Gaya Hidup

Menjadi Pedagang yang Beruntung

Temu Ramah dengan Pedagang Expert, Arthi vel Murugan

Perjalanan Arthis, seperti ramai pedagang yang lain, dibelenggu oleh pengajaran dan kerugian yang teruk. Ketahui cara dia mengatasi kejatuhan dan mencipta strategi tersendiri. Dia berkongsi tentang perkara yang membawanya ke kecemerlangan hari ini dan matlamatnya untuk tahun ini.

 

Salam sejahtera, Arthi. Kami berbesar hati bahawa anda telah memilih untuk berdagang dengan platform kami. Sebagai seorang pengguna lama Olymp Trade, soalan pertama, apa yang membawa anda ke dalam dunia perdagangan? Bagaimanakah anda mendapat tahu tentang perdagangan Fixed Time Trade dan Forex?

Baiklah, 3 tahun yang lalu, saya inginkan kerja yang lebih mudah. Pada masa itu, saya memperdagangkan saham. Kemudian saya ternampak sebuah iklan pada video YouTube tentang Olymp Trade. Saya melayari platform tersebut dan pada masa itulah, saya mendapat tahu tentang Fixed Time dan Forex.

 

Apakah matlamat perdagangan umum anda?

Matlamat saya adalah untuk menghasilkan pendapatan yang stabil. Pada mulanya, saya ingat saya boleh mendapat sedikit wang tambahan melalui berdagang. Tetapi, saya sedar bahawa berdagang boleh menjadi sumber pendapatan utama saya.

 

Dan apa yang paling menarik minat anda untuk berdagang?

Perkara yang paling menarik minat saya adalah bahawa semua orang akan berdepan dengan kerugian. Jika anda tidak mengalami kerugian, maka anda tidak dapat belajar. Pengetahuan yang boleh diperoleh merupakan perkara yang paling menarik tentang platform ini.

 

Baik. Beritahu kami tentang permulaan perjalanan anda. Apakah rintangan pertama yang anda hadapi? Dan apa cabaran yang telah anda atasi?

Apabila saya diperkenalkan kepada platform ini, saya menggunakan platform asas. Pada permulaannya, saya ingat bahawa mudah untuk mendapatkan sedikit EUR. Tetapi selepas 2 atau 3 bulan, saya sedar bahawa pasaran selalu berubah, dan saya telah menemui alat-alat platform seperti strategi dan penunjuk.

Saya belajar untuk menggunakan penunjuk melalui latihan. Apabila saya mengetahui sesuatu strategi dan pengurusan wang, saya akan diperkenalkan kepada jenis strategi dan analisis yang baharu.

Tetapi saya perlu mempelajarinya. 2, 3 bulan yang pertama adalah sukar. Saya mendapat sedikit keuntungan dan sedikit kerugian. Tetapi, saya belajar, berlatih dan mengetahui masa untuk menggunakan strategi yang bersesuaian.

 

Perjalanan ini sememangnya cukup panjang… Bagaimanakah dengan hari perdagangan biasa anda? Adakah anda melakukan sesuatu yang khusus untuk memulakan hari anda?

Saya ada rutin. Saya mempunyai pekerjaan tetap seperti kebanyakan orang. Ini merupakan sebahagian besar daripada hari saya. Selepas kerja, saya akan balik ke rumah dan berdagang selama 3 hingga 4 jam.

Sebelum log masuk ke platform perdagangan, saya akan mengambil sedikit masa untuk melihat pergerakan pasaran. Saya akan tunggu isyarat, kemudian memasuki pasaran. Kadang-kadang, saya akan berlatih dengan akaun demo saya, sebelum menukar ke akaun sebenar saya untuk beberapa jam.

 

Berapa jam anda berdagang untuk setiap hari? Secara keseluruhannya?

Jika hari cuti, seperti semasa dalam kuarantin, saya akan lihat pasaran dahulu. Jika pasaran bergerak seperti yang dijangka, saya akan berdagang untuk sepenuh hari. Jika pasaran sangat agresif atau perlahan, saya akan berdagang untuk 1-2 jam.

 

Baik. Bagaimanakah pengalaman perdagangan anda setakat ini?

Saya telah berdagang selama 3 tahun. Pada tahun pertama saya, saya mengalami banyak kerugian. Kerugian itu sangat memedihkan, tetapi ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Itulah pengorbanan demi mendapatkan pengetahuan.

