Gaya Hidup

Kejayaan Tidak Datang Bergolek: Bill Gates, Frédéric Malle & Anda

Dua kisah yang mengujakan daripada lelaki yang berjaya atas usaha sendiri


Adakah terdapat formula tertentu untuk berjaya? Terdapat orang yang berjaya sejak permulaan tamadun. Setiap orang yang berjaya mempunyai kisah mereka sendiri. 

Terdapat beberapa persamaan untuk setiap jenis Kejayaan. Mari kita lihat dua lelaki yang berjaya daripada bidang, keluarga dan lapisan masyarakat yang berbeza. Bill Gates ialah bekas lelaki terkaya di dunia dan Frédéric Malle daripada Editions de Parfums Frédéric Malle.

Kedua-dua lelaki ini diiktiraf sebagai orang yang terhebat dalam bidang mereka. Walaupun mereka berdua prolifik dalam peranan mereka dengan syarikat mereka, mereka tidak mempunyai banyak persamaan. Baiklah, mereka berdua pernah menjadi kanak-kanak.

Bill Gates dan Frédéric Malle, mempunyai lebih banyak kesamaan daripada sekadar bekas kanak-kanak. Dibesarkan di negara, status sosioekonomi dan sistem pendidikan yang berbeza.

 

Frédéric Malle dan aroma bertuahnya

Pada bulan Julai 1962, Malle dilahirkan dan kemudian dibesarkan di Paris, Perancis oleh bapanya yang bekerja dalam industri filem dan ibunya yang bekerja dalam bidang minyak wangi. Semasa membesar, Frédéric terdedah kepada dunia minyak wangi dan mengkaji kerumitan memasarkan aroma pada mulanya.

Beliau tamat pengajian dari NYU dengan ijazah dalam Sejarah Seni dan Ekonomi. Sepanjang awal kerjayanya, beliau bekerja keras dengan jurugambar sebelum melakukan pengiklanan ringkas. Frédéric tidak pasti akan impak yang dibawa beliau terhadap dunia. Beliau kemudian memahami bahawa kejayaan bukan hanya bergantung pada usaha, tetapi bekerja keras pada sesuatu untuk menjadi lebih baik daripada kebanyakan orang.

Frederic Malle
Frédéric Malle

Berikutan percubaan yang gagal untuk mencipta kedudukannya sendiri dalam bidang minyak wangi Perancis, Malle menjadi perunding, kemudian menghadiri sekolah minyak wangi selama dua bulan dan melancarkan Éditions de Parfums Frédéric Malle tidak lama selepas itu.

Éditions de Parfums Frédéric Malle menghormati pembuat minyak wangi, satu kumpulan jurutera aroma yang sering diabaikan. Empayarnya dibina dengan menghormati orang yang beliau hormati dan kagumi. Pada tahun 2019, syarikat Malle menghasilkan 29 minyak wangi yang berbeza yang dibuat oleh 16 pembuat minyak wangi.

 

Bill Gates: dari garaj ke kedudukan tertinggi dunia IT

William H. Gates III dilahirkan di Seattle, Washington pada bulan Oktober 1955, ibu dan bapanya ialah peguam dan ahli lembaga pengarah untuk First Interstate BancSystem dan United Way of America.

Sejak kecil, Bill tertarik dengan teknologi, menulis program perisian pertamanya ketika di gred lapan. Gates belajar dan berlatih menghasilkan kod sumber untuk beberapa program pertama yang dijalankan pada komputer sambil membantu sebuah syarikat dan sekolahnya.

Bill Gates
Bill Gates

Kekagumannya terhadap komputer terus berkembang semasa beliau belajar di Harvard. Beliau berhenti belajar di Harvard selepas tahun keduanya di situ. Dengan sokongan ibu bapanya, Gates berhenti daripada universiti dan mengasaskan Microsoft dengan seorang rakan dari garaj ibu bapanya.

Selepas bekerja keras dan dengan ketekunan selama berpuluh-puluh tahun, Bill menjadi lelaki terkaya di dunia pada satu masa. Beliau tidak pernah membiarkan apa-apa menghalangnya. Sebagai ikon dalam bidang teknologi, beliau merevolusikan dunia melalui komputer. Pencapaiannya dalam industri hampir sepadan dengan tindakan amalnya di seluruh dunia.

 

Cara yang berbeza, kejayaan yang serupa

Walaupun mereka membesar dengan kehidupan yang berbeza, mereka berdua akhirnya berjaya. Terdapat banyak jalan untuk menuju kejayaan tetapi tema yang tersirat merentasi jalan-jalan itu adalah kerja keras. Keazaman untuk mencipta perubahan dan kesanggupan untuk mengusahakannya adalah perkara yang membezakan seseorang yang berjaya daripada orang lain.

Tiada pengganti untuk usaha. Di platform Olymp Trade, pengguna dapat mengakses semua peralatan yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang berjaya.

Kehidupan mereka amat berbeza antara satu sama lain dan barangkali kehidupan anda, satu titik fokus menjadikan impian mereka kenyataan dan anda juga boleh melakukan yang sama. Kedua-duanya pernah membuat keputusan untuk mencapai matlamat mereka dan tidak membenarkan apa-apa menghalang mereka. Keazaman yang mereka tunjukkan, mencipta identiti mereka.

 

Buat keputusan yang betul

Olymp Trade menyediakan peralatan dan pendidikan yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang berjaya. Walau bagaimanapun, alat untuk menjadikannya kenyataan adalah tidak mencukupi, seseorang itu harus memilih untuk menjadikan perdagangan keutamaan. Sebaik sahaja keputusan itu dibuat, apa-apa pun boleh dilakukan.

Kejayaan bukan tentang asal-usul anda atau cara anda mencapai kejayaan, tetapi keazaman untuk mengatasi takdir anda untuk sampai ke kedudukan yang anda mahu ialah perkara yang menjadikan kisah anda unik. Terimalah pahit manis dan bekerjasama dengan Olymp Trade untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan.

Related posts
Gaya Hidup

Lihat Dunia dan Muhasabah Diri. Bahagian ll

Dalam artikel sebelumnya kami membincangkan tentang tempat di mana anda tidak hanya dapat berehat tetapi juga berasa hidup semula dan memupuk semangat untuk pencapaian baru Hari...
Gaya Hidup

Olymp Trade Bantu Melawan Covid-19

Pasukan Olymp Trade meneruskan program amalnya Semasa sambutan perayaan Ganesh Chaturthi, beratus-ratus keluarga India yang miskin telah menerima hadiah yang berguna: bantuan...
Gaya Hidup

Menjadi Pedagang yang Beruntung

Perjalanan Arthis, seperti ramai pedagang yang lain, dibelenggu oleh pengajaran dan kerugian yang teruk Ketahui cara dia mengatasi kejatuhan dan mencipta strategi tersendiri Dia...
Gaya Hidup

Kaitan Usia dalam Perdagangan

Berapakah usia untuk anda sepatutnya mula berdagang Ini soalan yang baik, tetapi jawapannya mungkin mengejutkan anda Sebenarnya, anda tidak sekali-kali terlalu muda atau terlalu...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.