Gaya Hidup

Kaitan Usia dalam Perdagangan

Cara Usia dan Komitmen Masa Anda Benar-benar Mempengaruhi Kejayaan Perdagangan Anda


Berapakah usia untuk anda sepatutnya mula berdagang? Ini soalan yang baik, tetapi jawapannya mungkin mengejutkan anda. Sebenarnya, anda tidak sekali-kali terlalu muda atau terlalu tua untuk mula berdagang. Perkara yang paling penting ialah cara anda berdagang sejajar dengan usia anda serta beberapa faktor berkaitan masa yang lain.

Jadi, apakah bahagian “cara” dalam persamaan ini dan apakah kaitan persamaan ini dengan usia atau masa anda? Mari pecahkan beberapa mitos dan tanggapan salah berkenaan perdagangan berkaitan usia dan juga meneliti beberapa pendekatan dan strategi berkualiti untuk dipertimbangkan semasa melakukan pelaburan.

 

Mitos Tentang Usia dan Pelaburan

Rasanya cadangan pelaburan yang begitu salah di luar sana adalah bahawa orang muda mampu melibatkan diri dalam pelaburan yang lebih berisiko. Cadangan ini tiada beberapa butiran yang paling penting yang patut dipertimbangkan oleh pelabur muda.

Pertama, satu pelaburan terpenting yang akan dilakukan oleh kebanyakan orang dalam hidup mereka ialah rumah mereka. Tidak kira tempat anda tinggal di dunia ini, bahagian terbesar pendapatan anda kemungkinan besar akan dilaburkan dalam perumahan. Oleh itu, keutamaan tertinggi setiap pelabur haruslah bertujuan untuk mengurangkan atau menyingkirkan perbelanjaan tersebut daripada belanjawan mereka.

Oleh yang demikian, jika anda tidak memiliki rumah sendiri dan sama ada sedang membayar sewa atau tinggal di rumah orang lain, pelan pelaburan anda patut menumpukan untuk mengubah keadaan tersebut dengan secepat mungkin. Pemilikan rumah merupakan salah satu pelaburan yang paling tidak berisiko yang anda boleh lakukan dan lama-kelamaan ia akan menyelesaikan dua masalah:

  • Jika anda tidak membayar sewa, anda mempunyai lebih wang untuk melabur dan berbelanja pada benda lain.
  • Rumah anda akan bertambah nilai sepanjang hidup anda dalam 99% keadaan, tidak kira tempat anda tinggal di dunia ini.

Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang muda ialah kekurangan pendapatan untuk membeli rumah sendiri dan inilah masanya berdagang dalam pasaran boleh menjadi sumber yang bernilai untuk mencapai matlamat kewangan awal yang berisiko rendah ini.

Masalah kedua dengan cadangan “orang muda boleh mengambil lebih risiko” adalah bahawa orang muda secara umumnya kekurangan pengalaman pelaburan dan pemahaman yang kukuh tentang cara dunia di sekeliling mereka boleh mempengaruhi pelaburan mereka.

Tambahan pula, kekurangan pengalaman ini selalunya menyebabkan perdagangan “beremosi” atau keruntuhan jiwa apabila sesuatu yang tidak kena berlaku dalam suatu dagangan atau mana-mana peristiwa hidup yang lain. Pedagang muda yang meletakkan segala usaha mereka dalam pelaburan seperti perdagangan menghadapi risiko kehilangan momentum biarpun sebelum mereka bermula.

Tanggapan salah yang lain adalah bahawa orang yang lebih tua patut mengelakkan pelaburan yang lebih berisiko. Hal ini tidak semestinya benar juga.

Atas satu sebab, pelabur yang lebih tua mempunyai banyak pengalaman hidup yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan kerugian potensi. Selain itu, pelabur yang lebih tua selalunya mempunyai lebih banyak modal yang boleh dilaburkan, oleh itu, mereka berada dalam posisi yang lebih baik untuk mengambil risiko tambahan.

 

Membangunkan Strategi Perdagangan

Kebenaran yang lebih jelas adalah bahawa pelaburan tidak mempunyai kaitan besar dengan usia, tetapi lebih kepada baik bermula awal daripada lewat dan membangunkan kemahiran anda sebagai pedagang. Tidak kira umur anda sekarang, anda tidak terlewat untuk menjadi seorang pelabur yang hebat dan menguntungkan.

Daripada mempercayai anekdot tentang pelaburan, lebih baik meneliti beberapa faktor utama yang akan mempengaruhi keupayaan anda untuk memperoleh pendapatan tambahan melalui perdagangan atau pelaburan secara umumnya. Berikut beberapa soalan yang anda patut bertanya kepada diri anda:

  1. Berapa banyak wang yang boleh anda risikokan dalam pelaburan?
  2. Bagaimanakah anda boleh meningkatkan jumlah tersebut? Sama ada dengan mengurangkan perbelanjaan anda atau meningkatkan pendapatan anda.
  3. Berapa banyak masa yang boleh anda berikan kepada perdagangan setiap hari atau minggu?
  4. Apakah tahap kemahiran anda tentang pasaran, strategi perdagangan dan pengurusan wang?
  5. Apakah matlamat kewangan anda untuk 6 bulan yang akan datang? 1 tahun? 5 tahun? 20 tahun? (Jangan risau, ia akan berubah mengikut masa)

Selepas anda meneliti diri anda dan menjawab soalan ini, anda akan sedar bahawa usia sebenarnya tiada kaitan yang besar dengan pelaburan melainkan anda sudah berada pada tahap usia yang lanjut dan 20 tahun mungkin lebih lama daripada tempoh anda akan berada di sini (dalam keadaan ini anda patut berfikir tentang pemfaktoran harta pusaka anda dan cara ia akan dibahagikan selepas anda meninggal).

