Platform berita

China UnionPay & JCB di Olymp Trade

China UnionPay & JCB Kini Diterima oleh Olymp Trade


Minat dalam platform perdagangan terus bertumbuh di pelbagai negara. Inilah sebabnya Olymp Trade kerap mengemas kini kaedah pembayaran yang tersedia.

Pedagang dari seluruh dunia kini boleh menambah nilai akaun mereka dan mengeluarkan dana dengan menggunakan kad China UnionPay dan JCB.

Salah satu kelebihan kaedah pembayaran ini: amaun maksimum deposit satu kali dihadkan hanya oleh had platform — sehingga $15,000 setiap satu deposit.

 

China UnionPay

Sistem pembayaran China ini menjadi antarabangsa sejak lama dahulu dan kini digunakan di lebih daripada 170 negara. Pada tahun 2015, China UnionPay telah melebihi Visa dari segi jumlah transaksi.

 

JCB

Kaedah pembayaran antarabangsa dari Jepun yang telah beroperasi selama lebih daripada 50 tahun. Kad JCB dikeluarkan di 23 negara dan boleh digunakan di lebih daripada 190 negara.

 

Membuat Deposit di Olymp Trade

Penggunaan kaedah pembayaran baru ini hampir sama bagi kedua-duanya. Berikut ialah panduan langkah demi langkah tentang cara untuk menambah nilai akaun Olymp Trade dengan menggunakan kad China UnionPay:

Langkah 1. Klik Deposit pada platform perdagangan, pilih China UnionPay sebagai kaedah pembayaran dan masukkan jumlah deposit anda. Anda akan diubah hala ke halaman pembayaran.

MS_0

Langkah 2. Masukkan nombor kad dan nama pemegang kad anda.

MS_1

Langkah 3. Isi butiran kad: kesahan dan CVN2. Anda akan perlu meminta kod SMS untuk mengesahkan butiran. Masukkannya dan lengkapkan proses pembayaran.

Jika semuanya berjalan lancar, wang akan tersedia serta-merta dalam akaun Olymp Trade anda dan anda akan boleh membuat dagangan.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.