Analysis

Cara untuk memulakan minggu ini: analitis dan ramalan — 23.11.2020

Analisis dan ramalan asas untuk masa depan


Pasaran saham mungkin memulakan minggu ini dalam wilayah negatif sepanjang minggu baharu. Hal ini disebabkan oleh pemotongan program peminjaman berkonsesi AS dan kekurangan kesepakatan dalam EU.

 

Mesti tahu

Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin telah memutuskan untuk memotong program peminjaman berkonsesi, yang diamalkan pada dasar kecemasan untuk menyokong ekonomi negara tersebut disebabkan impak epidemik COVID-19. Program-program ini akan berakhir pada 31 Disember. Kini pelabur sedang berwaspada, hal ini dicerminkan pada peningkatan permintaan terhadap emas.


Kesatuan Eropah berpecah lagi. Kali ini Hungary dan Poland enggan meluluskan belanjawan am kesatuan untuk 7 tahun yang seterusnya. Alasan untuk tindakan ini adalah wujudnya klausa yang membolehkan negara-negara ini dirampas subsidinya jika Brussels membuktikan bahawa mereka melanggar kedaulatan undang-undang.


Pada hujung minggu lalu, pihak berkuasa EU telah mengumumkan kemajuan besar dalam rundingan dengan UK tentang terma perjanjian perdagangan masa depan. Walau bagaimanapun, pasaran mungkin telah dapat menekanya seawal hari Rabu, apabila ketua perunding daripada pihak EU Michel Barnier membatalkan taklimat yang dirancang.


Pfizer merancang untuk meminta Pentadbiran Makanan dan Dadah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat (FDA) untuk mempercepat kelulusan untuk vaksin COVID-19. EU merancang untuk membeli vaksin sebanyak 10 bilion euro.


Terdapat gelombang optimisme baharu dalam pasaran mata wang kripto, memandangkan bitcoin telah mendekati nilai harga rekod dalam seluruh sejarahnya, iaitu pada titik pengundurannya pada Januari 2018. Permintaan luar biasa terhadap bitcoin dijelaskan dalam cara yang berbeza, tetapi penganalisis Deutsche Bank percaya bahawa pelabur hanya mahu melindungi dana mereka daripada inflasi.

 

Pandangan asas

Tesla

Berita bahawa Tesla akan menyertai S&P 500 telah memberikan saham ini minggu keuntungan yang kuat. Morgan Stanley sebelum ini telah menetapkan harga sasaran untuk Tesla pada $540, memandangkan syarikat tersebut boleh meningkatkan keuntungan dengan menjual perisian dan perkhidmatan.

Nvidia

Penganalisis meramalkan permodalan Nvidia akan meningkat sehingga $1 trilion jika syarikat tersebut masih mendapat kelulusan untuk membeli pengeluar pemproses Arm. Tetapi biarpun tanpa ini, Nvidia berupaya untuk meningkatkan hasil dan memecahkan rekod, seperti yang ditunjukkan dalam laporan suku tahunan terkini.

Starbucks

Saham syarikat ini mungkin bukan saham paling popular dalam pasaran buat sementara ini. Sebab pertama ialah situasi epidemiologi negatif di dunia, yang masih boleh menyebabkan kuarantin umum. Sebab kedua ialah kenaikan gaji pekerja kedai kopi.

 

Related posts
Analysis

Ketakutan dan Emas

Perkara yang pakar Goldman Sachs jangkakan daripada emas pada tahun 2020.
Analysis

Berita Mingguan 10.02 — 14.02.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 30.09-04.10.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 17.03.2020

Pada hari Ahad yang lalu, Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar sebanyak 1.5% tanpa dijangka, yang menyebabkan kenaikan dalam sebut harga pasaran saham.