George Soros. Nama yang mesti dikenali oleh setiap pedagang


Terdapat berpuluh-puluh pedagang dan pelabur legenda di dunia ini, tetapi hanya segelintir yang benar-benar berjaya. Tidak ada keraguan tentang kejayaan George Soros: pengalaman beberapa dekad, kecermelangan dalam dagangan, dan pendekatan unik beliau terhadap pasaran adalah bukti yang jelas.

Kami tidak menyentuh tentang penilaian etika dalam artikel ini. Kami ingin berkongsi beberapa fakta mengenai hidup beliau yang mungkin berguna kepada para pedagang.

 

Zaman muda dan cita-cita

Zaman muda George Soros jatuh pada masa yang paling mencabar dalam abad ke-20 dan layak diberikan kisah tersendiri. Hitler menduduki Hungary pada tahun 1944, dan terdapat penindasan besar-besaran terhadap orang Yahudi Hungaria. Keluarga George menyelamatkan diri dengan dokumen palsu dan berhijrah setelah pihak komunis mengambil alih.

Pada tahun 1947, keluarga Soros menetap di UK. Di sini, takdir menemukannya dengan Karl Popper, pendukung ideologi terkenal “open society”. Buku beliau “Open Society and It’s Enemies” membina asas untuk pandangan dunia bakal jutawan itu.

Berkat buku ini, George Soros masih seorang pejuang kebebasan dan penyokong perubahan. Ia adalah penting untuk pedagang untuk menggunakan pendekatan ini, kerana pasaran sentiasa berubah. Kadar faedah sentiasa dilaraskan, krisis mengegarkan pasaran dari masa ke masa, carta aset yang sama boleh menunjukkan trend yang bertentangan. Tiada apa-apa yang “mapan dari segi traditional” dalam dunia perdagangan.

 

Perjalanan ke Perdagangan

Pada tahun 50-an abad kedua puluh, hanya segelintir dapat memulakan perdagangan di pasaran kewangan. Ia adalah satu kelab eksklusif, biasanya untuk golongan kaya. Peluang Soros untuk menjadi ahli komuniti ini amat rendah. Sebelum menjinakkan diri dalam dunia kewangan, beliau hanya mampu bekerja sebagai penjual barangan keperluan pakaian dan pengurus jualan produk tembakau.

Suatu hari George mengambil keputusan untuk berhenti dan memeta semula haluan kerjaya beliau dan memutuskan untuk mengambil langkah yang tidak pernah dilakukan, iaitu menulis surat permohonan kerja kepada ketua bank perdagangan di UK.

Beberapa temu bual pertama tidak membawa hasil. Tetapi ia merupakan kesilapan bertuah apabila Soros diambil kerja oleh Singer & Friedlander, bank yang dijalankan oleh seorang rakan sebangsa Hungary. Namun begitu, kerja ini mempunyai kekurangannya tersendiri. Pencarian untuk kerja baharu membawanya ke syarikat broker New York yang dimiliki rakan universitinya. Pada masa itu, Soros berumur 26 tahun, dan kejayaan kewangan masih impian yang jauh. Walaubagaimanapun, pada masa itulah beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang spekulator: beliau menjadi pedagang abritaj sebenar.

 

“Raja Satu Mata Antara yang Buta

Pada akhir 50-an dan awal 60-an, pelabur di Amerika Syarikat kurang berpengalaman dalam saham Eropah, yang kemudiannya menjadi amat popular di negara tersebut. George Soros mendapati dirinya di tengah-tengah keadaan ini: pengalaman beliau di sebuah bank Eropah memberinya sedikit gambaran mengenai bidang ini.

Dalam bukunya “Soros on Soros: Staying Ahead of the Curve,” George menggelar dirinya seorang “pemimpin pertumbuhan pelaburan” dan “raja satu mata antara yang buta.” JPMorgan dan Dreyfus Foundation menghargai pendapat beliau. Oleh itu, Soros telah membuat lonjakan kerjaya sebelum usia 30 tahun.

 

Aktiviti Bertambah, Kekayaan Berkurang

Setelah berehat sebentar, Soros mula melabur dengan banyak. Pada awal tahun 70-an, beliau menubuhkan beberapa dana pelaburan dengan jumlah modal yang melebihi 10 juta dolar.

Pada tahun 1978-79, Soros dan rakan kongsi beliau Jim Rogers mula melabur dalam sektor teknologi, yang diabaikan oleh pelabur Wall Street. Kemudian beliau mengalami krisis psikologi, penceraian daripada isterinya, dan krisis ekonomi 1981 apabila dana beliau berkurang dari $400 juta kepada $200 juta.

 

1992: “Bank Inggris Bertekuk Lutut”

Sebagai seorang yang berfikiran luas, Soros tidak mengehadkan pilihan aset beliau. Beliau memberi tumpuan kepada saham dan bon, dagangan arbitraj kompleks dan minyak. Pasaran pertukaran asing tidak terkecuali. Pada September 1992, tindakan Soros yang menjual paun British sebelum dimilikinya (dikenali sebagai “shorting”) merupakan kejayaan terbesar Soros di Forex.