Sekarang, saya boleh melihat trend tanpa penunjuk atau strategi dan meramalkan tindakan harga aset dengan 90% ketepatan. Tanpa apa-apa penunjuk.

 

Apakah kemahiran utama yang anda peroleh dalam perjalanan untuk menjadi seorang pedagang profesional? Apakah kemahiran pertama yang anda pelajari?

Pada mulanya, semasa saya bermula pada Olymp Trade, saya tidak tahu apa sebenarnya carta harga. Saya hanya tahu cara batang lilin Jepun dibentuk dan bergerak. Selepas belajar sedikit demi sedikit, saya menjumpai strategi tersendiri, dengan menggunakan sesetengah penunjuk dan oscillator dengan cara yang berbeza.

Sesebuah carta hanya mempunyai tiga jenis pergerakan, trend menaik, trend menurun dan trend mendatar. Sekiranya trend mendatar, carta tidak akan mempunyai pergerakan yang banyak dan memerlukan strategi yang berbeza.

 

Dan apakah alat yang paling banyak membantu anda sekarang?

Saya menggunakan 2 atau 3 strategi yang menggunakan penunjuk Parabolic atau RSI. Tetapi, jika trend mendatar, saya menggunakan jalur Bollinger atau Stochastic. Ini dikenali sebagai “Kind Martin”.

 

Jadi itulah strategi anda untuk perdagangan jangka pendek?

Ya.

 

Apakah motivasi utama anda untuk berdagang?

Motivasi pertama saya ialah wang. Kemudian, pada suatu tahap selepas tahun kedua, saya sedar bahawa saya boleh terus belajar. Sekarang, motivasi saya ialah pengetahuan.

 

Bagaimanakah cara untuk seseorang memilih strategi perdagangan? Apakah strategi kegemaran anda?

Strategi kegemaran saya ialah Kind Martin. Sebelum memilih strategi, saya melihat pasaran sekali lalu dahulu. Terdapat dua jenis carta secara umum, iaitu trend menaik atau trend menurun.

Saya kumpulkan pasangan mata wang mengikut trend semasa mereka. Jika terdapat isyarat yang kuat untuk satu pasangan mata wang, dua atau tiga pasangan yang seterusnya mungkin akan menyusul.

Jika trend mendatar, saya akan tukar kepada strategi Scalping.

 

Dan bagaimanakah anda mempelajari strategi yang anda gunakan?

Pada mulanya, YouTube Finance sangat membantu. Kemudian saya mula menghadiri webinar dan 2 atau 3 sesi dagangan langsung setiap minggu.

Dalam setiap sesi dagangan langsung, penganalisis kami akan menjelaskan strategi baharu dan cara untuk menggunakannya. Mereka akan berkongsi pengetahuan yang berguna.

Jadi, kami mencari isyarat dan mereka akan memberitahu kami sama ada isyarat tersebut bagus atau tidak. Ini sangat berguna. Tetapi, sekarang biasanya saya menggunakan Kind Martin.

 

Kind Martin merupakan gabungan Parabolic dan MACD. Adakah anda menambah penunjuk atau oscillator yang lain?

Saya telah mencuba setiap oscillator dan penunjuk. Kind Martin kadang-kadang akan memberikan isyarat yang sempurna, kemudian ia tidak akan berguna untuk 2 atau 3 hari.

Pada masa-masa begitu, saya akan menggunakan Jalur Bollinger dengan Kind Martin.

 

Baik. Adakah anda akan melencong daripada strategi anda?

Ya, saya lakukannya setiap minggu. Saya berasa bosan menggunakan 2 atau 3 strategi yang sama seperti Scalping dan Kind Martin. Apabila strategi Expert tidak menunjukkan isyarat, saya cuba menggunakan MACD, Jalur Bolliner dan kadang-kadang saya juga akan menggunakan Bollinger Terbalik.

 

Apakah penunjuk kegemaran anda?

Parabolic.

 

Apakah rangka masa yang anda biasa guna pada carta?

Saya selalu mengubah rangka masa untuk menyesuaikan dengan pasaran. Jika pasaran sangat agresif, rangka masa 2-3 minit adalah terbaik. Saya kadang-kadang akan menyemak carta 5 minit semasa memperdagangkan Forex.

