Forex

Panduan FOREX Terbaik bagi Pemula I

Perdagangan di Pasaran Forex Olymp Trade


    Pasaran Forex boleh menjadi cara yang sangat baik bagi pelabur untuk berdagang secara menguntungkan dan berjuta-juta orang pelabur mengambil bahagian di dalamnya setiap hari. Namun demikian, sebelum masuk ke dalam pasaran Forex, pedagang harus membiasakan diri mereka dengan cara ia berfungsi, istilah yang digunakan, dan cara mereka boleh mengambil bahagian. Berikut ialah panduan untuk membolehkan anda memulakan perjalanan anda untuk melabur dalam Forex.

     

    Apakah itu FOREX?

    Pasaran Forex ialah pasaran terbesar di dunia dan beroperasi hampir setiap hari, sepanjang masa minggu bekerja dengan pengecualian pada hari cuti. Jumlah sebanyak bertrilion-trilion dolar diperdagangkan pada setiap saat di pertukaran Forex.

    Setiap negara atau kumpulan negara seperti Kesatuan Eropah mempunyai mata wangnya sendiri, dan digunakan secara domestik untuk membeli barangan. Walau bagaimanapun, untuk membeli barangan buatan asing, biasanya mata wang perlu ditukarkan kepada mata wang yang digunakan di negara barangan dihasilkan.

    Memandangkan setiap negara mempunyai dasar monetarinya sendiri, banyak faktor boleh memberikan kesan kepada kadar pertukaran antara mata wang kedua-dua negara tersebut. Antara faktor ini termasuk kadar faedah, perkembangan politik, dan ekonomi domestik.

    Dengan kemajuan teknologi dalam perdagangan elektronik, pedagang boleh menjalankan urus niaga dari mana-mana saja dengan menggunakan komputer dan telefon mereka. Ini telah membantu mengembangkan pasaran. Oleh sebab tiada agensi pengawalseliaan tunggal di seluruh dunia, terdapat broker di serata tempat yang mengambil deposit daripada pelabur yang ingin mengambil bahagian dalam pasaran Forex.

    Ini mungkin agak menakutkan kepada pedagang baharu dengan modal yang terhad. Pasaran asalnya hanya digunakan oleh bank besar, dana lindung nilai, dan institusi kewangan besar yang lain. Bagaimanapun, ia telah berkembang menjadi tempat bagi pedagang semua saiz dan tahap pelaburan. Memasuki pasaran Forex boleh dilakukan dengan hanya USD$10.

     

    Glosari Istilah dalam Pasaran Forex

     Kedudukan TerbukaApabila seseorang pedagang masuk ke dalam urus niaga dan sementara ia masih aktif.

    Kedudukan TertutupApabila seseorang pedagang menjual kedudukannya dan mengambil keuntungan atau kerugian.

    LeverajWang dipinjamkan oleh broker kepada pedagang berdasarkan dana akaun pedagang yang tersedia dan aset leveraj. Ini kadang-kadang dipanggil pengganda.

    MarginJumlah wang di deposit dalam akaun pedagang. Digunakan untuk menentukan leveraj yang boleh dibenarkan oleh broker kepada pedagang untuk digunakan apabila menjalankan perdagangan.

    SebaranPerbezaan antara harga semasa yang ditawarkan untuk membeli aset dengan harga jualan semasa tawaran. Semakin dekat dua harga tersebut, semakin cepat perdagangan boleh dilaksanakan.

    PipDalam Forex, “pip” untuk pasaran terbesar seperti EUR/USD ialah .0001 harga semasa. Bagi pasaran tersebut, perubahan harga aset .0001 ialah perubahan satu pip. Bagi pasaran lain, “pip” ada dalam pelbagai saiz. Pada dasarnya, “pip” ialah unit pengukuran terkecil dalam membeli atau menjual tawaran yang ditempatkan di pasaran.

    Pasangan Mata WangMana-mana dua mata wang negara yang diperdagangkan antara satu sama lain di pasaran Forex. Pasangan yang paling popular melibatkan Dolar A.S., Euro, dan Yen Jepun, tetapi pasaran adalah tersedia untuk hampir setiap mata wang di dunia yang dipasangkan dengan mata wang yang lebih biasa.

