Olymp Trade Memberi Respons kepada Banjir di Vietnam Tengah

Apabila bencana alam berlaku, Olymp Trade tidak teragak-agak menghulurkan bantuan. Kali ini, usaha bantuan broker ini ditumpukan pada kawasan yang dilanda banjir di Vietnam Tengah.

Pada bulan Oktober dan November, taufan tropikal dahsyat yang menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh telah menjadikan sesetengah daripada rakyat Vietnam yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi semakin bertambah miskin. Inilah sebab pentingnya kita menyumbang kepada respons kecemasan global dengan menghantar keperluan asas kepada orang yang memerlukan.

Menurut laporan, banjir menjejaskan kehidupan lebih daripada 1.5 juta orang. Kebanyakan daripada mereka mengalami kerosakan dan kemusnahan sepenuhnya pada rumah, barangan rumah, bekalan makanan dan hasil tanaman. Kesannya, sesetengah kawasan pedalaman seperti Daerah Hai Lang di Wilayah Quang Tri mengalami kemiskinan dan kelaparan.

Olymp Trade merupakan antara syarikat yang berusaha meringankan kesan bencana ini. Pada 28–29 November, pasukan platform mengaturkan beberapa peristiwa kebajikan untuk mengedarkan pakej kecemasan di Daerah Hai Lang (rantau Pantai Tengah Utara negara itu).

Selain daripada keperluan makanan ruji seperti nasi, susu pekat, mi dan rempah, pakej ini mengandungi pen, buku nota dan bekalan sekolah yang lain. Kanak-kanak perlu meneruskan pendidikan mereka, walau apa-apa pun berlaku.

Ini bukanlah kali pertama (dan tentunya bukan yang terakhir) Olymp Trade membantu orang ramai mengatasi impak berbahaya bencana ataupun kecemasan kemanusiaan. Pada awal tahun ini, kami memberikan sokongan kepada rakyat Indonesia dan India yang terjejas disebabkan krisis ekonomi kesan pandemik.

Membantu orang ramai menghadapi kemiskinan dan keluar daripada kesusahan mereka merupakan salah satu keutamaan Olymp Trade. Seperti yang diketahui pedagang kami, kami memberi tumpuan pada pembangunan berterusan dan pendidikan. Namun kadangkala, memberikan orang ramai perkara yang mereka perlukan untuk hidup dan pulih semula adalah lebih penting pada masa kini.

Tahun ini adalah sukar untuk semua orang, tetapi kita masih boleh memudahkannya dan menceriakannya dengan berkongsi. Kami bersyukur kepada pedagang setia kami yang membantu kami mengatur perjalanan dan membantu pengagihan bantuan. Terima kasih untuk masa, tenaga dan semangat anda!


Amaran risiko:

Maklumat yang diberikan bukan nasihat pelaburan. Apabila menggunakan maklumat ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan mengambil semua risiko yang berkaitan dengan hasil kewangan transaksi anda.

Mula berdagang