Forex

Faktor-faktor Penting dalam Perdagangan Forex

Apa Yang Harus Pedagang Pertimbangkan Semasa Berdagang di Olymp Trade


Sama ada anda sudah mula melabur dalam pasaran Forex dengan Olymp Trade atau ingin mencari titik permulaan, terdapat pelbagai perkara untuk dipertimbangkan dan difahami agar lebih berjaya dalam dagangan anda. Walaupun perdagangan Forex dengan pasangan mata wang mungkin kelihatan rumit, pedagang boleh menggunakan beberapa kaedah untuk meningkatkan hasil perdagangan mereka.

 

Setiap faktor yang mempengaruhi perdagangan mata wang mungkin amat merumitkan, tetapi setiap bahagian kompleks tidak perlu diterokai dengan mendalam. Namun begitu, gambaran keseluruhan yang jelas tentang pasaran pertukaran mata wang asing dan pemahaman yang baik adalah mencukupi untuk membuat keputusan perdagangan yang lebih baik.

Berikut adalah beberapa perkara yang harus dipertimbangkan oleh pedagang semasa melabur dalam pasaran Forex, yang dihuraikan dalam istilah mudah bagi membantu pelabur biasa.

 

1. Bagaimana Kadar Faedah Mempengaruhi Nilai Mata Wang

Hampir setiap negara mempunyai kadar faedah yang ditetapkan oleh “bank pusat” negara tersebut. Di Amerika Syarikat, kuasa terletak pada Bank Rizab Persekutuan A.S., dan nama setiap institusi adalah berbeza, tetapi pada dasarnya ia mempunyai fungsi yang sama, iaitu menentukan kadar faedah nasional.

Kadar faedah TIDAK bermaksud kadar yang dikenakan kepada pelanggan bank untuk pinjaman rumah, kereta atau untuk memulakan/membiayai perniagaan. Sebaliknya, ia adalah kadar faedah yang dikenakan antara bank untuk pinjaman kepada satu sama lain. Ya, bank sentiasa meminjam wang semasa sendiri untuk memenuhi keperluan persekutuan yang lain, tetapi itu akan dijelaskan pada waktu lain.

Kadar faedah yang tinggi membantu mengurangkan inflasi manakala kadar yang rendah membantu meningkatkan aktiviti perniagaan. Sebarang berita yang disiarkan mengenai kadar faedah sering kali mempengaruhi pasaran forex dan saham dan perubahan kadar faedah mempunyai pengaruh langsung ke atas nilai mata wang negara tersebut. Anda akan menemui banyak kemas kini berita di bahagian ‘Insights’ Olymp Trade di platform seperti yang ditunjukkan di bawah ini, tetapi gabungan sumber berita yang berlainan adalah biasanya lebih berkesan.

 

2. Bagaimana Kesihatan Umum Ekonomi Mempengaruhi Ekonomi

Kekuatan ekonomi sesebuah negara akan mempunyai impak besar ke atas nilai mata wang negara tersebut berbanding mata wang lain. Negara dengan ekonomi yang kukuh dan pesat mempunyai keupayaan untuk membeli lebih banyak barangan dan perkhidmatan dan lebih banyak wang berada dalam peredaran. Ini pula akan mempengaruhi bagaimana mata wang tersebut dinilaikan.

Terdapat beberapa laporan bulanan, suku tahunan dan tahunan yang akan menandakan bagaimana prestasi sesebuah negara. Antara laporan yang paling penting ialah Produk Dalam Negeri Kasar atau “Gross Domestic Product (GDP)” dan pedagang disarankan untuk memberi perhatian pada sebarang berita mengenai pertumbuhan GDP negara-negara besar seperti A.S., China dan Kesatuan Eropah.

Selain itu, angka pengangguran, keyakinan konsumer dan laporan inflasi boleh mempengaruhi pasaran forex secara langsung.

 

3. Perhatikan Pergolakan Politik dan Konflik Ketenteraan

Pergolakan politik dan ketenteraan di mana-mana negara atau wilayah boleh mempunyai kesan yang ketara pada negara dan wilayah lain yang pada luaran tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan konflik tersebut. Namun begitu, kita hidup dalam ekonomi global dan dunia ini semakin kecil dan terhubung setiap hari.

Awasi berita mengenai situasi politik pada peringkat tinggi dan apa-apa konflik ketenteraan yang mungkin tercetus, dan tanya soalan serta dapatkan jawapan tentang bagaimana perkara ini mungkin mempengaruhi dagangan di seluruh dunia.

