Platform berita

Kemas Kini Akaun Peribadi untuk Pengguna MetaTrader 4

Keadaan yang lebih selesa untuk berdagang dengan MT4

Anda mungkin tahu bahawa broker Olymp Trade menyokong operasi terminal MetaTrader4, yang dianggap sebagai salah satu program terbaik untuk berdagang di Forex. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan kemas kini terkini yang berlaku di kedua-dua versi aplikasi dan versi web MT4.

Biar kami ingatkan anda bahawa anda boleh menggunakan akaun peribadi anda di laman web metatrader.olymptrade.com untuk mencipta akaun baharu, tukar nilai leveraj dan dapatkan pautan langsung untuk muat turun versi desktop terminal.

Kami sentiasa menambah baik keadaan perdagangan dan menjadikan mereka lebih selesa untuk pengguna MT4 kami. Perubahan ini melibatkan kedua-dua reka bentuk dan fungsi terminal

https://lh5.googleusercontent.com/MadulWGCWwnRI8ziFv5N_pmXTN7S45YMDRTAaZv9PxYu3pc_MoAWTli76ruf-_XVmpmia_A3r4ETD8w3RiG6OuJL91mQ8RIo_IpR-C3dBxftnveyDtEK2-PDW2U9md-qumJcFa6g

 

Menu Utama

Deposit dan pengeluaran pantas boleh diakses melalui butang “Deposit” dan “Pengeluaran” terus dalam menu terminal utama. Selain itu, kami juga telah menambah ciri yang membolehkan akses secara langsung ke data profil pengguna serta sebuah paparan status semasa.

 

Menu Sisi

Beberapa ciri yang berguna telah ditambah ke menu, yang terletak di bar sisi kiri. Berikut merupakan beberapa cirinya:

Bantuan

Anda boleh menghubungi sokongan pelanggan dan meminta untuk panggilan balik di sini.

Tinjauan Aset

Adakah anda ingin mencari aset dengan trend yang paling dipercayai? Bahagian ini akan memberikan anda analitis unik mengenai peristiwa pasaran yang paling relevan.

Pandangan

Jika perdagangan berita merupakan kehandalan anda, lihat bahagian ini untuk ulasan ekonomi terkini. Di sini, anda juga boleh menapis berita mengikut kumpulan aset yang anda minati: pasangan mata wang, ETF dan lain-lain.

Isyarat dagangan

Idea dagangan daripada pakar Olymp Trade merupakan satu lagi perkhidmatan yang berguna yang akan membantu anda membuat lebih banyak dagangan yang menguntungkan.


Kami pasti anda akan menikmati inovasi kami. Berdagang seperti pakar dengan MetaTrader 4!

 

Tertanya-tanya cara untuk Mula Berdagang dengan MetaTrader 4?

Inilah arahan langkah demi langkah kami:

 

Langkah 1: Lawati laman web

Pergi ke laman web MT4 Olymp Trade: https://metatrader.olymptrade.com/

 

Langkah 2: Daftar atau log masuk

Untuk pendaftaran: Jika anda seorang ejen baharu, pilih ‘Daftar’ & isikan butiran anda. Kemudian baca perjanjian perkhidmatan & ketik butang ‘Setuju’. Selepas itu, klik butang ‘Daftar’.

Untuk klien sedia ada: Masukkan e-mel & kata laluan berdaftar anda, kemudian klik pada captcha ‘Saya bukan robot’. Klik butang ‘Log Masuk’.

Langkah 3: Penyediaan akaun

Sekarang anda perlu memilih jenis akaun anda (Standard / ECN). Kemudian klik pada ‘Buka akaun’.

Tetapkan kata laluan MT4 & opsyen SWAP free.

Pilih leveraj anda.

Langkah 4: Buka platform MT4

Anda boleh pilih platform MT4 Olymp Trade atau anda juga boleh memuat turunnya untuk platform yang anda mahu gunakan. Semua opsyen tersedia. Anda cuma perlu memilih platform anda.

 

Masukkan nombor akaun & kata laluan MT4 anda untuk log masuk ke platform MT4.

Anda sedia untuk mula berdagang!

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.