    Contoh Pasangan Mata Wang dan Singkatannya:

    • JPY – Yen Jepun
    • USD – Dolar Amerika Syarikat
    • EUR – Euro Eropah
    • AUD – Dolar Australia
    • NZD – Dolar New Zealand
    • GBP – Paun Great Britain

    CFDKontrak Untuk Perbezaan. CFD ialah kedudukan yang dibuka oleh spekulator berdasarkan kepercayaan mereka bahawa aset tertentu akan meningkat atau berkurang dalam nilai. Jika mereka membuka kedudukan yang menjangkakan peningkatan, mereka akan mendapat keuntungan daripada perbezaan dalam harga pembukaan dengan harga pada penutupan. Keuntungan CFD boleh berubah-ubah bergantung pada broker, tempoh masa untuk kedudukan, leveraj, dan faktor lain.

    Kedudukan PanjangMembuka perdagangan dengan kepercayaan bahawa aset itu akan naik nilai dalam suatu tempoh masa.

    Kedudukan Pendek –  Membuka perdagangan dengan kepercayaan bahawa aset akan berkurang dalam nilai yang membolehkan pedagang membeli aset pada nilai yang lebih rendah dan menghasilkan untung bersih daripada perbezaannya. Ini boleh dilakukan sama ada dengan menjual aset yang telah dimiliki oleh pedagang atau dengan menjual aset yang dipinjam dan bersetuju untuk membeli (menggantikan pendek) aset itu pada tarikh yang akan datang. Ini penting kerana aset itu perlu dikembalikan kepada pemberi pinjaman.

    Kadar Faedah NegaraKadar faedah bagi mata wang negara yang ditetapkan oleh bank pusat negara. Ini ialah kadar yang bank-bank meminjam wang daripada satu sama lain, tetapi digunakan apabila broker “guling depan” kedudukan terbuka dalam pasaran Forex.

     

    Perdagangan di Pasaran Forex Olymp Trade

    Pada asasnya, pasaran Forex Olymp Trade terdiri daripada pasangan mata wang tradisional menggunakan pengganda Olymp Trade untuk menyediakan leveraj bagi perdagangan Kontrak untuk Perbezaan (CFD).

    Di sinilah pedagang boleh mengambil bahagian dalam pasaran dengan banyak pasangan mata wang yang berbeza, komoditi, logam, dan lain-lain. Pengganda yang disediakan oleh Olymp Trade membolehkan pelabur meningkatkan nilai perdagangan mereka sehingga 500 kali daripada jumlah yang dilaburkan. Pengganda Olymp Trade membolehkan pelabur yang lebih kecil mendapat keuntungan dalam pergerakan kecil dalam pasangan mata wang.

     

    Risiko dan Ganjaran dalam Perdagangan Forex?

    Sama seperti mana-mana pasaran, terdapat beberapa risiko dan ganjaran dalam perdagangan Forex. Syukurnya, jumlah mana-mana risiko dan ganjaran bergantung sepenuhnya pada pelabur, pengalaman mereka, keupayaan mereka untuk menganalisis data, dan pembuatan keputusan mereka yang bebas.

    Satu perkara yang harus diingati ialah terdapat seorang pemenang dalam setiap perdagangan yang dibuat antara dua pihak berdasarkan masa urus niaga berlaku dan tingkah laku aset berikutan perdagangan. Pedagang tidak harus mengambil risiko terhadap modal yang lebih banyak daripada jumlah yang mereka sanggup kehilangan. Syukurnya, dengan usaha yang gigih dan memanfaatkan kebanyakan alat pendidikan yang tersedia, pedagang sering kali boleh mendapat keuntungan yang jauh lebih banyak.

     

    Ketaktentuan Pasaran

    Pada permukaannya, kadar pertukaran aset di pasaran Forex mungkin kelihatan sangat kecil. Sebagai contoh, perubahan antara kadar pertukaran A.S. dengan Dolar Kanada (USD/CAD) hanya turun naik sebanyak 16 sen (USD0.16) antara tahun 2017 dengan 2019. Namun demikian, melihat carta pasaran di bawah, seseorang boleh mendapati bahawa terdapat banyak kenaikan dan penurunan dalam tempoh masa itu. Pergerakan ini memberikan peluang kepada pelabur untuk mendapat keuntungan daripada perubahan ini.

     

    Oleh sebab pasangan mata wang diperdagangkan berdasarkan pip (sering kali 0.0001 mata wang) sebagai unit dan disebabkan saiz jumlah yang diperdagangkan, terdapat banyak aktiviti dalam pasaran bagi pedagang memanfaatkannya.

    Related posts

    WordPress Theme built by Shufflehound.
    © 2014 - 2019 Olymp Trade. All Rights Reserved.