Disebabkan krisis penurunan nilai yang berlaku pada 16 September 1992, Bank of England menaikkan kadar faedah dan menyokong paun dengan campur tangan mata wang. Tindakan “shorting” paun ini menghasilkan keuntungan kira-kira $1 bilion untuk George Soros.

Sejak itu, George Soros telah berulang kali berkongsi ramalan beliau mengenai ekonomi negara-negara berlainan, dengan mengenal pasti kelemahan mana-mana sistem berdasarkan ketegaran dan sekatan.

 

Persaraan dan Kemunculan Semula.

Pada tahun 2004, George Soros memutuskan untuk menarik diri daripada perniagaan. Anak-anaknya menjadi pengganti empayar gergasi dengan modal bernilai lebih $13 bilion. Tetapi perintis ini tidak kekal di sebalik bayang-bayangan untuk masa yang lama.

Beliau pertama kali kembali dalam bidang ini sebelum krisis kewangan global melanda pada tahun 2007. Walaupun begitu, beliau bimbang akan keadaan sektor gadai janji A.S. Dalam masa dua tahun, beliau memperoleh sekitar $1 bilion daripada keadaan ini. Kejayaan besarnya berlaku tujuh tahun kemudian. Akhbar melaporkan Soros mula meluangkan banyak masa di pejabat walaupun selepas mencecah umur 86 tahun.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ahli kewangan legenda ini dengan aktif terlibat dalam aktiviti sosial. Dana beliau menaja organisasi amal di seluruh dunia, dan oleh itu sentiasa dituduh mengabaikan keperluan negara dan menaja revolusi warna.

 

Berdagang Seperti SorosEmas

Pengalaman Soros adalah unik. Walaupun ramai menganggap kejayaan beliau adalah hasil skema licik, tetapi vektor strategi beliau terbentuk di pertengahan abad yang lalu. Dalam satu temu bual, Soros merumuskan dua prinsip utama yang bertanggungjawab untuk kejayaannya.

  • Prinsip Pertama: pandangan dunia peserta pasaran adalah tidak konsisten dan berat sebelah. Beliau memanggil prinsip ini “prinsip salah anggapan”.
  • Prinsip Kedua (prinsip refleksiviti): pandangan yang tidak sempurna membawa kepada tindakan yang salah.

 

Bagaimana untuk Menggunakan Prinsip ini dalam Perdagangan?

Katakan pedagang menantikan pengumuman berita mengenai simpanan minyak mentah A.S. Apabila simpanan meningkat, harga minyak cenderung jatuh. Pedagang yang kurang berpengetahuan akan mula menjual kontrak future minyak.

Namun begitu, pasti ada sekumpulan pelabur yang tahu bahawa ribut yang teruk akan melanda Teluk Mexico, kilang minyak akan ditutup dan pengeluaran emas hitam akan jatuh di bawah tahap biasa. Ini adalah faktor positif untuk sebut harga minyak.

Dalam situasi ini, sekumpulan pelabur profesional dapat mengatasi posisi pedagang biasa dan menghasilkan keuntungan pada pembelian komoditi itu. Inilah yang berlaku sebenarnya: syarikat pelaburan dan lindung nilai biasanya mempunyai jumlah data yang banyak dan oleh itu bertindak dengan lebih efisien.

 

Hapuskan Prasangka Anda

George Soros mengajar kami untuk membuat pertimbangan dengan persediaan asas maklumat yang betul untuk sebarang urus niaga. Jika anda mahu berjaya, tinggalkan segala prasangka. Segalanya di dunia ini sedang berubah.

Dan pengalaman Soros membuktikan bahawa walaupun pembangunan beliau sendiri boleh menjadi tidak relevan. Menurut beliau, keberkesanan strategi pelaburan yang dibangunkan oleh George telah berkurang kebelakangan ini. Ini disebabkan kepopularan buku Soros “The Alchemy Finance”.

Setiap hari, beribu-ribu aliran maklumat bercanggahan di Forex dan pasaran lain. Ia tidak mungkin untuk sentiasa mencari jalan yang betul, tetapi George Soros juga pernah membuat kesilapan. Tetapi, beliau tidak hilang keinginan untuk melangkau jauh, dan ini menyebabkan beliau menjadi kaya dan terkenal.

Kita semua mempunyai pengalaman serupa semasa berdagang, dan oleh itu contoh pengalaman seperti George Soros memberikan pengajaran penting kepada kita. Mereka menjadi inspirasi dan motivasi kita untuk terus maju, berkembang, memanfaatkan pasaran, maklumat aset dan wang.


Amaran risiko:

Maklumat yang diberikan bukan nasihat pelaburan. Apabila menggunakan maklumat ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan mengambil semua risiko yang berkaitan dengan hasil kewangan transaksi anda.

Mula berdagang