Tetapi, saya hanya menggunakan 2 hingga 3 minit untuk Fixed Time Trade.

 

Adakah tempoh dagangan kegemaran anda juga 2-3 minit?

Ya, 2-3 minit.

 

Arthi, bolehkah anda jelaskan mengapa?

Hal ini kerana pasaran boleh berubah dengan agresif. Isyarat mungkin nampak baik, tetapi ia boleh terbalik ke arah yang bertentangan dengan cepat.

Apabila membuat dagangan pendek 2-3 minit, anda tidak menghadapi risiko kerugian wang dengan lama.

 

Arthi, strategi Kind Martin menggunakan Parabolic, sejenis penunjuk dan MACD, sejenis oscillator. Jadi, adakah anda lebih suka menggabungkan penunjuk dan oscillator?

Ya, kebanyakan strategi menggunakan kedua-duanya. Strategi ini amat mudah. Jjika trend sedang berubah, maka penunjuk adalah penting, manakala oscillator akan menunjukkan betapa terlebih beli atau terlebih jualnya sesebuah aset.

Dengan menggunakan kedua-duanya, kita boleh mendapat isyarat yang terbaik.

 

Adakah anda memberi tumpuan kepada berita perniagaan dan kewangan?

Ya, berita sememangnya penting… Pedagang mendapat pemberitahuan di bahagian bawah skrin pada platform. Tetapi, jika berita tersebut akan datang dalam 10 hingga 15 minit yang seterusnya, saya berhenti berdagang untuk 20 hingga 25 minit dan kemungkinan tidak akan memperdagangkan aset tersebut.

Pada masa-masa ini, walaupun dengan analisis teknikal, saya tidak dapat meramalkan arah pergerakan harga.

 

Adakah anda mempunyai laman web khusus yang anda lawati untuk berita sebegini?

Sebenarnya, sekarang, saya biasa menggunakan blog Olymp Trade. Ia merupakan tempat yang paling baik, jadi saya hanya menggunakannya. Saya tidak selalu menggunakan laman web yang lain.

 

Apakah sumber maklumat, buku, laman web, webinar perdagangan anda pada awalnya?

Hanya webinar pada awalnya. Saya menghadiri webinar setiap hari, berbincang dengan penganalisis dan cuba mencari isyarat.

Selepas saya menjadi pedagang Expert, saya bertukar kepada rundingan dengan seorang penganalisis. Saya belajar kebanyakannya daripada penganalisis saya, dia memberi saya idea untuk mencari isyarat dan menganalisis pasaran.

 

Adakah anda menyimpan statistik, membuat pengujian strategi dan belajar dengan diri sendiri atau anda mengikuti petunjuk seseorang?

Saya selalu mengikut petunjuk diri saya, kerana saya berasa bahawa jika saya mengikuti seseorang, ini bermaksud bahawa saya tidak dapat meramalkan pasaran sendiri.

Jadi, saya akan mengambil sedikit masa, contohnya, 15 atau 20 minit, dan saya akan lihat tindak balas pasaran. Saya akan meluangkan masa untuk mencari isyarat.

 

Adakah anda menjejaki dagangan anda?

Ya, saya mempunyai catatan log, memandangkan saya tidak mengetahui cara untuk berdagang pada mulanya, saya telah mencatatkan beberapa kerugian besar yang memedihkan. Tetapi saya sedar akan kesilapan yang saya lakukan dan saya tidak mengulanginya.

Saya telah belajar untuk menahan diri saya dan tidak terlalu teruja.

 

Apakah pelan anda untuk tahun ini?

Saya ingin menebus kerugian saya. Di samping itu, saya ingin menjana $3,000 hingga $5,000 setiap bulan dan belajar kemahiran baharu.

 

Jadi, bagaimanakah anda menangani siri perdagangan yang merugikan?

Sebenarnya, semasa saya menjadi seorang pedagang Expert, saya hanya menginginkan keuntungan, tetapi saya mengalami kerugian lebih kurang $3,000.

Selepas 2 atau 3 bulan, saya sedar bahawa kerugian adalah biasa dan saya akan dapat menebusnya secara perlahan-lahan. Dengan strategi yang betul, anda boleh memperoleh begitu banyak dari masa ke masa.

