Analisis Fundamental

3 Strategi untuk Perdagangan Kalendar Ekonomi

Melakukan Perdagangan yang Lebih Baik dengan Menggunakan Kalendar Ekonomi


Kalendar ekonomi adalah alat yang hebat untuk memahami keadaan yang sedang berlaku di pasaran, tetapi apakah kaedah untuk anda memanfaatkannya bagi melakukan dagangan yang lebih menguntungkan? Berikut adalah 3 strategi yang boleh anda gunakan untuk melakukan perdagangan menggunakan kalendar ekonomi.

Kebanyakan pedagang memahami cara berita ekonomi menjejaskan hampir semua pasaran perdagangan dalam pelbagai cara. Dengan menggunakan data yang dikeluarkan oleh pelbagai sumber kerajaan dan swasta tentang keadaan ekonomi tempatan, nasional dan global memberi kuasa kepada pedagang untuk membuat keputusan yang lebih menguntungkan.

Walau bagaimanapun, ramai pedagang masih belum pasti tentang cara untuk mengubah pengetahuan mereka bagi menghasilkan keuntungan yang lebih baik bagi kedudukan mereka. Jika anda masih belum arif dengan kalendar ekonomi atau fungsinya, periksa panduan bermaklumat kami. Mujurlah, pelanggan Olymp Trade mendapat akses percuma ke kalendar ekonomi yang boleh diubah suai.

Berikut adalah 3 strategi terbukti yang menggunakan Kalendar Ekonomi untuk menghasilkan wang yang lebih banyak.

Dagangkan Pasaran Paling Cair dengan Kecenderungan Tidak Berarah

Pasaran dengan kecairan yang paling banyak adalah yang paling kerap didagangkan serta dengan jumlah yang paling tinggi. Indeks utama seperti Dow Jones, NASDAQ, S & P 500 adalah contoh yang baik, tetapi juga pasangan mata wang utama seperti EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, AUD/USD dan USD/CHF.

Anda akan melihat bahawa semua pasaran ini melibatkan dolar AS. Punca bagi keadaan ini ialah dolar AS yang menjadi “mata wang rizab” bagi kebanyakan negara di dunia. AS juga merupakan ekonomi yang terbesar di dunia, tetapi itu bukanlah tumpuan sebenar.

Tumpuan utamanya ialah pasaran-pasaran ini mempunyai susut yang paling ketat. Apabila berita atau laporan yang mempengaruhi pasaran-pasaran ini dikeluarkan, tindak balas di pasaran lebih ketara yang memberikan lebih banyak kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan.

Keluaran data utama seperti pengangguran AS, KDNK, keputusan Rizab Persekutuan AS (Bank Pusat), peperangan, bencana dan lain-lain akan menjejaskan pasaran ini dengan ketara dari segi pergerakan di luar normanya.

Trend segar sering kali bermula apabila berita dikeluarkan berdasarkan kalendar ekonomi, walaupun trend ini hanya berlaku untuk jangka waktu yang singkat. Oleh itu, pedagang mempunyai peluang untuk mengikuti trend terbaharu dan keluar dengan segera selepas mendapatkan keuntungan.

Kuncinya ialah dengan mengikuti maklumat terkini tentang data ekonomi dan berita terbaharu agar anda bersedia untuk keluar apabila tiba masanya dan mengambil kesempatan daripada peluang tersebut.

Merintangi Pasaran

Merintangi pasaran adalah satu lagi strategi tidak berarah yang membolehkan pedagang meletakkan kedudukan di pasaran tertentu dengan lebih awal berdasarkan data yang akan dikeluarkan dari kalendar ekonomi

Dalam keadaan ini, seorang pedagang melihat masa dan tarikh untuk data utama yang akan dikeluarkan dan kemudian mengkaji carta bagi aset yang berkaitan untuk menentukan saluran harga perdagangan tipikal mereka. Semakin dekat dengan berita sebenar, lebih tepat julat harga yang akan dikeluarkan.

