini berterusan. Ahli ekonomi bimbang peningkatan hasil akan terus memacu inflasi.

 

Pecahan asas

Disney/Amazon

Perjanjian hak TV NFL baharu untuk tahun depan bernilai lebih daripada $100 bilion. Disney yang memiliki ABC dan ESPN; ViacomCBS, yang memiliki CBS; Comcast, yang memiliki NBC; dan juga Fox dan Amazon.com kesemuanya diwakili dalam perjanjian. Perjanjian baharu ini menyerlah dengan permainan NFL yang bakal tersedia di: NBC’s Peacock, CBS’s Paramount+, Disney’s ESPN+, Fox’s Tubi, dan Amazon Prime.

Johnson & Johnson

Johnson & Johnson akan melancarkan dadah baharu yang diluluskan untuk dewasa dengan multiple sclerosis (MS) yang berulang di Amerika Syarikat pada awal April 2021 iaitu pada harga yang sama dengan rawatan persaingan.

Tesla

Tentera China melarang kereta Tesla daripada memasuki kompleks perumahan tentera, dengan alasan kebimbangan terhadap kamera yang dipasang pada kenderaan tersebut.
Related posts
Analysis

Berita 06.04.2020-10.04.2020

Peristiwa penting minggu ini termasuk keputusan kadar faedah RBA, indeks harga pengeluar AS dan mesyuarat menteri kewangan EU.
Analysis

Berita Mingguan 23.12—26.12.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 03.06-07.06.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 02.12—06.12.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...