Jika saya rugi 2 atau 3 dagangan secara berturut-turut, saya akan berhenti berdagang. Selepas kira-kira satu jam, saya akan melihat pasaran lagi dan saya mungkin berdagang lagi. Jika saya mula berdagang lagi, saya akan meningkatkan jumlah dagangan saya untuk menebus kerugian.

Jadi, jika saya rugi pada dagangan 4 dan 5, saya akan mulakan semula daripada permulaan dengan jumlah dagangan yang rendah.

 

Adakah anda belajar psikologi perdagangan dan bagaimanakah anda menghindari diri daripada menjadi terlalu teruja?

Saya belajar sedikit tentang psikologi, saya tidak menggunakan buku atau apa-apa. Tetapi lama-kelamaan saya belajar bahawa apabila anda menghadapi kerugian dalam perdagangan, anda akan berasa sangat kecewa.

Untuk menghindari diri daripada menjadi terlalu teruja, saya mengingati kerugian saya dan perkara yang saya pelajari pada akhirnya adalah bahawa anda tidak boleh berdagang dengan beremosi. Kekal bertenang, berdagang dengan strategik dan belajar daripada kesilapan anda, jangan ulanginya.

Anda perlu bertenang walaupun pasaran lemah, dan jika anda terlalu teruja, anda tidak akan berdagang dengan rasional dan akan kehilangan segala-galanya.

 

Baiklah, berapa kerap anda menonton webinar Olymp Trade?

Untuk 2 tahun yang pertama, saya tidak terlepas satu pun webinar, saya terus belajar dan belajar. Banyak yang perlu saya pelajari pada masa itu.

Untuk 2 atau 3 bulan yang lepas, saya tidak menghadiri apa-apa webinar, kerana saya sudah sampai kepada tahap yang saya tahu cara untuk menggunakan platform ini.

Semua perkara yang perlu diketahui oleh pedagang telah diajar dalam webinar. Penganalisis mengajarkan asas platform, alat-alatnya, cara menganalisis pasaran dan cara menggunakan batang lilin Jepun.

Penganalisis akan menjalankan 2 atau 3 sesi langsung sepanjang minggu supaya kami boleh cuba menggunakan beberapa strategi yang berbeza.

Anda akan ditunjukkan isyarat pertama, kedua dan ketiga dan diberitahu sesuatu seperti, “Apabila ketiga-tiga isyarat ini datang sekali, barulah isyarat tersebut adalah yang terbaik.” Sebagai pedagang baharu, ini merupakan maklumat yang penting.

 

Arthi, berapa kerapnya anda berkomunikasi dengan penganalisis anda?

Oh, saya rasa 7 hari seminggu. Setiap kali saya bertanya sesuatu kepadanya, dia akan menjawab.

Jika saya mempunyai kesangsian terhadap sesuatu isyarat, masalah dengan pengeluaran dana saya atau saya memerlukan bantuan untuk memahami analisis pasaran, saya akan menghantar mesej kepadanya dan biasanya dia akan jawab dalam satu atau dua jam.

 

Apakah yang akan anda bincangkan biasanya?

Kadang-kadang tentang strategi baharu, kebanyakan masanya tentang strategi lama atau sesi dagangan langsung dari masa ke masa.

 

Bagi anda, apakah bahagian yang paling berharga dalam rundingan tersebut?

Dia sering akan menyegarkan semula ingatan saya dan menjelaskan bahagian strategi yang sukar bagi saya.

Selepas rundingan, keyakinan saya bertambah, itulah masanya saya berdagang.

 

Apakah keistimewaan status Expert yang paling anda suka?

Keistimewaan Expert kegemaran saya adalah bahawa jika saya mendepositkan $200, saya akan mendapat bonus. Bonus dan pengeluaran yang dipercepatkan.

 

Baik. Soalan terakhir, mengapakah anda membuat keputusan untuk bertukar kepada status Expert? Apa yang meyakinkan anda?

Sebelum status Expert, saya memegang status VIP. Saya bertukar kerana saya boleh mendapat margin keuntungan melebihi 90% dan sokongan peribadi. Adanya seorang penganalisis peribadi untuk membimbing saya melalui sesetengah situasi perdagangan merupakan faktor yang terbesar.

 

Terima kasih kerana sudi menerima temu ramah ini.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.