Mari kita mengkaji contoh fiksyen kaedah ini dilakukan. Rizab Persekutuan AS perlu mengeluarkan keputusannya sama ada untuk menurunkan kadar faedah atau tidak. Kebanyakan individu akan bersetuju bahawa mereka sebenarnya akan menurunkan kadar faedah tersebut, tetapi sesetengah individu telah mempersoalkan alasan di sebalik keputusan itu.

Kita tidak tahu tindakan yang akan diambil dan cara pasaran akan bertindak balas dengan tepat. Oleh itu, kita melihat pada pasaran yang akan dipengaruhi oleh keputusan sedemikian. Pasaran ini terdiri daripada pasangan mata wang USD, indeks AS utama dan lain-lain.

Untuk contoh di sini, mari lihat Purata Industri Dow Jones dan lihat cara kita akan menetapkan “stradel”. Dalam carta 15 minit ini, EMA tempoh 10 kita berada dalam lingkungan 27932 dan 27940.

Dengan harga semasa pada 27936.5 dan berita yang akan dikeluarkan, kita akan menetapkan sasaran jangka pendek kita di garisan hijau (27932 dan 27940). Kita menetapkan posisi Beli di bahagian atas (27940) dan kedudukan Jual di bahagian bawah (27932) dan titik Hentikan Kerugian kita pada 5% untuk bermain Forex.

 

Sekiranya harga menaik atau menurun, kita masih dapat bermain dalam cara yang akan mencetuskan pergerakan berikutan pengumuman yang dikeluarkan. Dalam situasi yang terbaik, hanya satu daripada poin kemasukan kita yang dicetuskan dan kita boleh membatalkan yang lain, tetapi jangan lakukan keputusan tersebut dengan terlalu cepat.

Di samping itu, kita boleh menetapkan stradel jangka panjang yang lebih jauh di luar harga semasa. Hanya luaskan julat sebanyak 4 hingga 6 mata lagi dan tetapkan lebih banyak kedudukan. Dengan cara ini, anda boleh meletakkan lapisan mata masuk anda untuk memaksimumkan keuntungan sambil meminimumkan sebarang kerugian untuk pembalikan tiba-tiba.

Berikut adalah contoh meletakkan kedudukan lapisan kemasukan anda berdasarkan pada carta yang sama di tempat kita menambah poin kemasukan ke 8 dan 12 dari tahap asal kita. Sebaik sahaja pasaran bergerak, posisi anda akan dicetuskan dan anda hanya perlu membuat keputusan apabila anda ingin keluar.

Cubaan untuk melakukan stradel selepas berita dikeluarkan biasanya boleh menyebabkan kehilangan titik kemasukan yang baik serta boleh menyebabkan anda melakukan tindakan mengikut emosi pada masa yang penting dan keadaan ini tidak digalakkan.

Dengan Stradel, anda akan mempunyai satu daripada 4 hasil yang berkemungkinan.

  1. Tiada apa yang berlaku kerana berita itu tidak memacu pasaran.
  2. Ketaktentuan kecil mencetuskan kedua-dua kedudukan anda tanpa pergerakan muktamad yang bermakna tiada pergerakan yang ketara dan kekurangan sebarang keuntungan besar, tetapi menyebabkan kerugian kecil kerana titik Hentikan Kerugian anda.
  3. Trend positif dalam satu arah selepas mencetuskan kedua-dua kedudukan anda dan menjadikan keuntungan anda akan ketara melebihi Hentikan Kerugian anda di kedudukan yang lain.
  4. Trend positif dalam satu arah selepas memacu hanya satu sisi Stradel anda yang menyebabkan anda menghasilkan keuntungan besar dari posisi yang dicetuskan.

Dengan beberapa amalan dan pengalaman di pasaran pilihan anda, anda akan mula mendapat wang daripada berita ekonomi tanpa menghiraukan berita yang dikeluarkan.

 

Kecenderungan Berarah

Strategi terakhir ini dirumuskan berdasarkan laporan “sepersetujuan” yang dikatakan akan berlaku dengan satu set data ekonomi atau berita yang ditetapkan yang akan dikeluarkan. Sepesetujuan sering tidak tepat dan kadang-kadang menjadi tidak logik. Walau bagaimanapun, orang ramai melakukan dagangan berdasarkan tanggapan ini beberapa hari atau beberapa minggu sebelum berita ekonomi dikeluarkan.

