Platform berita

Ciri Baharu, Insight dan Pertandingan — Perkara yang Dibawa Bulan Julai

Perdagangan Insight, pertukaran pantas antara Forex dengan FTT dan analitis pasaran baharu


Bulan Julai ini telah membawakan banyak perubahan yang positif kepada platform kami. Daripada ciri baharu kepada perdagangan Insight — semuanya untuk memperbaiki pengalaman perdagangan anda. Tidak dikecualikan juga, kami telah melancarkan pertandingan World Race 2 dan membawakan analitis terhebat kami kepada anda. Jadi bersiap sedia dan mari meneliti peristiwa bulan ini.

 

Ciri Baharu

Untuk memastikan anda sentiasa meneraju dalam dunia perdagangan, kami sentiasa cuba untuk menambah lebih alat dan penambahbaikan QoL untuk kegunaan anda. Kali ini, kami mempunyai 4 perkara utama untuk dibincangkan.

 

Pertukaran Pantas Antara Forex dan Fixed Time Trades

Bagi mereka yang menggunakan versi Web platform kami, kami mempunyai beberapa berita baik. Dari bar sisi Tinjauan Aset, anda boleh bertukar antara Forex dan FTT untuk mana-mana aset. Ia membenarkan anda untuk memperoleh fleksibiliti yang bagus dalam strategi perdagangan anda.

Tukar Strategi Anda dengan Lebih Pantas

 

Berdagang Lebih Bijak, Bukan Lebih Susah Dengan Insight

Perdagangan berita mungkin susah kadang-kalanya, terutamanya apabila anda tidak pasti sama ada berita tersebut akan mempengaruhi aset yang berkenaan. Tetapi, dengan tab Insight baharu kami, anda boleh menambahkan ramalan yang paling relevan dan menerima semua maklumat yang anda perlukan untuk suatu dagangan. Ia tambahan yang bagus untuk strategi anda.

Berdagang Dengan Insight

 

Pengganda Forex dan FTT Baharu

Sesuatu yang menarik untuk pelabur dalam kedudukan kami: anda ingin bermain dengan perubahan harga tanpa merisaukan kos tambahan? Untuk tujuan ini, kami telah menambahkan pengganda x1 untuk kedua-dua Forex dan Fixed Time Trading. Dengan adanya pilihan ini, anda akan dapat membuka dagangan jangka panjang tanpa komisen untuk pindahan malam.

Cuba Pengganda Baharu

 

Menu Dagangan Aktif dan Tutup Semua Tawaran

Sedikit QoL: Menu Dagangan Aktif menunjukkan ringkasan setiap dagangan aktif anda supaya pedagang boleh mengetahui perkara yang berlaku dalam sekilas pandang. Ia tersedia untuk kedua-dua FTT dan Forex.

Tutup Semua Tawaran merupakan butang yang menutup setiap tawaran terbuka. Ia merupakan ciri yang kecil tetapi berguna yang akan dihargai oleh pengguna Forex kami.

Lihat Ciri Baharu

 

Pendidikan

Pedagang yang bagus telah banyak belajar, pedagang yang terhebat tidak pernah berhenti belajar. Dengan fikiran ini, kami selalu mengembangkan perpustakaan Pendidikan kami. Mari lihat perkara yang telah kami tambah di situ.

 

7 Strategi Baharu

Dalam tab Pendidikan kami, kami telah menambahkan satu siri penuh yang terdiri daripada 7 strategi perdagangan Forex. Antaranya termasuklah ramalan berdasarkan analisis teknikal, Predatory Look, Trio dan lain-lain. Kesemuanya disesuaikan sepenuhnya ke dalam latihan Forex dan mengandungi arahan penuh, supaya pedagang baharu juga berupaya untuk menggunakannya.

Tambah lebih alat ke dalam gedung perdagangan anda dengan pengetahuan baharu.

Ketahui Lebih Lanjut

 

Pertandingan World Race 2

Walaupun ini bukannya topik bulan Julai (pertandingan ini diadakan dari 3 hingga 7 Ogos), kami perlu menyebut tentangnya. Dengan jumlah hadiah $60,000 dan penyertaan pedagang daripada semua status (dalam tiga Liga), pertandingan ini amat berbaloi untuk mendapatkan perhatian anda.

Daripada beribu-ribu pedagang yang mengambil bahagian, hanya yang terhebat telah mendapat tempat dalam 20 Teratas dan mendapatkan hadiah utama mereka. Anda boleh semak keputusan pertandingan pada papan peneraju.

Lihat Keputusan

Related posts
Platform berita

Olymp Plus: Pembantu Pedagang Terbaik

Aplikasi Olymp Plus memberi pedagang akses kepada berita ekonomi, analitis tentang perdagangan dan nasihat yang diberikan oleh pakar Olymp Trade Dengan aplikasi ini, anda akan...
Platform berita

Perubahan jadual akan berlaku

Pada bulan ini, China dan Hong Kong menyambut Festival Bot Naga Oleh itu, Indeks Hang Seng Hong Kong (HSI – Olymp Trade Platform, HK50 – MT4) akan ditutup sepanjang...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.