Contohnya, pergolakan politik di sebuah negara kecil seperti Myanmar mungkin mempunyai impak pada dagangan dengan China kerana Myanmar ialah pengeksport gas asli kepada China. Dan sebarang peningkatan kos tenaga kepada pengeluar China mungkin meningkatkan harga pasaran dan mengurangkan keuntungan pihak lain. Seperti yang boleh dibayangkan, beberapa riak kecil boleh menyebabkan gelombang ekonomi.

 

4. Gabungkan Analisis Asas dan Teknikal

Beberapa pedagang baru mungkin bertanya “apa perbezaan antara analisis asas dan teknikal.”. Yakinlah, ia tidak begitu rumit atau sukar difahami dengan meluangkan sedikit masa dan melakukan sedikit latihan dan kedua-duanya digunakan dalam analisis pasaran mata wang (forex) secara keseluruhan.

Analisis asas lebih banyak berdasarkan berita ekonomi dan politik seperti yang dinyatakan dalam 3 perkara pertama. Manakala, analisis teknikal memerlukan penilaian carta perdagangan sebenar untuk pasangan mata wang.

Strategi yang baik ialah untuk mengenal pasti satu atau beberapa pasangan mata wang dan membiasakan diri dengannya selepas seketika. Anda akan boleh melihat corak sifat berdasarkan berita ekonomi dan juga bagaimana trend dan pembalikan trend pasangan mata wang tersebut.

Contohnya, pasangan EUR/USD ialah aset forex yang paling banyak didagangkan. Oleh itu, ia amat sensitif kepada data ekonomi A.S. dan Eropah seperti perubahan kadar faedah, pengangguran dan GCP. Akan tetapi, analisis teknikal menunjukkan bahawa sejak tahun 2015 ia hampir sentiasa didagangkan melebihi kadar pertukaran 1.1 (1 euro bersamaan 1.1 USD).

Berikut adalah carta 1 bulan pasangan itu dengan garis mendatar merah jambu menunjukkan sokongan kuat pada tahap 1.1. Pemahaman tingkah laku bersejarah pasangan tersebut amat berguna jika/apabila ia mendekati tahap 1.1 di masa depan berkenaan bagaimana untuk membuat keputusan perdagangan berdasarkan berita.

Anda boleh meningkatkan kemahiran anda tentang bagaimana untuk menjalankan analisis teknikal pasaran di platform dengan memanfaatkan bilangan besar tutorial dan membuat keputusan yang lebih termaklum tentang masa untuk memasukkan atau mengeluarkan posisi pada pasaran. Lebih-lebih lagi, jika pedagang menggunakan pelbagai strategi perdagangan forex yang boleh dipelajari di platform, mereka boleh memaksimumkan keuntungan.

 

Jadilah Pedagang Pakar Menggunakan Prinsip-prinsip

Pedagang tidak memerlukan kelulusan ijazah Kewangan atau Ekonomi untuk menjadi seorang pakar forex dan memahami bagaimana untuk menganalisa pasaran. Semua maklumat yang diperlukan disediakan secara percuma dan lebih terperinci berbanding yang diterangkan di atas.

Dengan mengingati idea-idea yang dibincangkan di sini semasa berdagang, ia akan memperbaiki tingkah laku anda sendiri kerana kesedaran anda akan mempengaruhi analisis pasaran dan keputusan anda. Namun demikian, meluangkan masa berlebihan untuk mengasah kemahiran analisis anda dan menggunakannya apabila anda melihat maklumat relevan dalam berita atau di mana sahaja, pasti akan meningkatkan kadar kejayaan dagangan anda.

Ingat bahawa, sekiranya analisis asas dan teknikal menyediakan anda dengan satu lagi dagangan yang untung sebanyak $100 dalam satu minggu, anda akan memperoleh $5,000 dolar lagi selepas satu tahun. Ganjarannya pasti setimpal dengan usaha.

Related posts
Forex

Panduan FOREX Terbaik bagi Pemula I

Pasaran Forex boleh menjadi cara yang sangat baik bagi pelabur untuk berdagang secara menguntungkan dan berjuta-juta orang pelabur mengambil bahagian di dalamnya setiap hari....
Forex

Akaun Halal pada Olymp Trade

Akaun yang ditawarkan oleh platform Olymp Trade membolehkan pengguna Islam tidak melanggar syariah Islam.
Forex

Pesanan Dagangan: Garis Panduan

Garis panduan tentang penggunaan pesanan dagangan—suatu analog untuk pesanan belum selesai di Forex. Ketahui cara pedagang menggunakannya untuk memperoleh pendapatan!
Blog rasmi Olymp Trade