Berita Jenama

Olymp Trade: Debut yang Berjaya di Expo Forex Dubai

Pasukan kami membuat penilaian tentang acara Forex yang utama


Walaupun terdapat pandemik, tuan rumah Expo Forex masih berjaya menarik perhatian kepada acara luar talian mereka. Acara ini diadakan di World Trade Center Dubai, salah satu bangunan pencakar langit yang terkenal. Kami gembira untuk mengumumkan bahawa pasukan Olymp Trade telah membawa pulang anugerah dan tanggapan yang tidak dapat dilupakan!

 

Sambutan Mesra di Expo Forex 2020

Pada 16ー17 Disember, lebih 2,600 pedagang telah datang ke Dubai untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan terkini dalam sektor, bertegur sapa dengan pempengaruh Forex dan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan wakil-wakil platform utama. 4,600 pengunjung yang lain pula menghadirkan diri ke acara melalui aplikasi Attendify.

2020-12-31-Dybai-2

Olymp Trade, iaitu Penaja Emas acara, telah memperkenalkan instrumen kewangan andalan kami: Fixed Time Trades (FTT), Forex dan MetaTrader 4. Reruai platform merupakan antara reruai yang paling popular: mengikut anggaran kasar, reruai kami dikunjungi oleh lebih 250 orang dari UAE, Arab Saudi, Israel, Rusia, Cyprus, Afrika Barat dan Timur serta rantau lain.

Wakil Olymp Trade:

Sudah tentu, kami telah bersedia untuk menyambut ramai pengunjung, tetapi hakikatnya bilangan sebenar telah melebihi jangkaan kami. Ada masa yang pengunjung perlu tunggu dalam barisan di luar reruai. Tiga orang wakil tidak cukup untuk melayan khalayak seramai itu. Alangkah baiknya jika kita ada empat atau lima orang di situ! 

 

Dua Hari yang Sibuk di Dubai

Walaupun menarik minat yang banyak daripada pedagang runcit dan korporat, pelabur, pembangun perisian, pempengaruh industri dan media, tetapi pakar-pakar Olymp Trade masih berjaya menangani berbilang tawaran perkongsian, soalan dan permintaan. Lebih-lebih lagi, mereka dapat mencari masa untuk menerima beberapa temu ramah dan mengadakan bengkel perdagangan.

Pasukan Olymp Trade juga ditemukan dengan wakil Gulf News, salah satu surat khabar bahasa Inggeris yang paling dihormati di rantau ini. Ahli pasukan kami telah mengunjungi pejabat Gulf News untuk bertemu dengan kakitangan mereka dan membangunkan pelan kerjasama. Hal ini merupakan perkara yang besar kerana surat khabar memainkan peranan yang utama dalam membentuk pendapat umum dan boleh menarik perhatian yang positif terhadap produk Olymp Trade.

2020-12-31-Dybai-1-1

Apabila menyebut tentang produk pula, produk kami bukan satu-satunya benda yang membuatkan reruai Olymp Trade dikunjungi ramai. Lamborghini berjenama kami mendapat banyak perhatian atas satu sebab penting! Kereta berkuasa tinggi yang gelap, berlogo Olymp Trade dan mempunyai garisan biru pengenalan amat sepadan dengan slogan Expo Olymp Trade “Cara Terpantas untuk Mula Berdagang”.

Wakil Olymp Trade:

Lambo kami merupakan kejayaan besar dalam acara ini! Ramai pengunjung Expo, termasuk orang-orang yang terkenal, telah singgah untuk mengambil swafoto. Saya faham motif mereka sepenuhnya: kereta itu sememangnya nampak bergaya! 

 

Penceramah Undangan Kami Berkongsi Pengetahuan FX Mereka

Peserta juga dapat mendengar perkongsian daripada ramai pempengaruh dan pakar FX yang terkemuka. Kami berbesar hati untuk menyatakan bahawa senarai 24 orang penceramah kami termasuk Abdoulaye Bougma, iaitu Pedagang Terpercaya dan Tetamu Khas kami, dan Angie Gruzdova, iaitu Penganalisis Kewangan dan Jurulatih FX Olymp Trade. Dalam sesinya, Angie telah memperkenalkan manfaat yang ditawarkan oleh broker ini kepada pedagang dan pelabur.

Angela Grusdova, Penganalisis Kewangan & Jurulatih FX Olymp Trade:

Expo Forex Dubai 2020 merupakan acara yang luar biasa! Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada setiap pedagang dan pelabur kerana mengambil bahagian dan menunjukkan minat mereka dalam bidang kewangan. Kami mendapat banyak inspirasi daripada perkongsian baharu kami dan kami tidak sabar untuk mengukuhkan lagi persahabatan kami.

 

Kami Memenangi Anugerah Platform Perdagangan Terbaik!

Hari kedua Expo ditamatkan dengan Majlis Anugerah yang dinanti-nantikan. Bagi wakil Olymp Trade, ia merupakan detik yang teruja sekali apabila mereka dipanggil ke atas pentas untuk menerima anugerah “Platform Perdagangan FX Terbaik”. Dalam pasaran Forex yang bersaingan tinggi, pengiktirafan ini amatlah bermakna bagi kami!

2020-12-31-Dybai-4
Di samping itu, kami juga patut menyebut bahawa ahli pasukan Expo Olymp Trade kami juga telah menyampaikan beberapa anugerah. Antaranya termasuklah anugerah “Pendidik Terbaik Afrika Barat”, “Rakan Kongsi IB Terbaik Afrika Barat” dan “Pedagang Terhebat Olymp Trade”. Anugerah terakhir diberikan kepada En. Bougma, iaitu seorang pedagang profesional berjaya yang memilih platform kami berbanding dengan platform lain.

Abdoulaye Bougma, Pedagang Terpercaya OT & Tetamu Khas:

Sebagai seorang pedagang pakar, saya memilih alat yang profesional, terutamanya apabila saya berurusan dengan jumlah wang yang besar.

Saya telah memilih Olymp Trade kerana saya berasa bahawa platform ini merupakan broker yang sempurna bagi saya dan pengikut saya.

2020-12-31-Dybai-3
Buat masa ini, masih awal lagi untuk membuat penilaian tentang Expo ini, tetapi wakil Olymp Trade mengatakan bahawa mereka gembira dengan keputusan awal ini. Pertama sekali, kebanyakan pengunjung amat berminat tentang produk ー kami berharap mereka akan kembali sebagai klien atau menyebarkan berita tentang produk kami. Kedua, pasukan telah menerima banyak permintaan untuk bekerjasama daripada pelbagai syarikat, penyedia perkhidmatan dan media.

Tetapi Expo Forex ini bukan sahaja merupakan alat Perhubungan Awam & rangkaian yang berkeupayaan tinggi. Ia juga merupakan peluang yang unik untuk mengadakan perbincangan peribadi dengan pedagang aktif dan rakan kongsi kami serta mengumpulkan maklum balas secara langsung tentang produk dan perkhidmatan Olymp Trade. Maklumat ini membantu Olymp Trade untuk mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu platform perdagangan yang terbaik di dunia.

Related posts