Bagi semua yang lain, tiba masanya untuk mengusahakan jawapan yang anda berikan kepada lima soalan ini.

 

Mula Memperoleh Keuntungan dan Belajar SEKARANG!

Lakukan perdagangan sebaik sahaja anda tahu kedudukan anda dari segi kewangan dan tahap kemahiran, serta masa yang tersedia untuk menumpukan pada pembaikan dua perkara ini. Anda beruntung kerana usia dan pendapatan anda tidak mengehadkan keupayaan anda untuk mula berdagang dengan segera dan memulakan perjalanan anda ke arah kebebasan kewangan.

Jika anda tidak mempunyai akaun Olymp Trade lagi, anda patut berhenti membaca sekarang dan pergi mendaftar untuk mendapatkan akaun demo percuma anda. Jika anda mempunyai $20, $100 atau $1,00 yang boleh digunakan, ambil kesempatan ini untuk mendepositkan jumlah yang ada. Jangan risau, kami akan tunggu anda di sini kerana ia hanya akan mengambil masa beberapa minit untuk melengkapkan proses tersebut.

Memandangkan anda sudah mengambil langkah yang utama, berikut cara untuk anda bergerak lebih maju dalam perjalanan anda. Kami akan menggunakan soalan sebelum ini sebagai panduan.

1. Jika anda sudah memiliki sebuah rumah, bagus. Jika tidak, anda perlu melaraskan pendapatan dan perbelanjaan anda supaya anda dapat menyimpan wang setiap bulan sehingga anda mampu membeli sebuah rumah. Selalunya, hal ini bermaksud anda perlu membuat pinjaman, tetapi pembayaran balik pinjaman selalunya masih akan berjumlah lebih kurang dengan sewa anda.

Berdagang di Olymp Trade akan memberi anda medium pelaburan jangka pendek kerana ia membenarkan anda untuk menjana pendapatan tetap yang konsisten. Rumah anda akan berfungsi sebagai pelaburan jangka terpanjang anda dan anda boleh memilih medium pelaburan yang lain berikutan pertumbuhan kekayaan anda, tetapi buat masa ini, perdagangan dalam talian dan pemilikan rumah merupakan keutamaan.

Perdagangan dalam talian boleh menawarkan peningkatan tambahan dalam pendapatan anda yang akan membenarkan anda untuk menyimpan wang untuk rumah pertama anda dengan mudah. Tetapkan sasaran untuk meningkatkan akaun perdagangan anda sebanyak 5-10% setiap minggu sehingga anda mencapai $2,000 USD. Selepas itu, mula keluarkan dana yang melebihi ambang ini dan gunakan dana untuk rumah anda.

$2,000 merupakan ambang yang baik kerana anda mendapat status Expert di Olymp Trade, yang akan menawarkan kepada anda alat dan sumber tambahan yang akan membuatkan anda memperoleh lebih banyak wang daripada perdagangan. Penggunaan Cara Pedagang juga akan membantu anda meningkatkan kemahiran anda sementara menawarkan ganjaran tambahan.

Daripada titik inilah anda akan mengembangkan akaun pelaburan anda dengan pesat dan mengubah kehidupan kewangan anda.

2. Luangkan 2-3 jam sehari sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu. Anda akan menggunakan masa ini untuk meningkatkan pemikiran anda, pengalaman dan akaun perdagangan anda. Manfaatkan webinar, tutorial dan bahagian Insights Olymp Trade untuk menjadi seorang pakar dalam perdagangan pasaran.

Tidak kiralah sama ada anda berumur 18 tahun atau 60 tahun, anda kini berada dalam universiti pelaburan selama 10-15 jam seminggu. Cikgu anda merupakan pakar dan penganalisis profesional yang akan menunjukkan anda segala-galanya yang anda perlu tahu untuk memperoleh keuntungan dengan kerap dalam perdagangan dalam talian dan Olymp Trade menawarkan pengetahuan ini secara percuma.

Jadilah murid yang baik, masa depan dan pendapatan anda bergantung pada prestasi anda. Semakin banyak yang anda pelajari, semakin banyak yang anda akan peroleh. Ingat, terdapat orang bodoh yang menjana beribu-ribu dolar setiap hari dengan berdagang dalam talian. Jangan biarkan mereka melepasi anda.

3. Kenal pasti matlamat kewangan anda dan jangan lepaskan sasaran tersebut. Kekal fokus, sabar dan kekal rendah diri walau apa jua kejayaan anda.

Anda tidak perlu membuktikan kepada sesiapa selain diri anda dan ini amat penting. Buktikan kepada diri anda bahawa anda boleh mencapai sasaran jangka pendek anda dan keyakinan anda akan dapat dilihat oleh semua orang.

Jangan risau tentang penampilan kerana apabila anda membeli rumah itu untuk diri anda dan keluarga anda, ia akan menyatakan segala-galanya yang diperlukan.

Jangan risau tentang usia anda! Anda tidak sekali-kali terlalu muda atau terlalu tua, tetapi anda perlu terus maju, jika tidak, anda akan ketinggalan dalam debu yang ditinggalkan orang lain. Manfaatkan sepenuhnya perkara yang ditawarkan oleh Olymp Trade dan mereka akan menjadi rakan kongsi anda dalam perjalanan untuk meningkatkan kekayaan anda dan menunaikan impian anda.

Related posts
Gaya Hidup

Olymp Trade Bantu Melawan Covid-19

Pasukan Olymp Trade meneruskan program amalnya. Semasa sambutan perayaan Ganesh Chaturthi, beratus-ratus keluarga India yang miskin telah menerima hadiah yang berguna: bantuan...
Blog rasmi Olymp Trade