Platform berita

Memperkenalkan Pusat Bantuan: gabungan pangkalan pengetahuan dan sumber pembelajaran

Kini lebih mudah untuk mencari maklumat yang anda perlukan


Sambil membangunkan platform kami, kami adalah komited untuk mewujudkan persekitaran yang mesra dan menyokong pedagang baru memulakan kerjaya mereka, melaraskan strategi perdagangan mereka, membuat keputusan pelaburan termaklum, dan akhirnya berjaya dalam pasaran.

 

Apakah yang berubah?

Baru-baru ini kami menjadikannya lebih mudah untuk anda mencari jawapan mengenai platform kami yang mungkin anda tercari-cari, dan juga pembelajaran asas perdagangan. Kami telah memindah kandungan dari halaman “FAQ” dan “Pendidikan” ke Pusat Bantuan serba baharu kami, yang kini adalah sumber utama anda untuk jawapan kepada soalan lazim dan bahan-bahan latihan yang berguna.

Kunjungi Pusat Bantuan

 

Bagaimana untuk Menavigasi Pusat Bantuan?

Untuk mengunjungi Pusat Bantuan, pilih item “More” di menu navigasi sebelah kiri, dan tekan “Pusat Bantuan”, seperti yang ditunjukkan di bawah:

 

Apakah yang terjadi kepada halaman “Pengetahuan” dan ”FAQ?

Halaman Pusat Bantuan mengandungi dua bahagian. Di bawah “Panduan Pengguna”, kami telah menggabungkan maklumat yang berkaitan dengan penggunaan platform kami. Contohnya, anda boleh mengetahui mengapa kami menghendaki pengguna untuk mengesahkan akaun mereka, bagaimana untuk membuat deposit yang pertama, dan apakah perbezaan setiap status berlainan.

Sekiranya anda masih baru dalam bidang perdagangan atau ingin mengasah kemahiran anda, bahagian “Tutorial Perdagangan” (dahulunya “Pengetahuan”) meliputi beberapa topik penting yang anda perlu tahu sebagai seorang pedagang, begitu juga petua-petua berguna dan cadangan yang disyorkan. Selain membaca penerangan kami yang ringkas tetapi jelas mengenai konsep, strategi dan teknik yang boleh anda gunakan dengan segera, anda juga boleh menonton video langkah demi langkah yang dihasilkan secara profesional, seperti ini.

 

Mula dengan Video Baru Ini

Sekiranya anda mempunyai sedikit masa untuk diluangkan dan ingin meluaskan pengetahuan dan pemahaman anda mengenai perdagangan, tonton video tutorial pengenalan yang ditambah baru-baru ini:

Lebih banyak sumber berguna dijadualkan untuk ditambahkan tidak lama lagi, teruskan menanti kemas kini baharu.

Related posts
Platform berita

Olymp Plus: Pembantu Pedagang Terbaik

Aplikasi Olymp Plus memberi pedagang akses kepada berita ekonomi, analitis tentang perdagangan dan nasihat yang diberikan oleh pakar Olymp Trade. Dengan aplikasi ini, anda akan...
Platform berita

World Race 2.0 Olymp Trade

Pertandingan terbesar Olymp Trade telah kembali. World Race 2.0 tahun ini mempunyai tiga Liga, hadiah utama motosikal dan hadiah melebihi $60,000.
Blog rasmi Olymp Trade