Dengan cara ini, berita ekonomi sebenar yang dikeluarkan boleh memberi impak yang sama sekali berbeza di pasaran, walaupun 100% sama dengan sepersetujuan. Hal ini berlaku kerana pemain pasaran utama telah membuat keputusan berdasarkan sepersetujuan dan harga telah diselaraskan dengan sewajarnya.

Oleh itu, apabila berita itu diumumkan, pasaran boleh pergi ke arah yang bertentangan dengan arah yang dijangkakan semasa pemain utama menghasilkan keuntungan dari kedudukan awal mereka. Ini adalah contoh klasik “Beli khabar angin, jual berita.

Terdapat dua cara untuk bermain dalam senario jenis ini. Yang pertama adalah untuk mencuba dan melompat sebelum data ekonomi dikeluarkan berdasarkan laporan sepersetujuan Biasanya, anda akan dapat membuka dalam kedudukan yang baik berdasarkan ramalan pra-keluaran ini dan kemudian menjualnya sebaik sahaja data dikeluarkan.

Pilihan kedua ialah menunggu dan berharap ramalan itu salah dan dalam hal ini anda dapat membuka posisi yang lebih menguntungkan berbanding dengan laporan sebenar.

Inilah caranya:

Katakan penganalisa telah mencapai persetujuan bahawa keyakinan pengguna AS akan jatuh di bawah 95 (baru-baru ini berlaku dengan pendapat sepersetujuan pada 94.9). Anda percaya ia akan berada di atas 95 tetapi anda memutuskan untuk menunggu sehingga laporan itu keluar.

 

Dalam carta di atas, anak panah merah pertama menunjukkan cara pasaran bertindak balas kepada sepersetujuan bahawa laporan Keyakinan Pelanggan baharu akan lebih rendah. Anak panah kedua menunjukkan keadaan yang berlaku apabila laporan sebenar jauh lebih tinggi daripada sepersetujuan.

Selepas laporan dikeluarkan dan lebih tinggi daripada sepersetujuan (95.5 atau lebih), anda memasuki kedudukan Beli di salah satu indeks utama, stok atau pasaran berkaitan lain dan wang tunai bersama para pedagang yang terlambat ke permainan, termasuklah pemain utama yang meninggalkan kedudukan mereka daripada sepersetujuan buruk tersebut.

Sekiranya berita itu sebenarnya lebih teruk berbanding dengan 94.9 yang diramalkan, maka anda boleh mengambil posisi Jual kerana ia akan bergerak dengan bantuan para pemain utama yang kini berusaha untuk melanjutkan kepentingan mereka untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Kedua-dua keadaan ini memerlukan anda untuk peka tentang tarikh berita ekonomi, laporan sepersetujuan tentang keadaan yang akan menjadi berita ekonomi dan kesudian untuk bersiap sedia apabila berita itu diumumkan.

Selain itu anda juga perlu mempunyai gambaran yang jelas tentang kedudukan yang akan anda ambil berdasarkan berita supaya anda tidak berhadapan dengan kebimbangan atau bertindak balas secara beremosi pada pasaran dan membuat keputusan perdagangan yang lemah.

Amalkan Pengetahuan Yang Anda Pelajari

Kini, anda mempunyai beberapa strategi tambahan untuk menangani pasaran dengan bersenjatakan kuasa kalendar ekonomi, masa untuk berdagang. Kami sangat menggalakkan anda untuk menggunakan Akaun Demo anda bagi menambah kemahiran dalam strategi ini sebelum bermula atau mulakan dengan jumlah yang kecil dan secara beransur-ansur meningkatkannya apabila anda telah menambah kemahiran anda.

Tanpa mengira cara anda meneruskan dagangan, kini anda mempunyai asas pengetahuan yang lebih baik untuk berdagang dan mencapai matlamat kewangan anda.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.