Platform berita

Olymp Trade: Sejarah Kecemerlangan

Ini adalah trofi yang dianugerahkan kepada kami selama beberapa tahun ini


Selama lebih 6 tahun Olymp Trade telah meletakkan klien sebagai teras inovasi dan perkhidmatan kami. Kerana itu kami percaya penghargaan untuk semua anugerah yang diterima oleh kami adalah milik pedagang kami. Lihatlah anugerah yang telah kami peroleh bersama-sama.

 

2016

Boker Berkembang Paling Pantas

2021-03-15-ShowFX World

ShowFx World — adalah penganjur pameran, seminar dan persidangan antarabangsa yang mempromosikan celik kewangan dan pendidikan perdagangan. ShowFx World juga menganjurkan upacara anugerah setiap tahun untuk meraikan broker dan institusi kewangan yang mereka anggap sebagai luar biasa.

Pada tahun 2016, Olymp Trade mengambil kedudukannya di podium. Juri menggambarkan platform Olymp Trade sebagai “kejayaan intelektual minimalisme” dan memuji reka bentuknya yang tidak mengorbankan kecekapan.

 

2017

Broker Inovatif

2021-03-15-Innovation Broker

Trader’s Union Award adalah salah satu penghormatan dalam industri Forex. Ditubuhkan oleh Persatuan Pedagang Forex Antarabangsa (IAFT), ia adalah penilaian yang paling objektif mengenai pusat urus niaga dan broker, oleh kerana ia dinilai oleh lebih 200,000 anggota Trader’s Union. Olymp Trade bertanding dan memenangi anugerah “Broker Inovatif” TUA pada tahun 2017.

 

2018

Platform perdagangan Forex terbaik di Asia

2021-03-15-Le Fonti Awards 2018

LeFonti Awards adalah upacara penstrimen siaran langsung yang mengiktiraf organisasi yang menunjukkan kecemerlangan dalam inovasi perniagaan, kepimpinan komuniti dan pencapaian teknologi. Olymp Trade amat bangga untuk menyertai barisan pemenang terdahulu seperti Morgan Stanely, Bank of China, IBM, Deutsche Bank, Vodafone dan banyak lagi.

 

Platform Perdagangan Terbaik

TheForexAwards.com ialah destinasi dalam talian bagi peminat Forex dan pedagang profesional yang menganjurkan rancangan Forex Awards terunggul untuk membezakan nama yang terbaik daripada yang terbaik dalam bidang FX. Pada tahun 2018, Olymp Trade memperoleh piala “Platform Perdagangan Terbaik” mereka sebagai pengiktirafan teknologi canggih, perdagangan kos rendah dan alatan penyelidikan pasaran yang komprehensif.

2021-03-15-Best Trading Platform 2018

 

Komuniti Facebook Pedagang Terbaik di Thailand

Best Traders FB Community Thailand

Traders Fair ialah siri persidangan global yang dianjurkan oleh FINEXPO. Pakar perdagangan terhebat, syarikat kewangan dan broker dari seluruh dunia menghadiri untuk berkongsi pengalaman mereka dan berbincang mengenai pasaran kewangan. Persidangan ini juga adalah pusat untuk Traders Awards, di mana Olymp Trade dipersembahkan dengan piala “Komuniti FB Pedagang Terbaik di Thailand”. Ini adalah kali ketiga gelaran ini diberikan berdasarkan undian orang ramai.

 

2019

Platform Perdagangan Mudah Alih Terbaik & Broker Perkhidmatan Pelanggan Terbaik

2021-03-15-Best Mobile Trading Platform 2019

Global Brands Magazine Award telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan prestasi dan memberi penghargaan kepada Syarikat merentas pelbagai sektor. Anugerah diberikan untuk membezakan pemain utama yang berusaha untuk kehalusan dan menyediakan sebuah platform untuk pengiktirafan.

2021-03-15-Best Customer Service 2019

Salah satu pemain utama ini menurut GBM ialah Olymp Trade. Platform perdagangan mudah alih kami menerima pujian tinggi daripada para juri kerana reka bentuk inovatif dan kemudahan penggunaan, seperti yang dibuktikan oleh piala “Platform Perdagangan Mudah Alih Terbaik”. Dalam sebuah artikel yang menyerlahkan Olymp Trade, GBM juga menyentuh tentang fakta bahawa “aplikasi mudah alih ialah satu lagi saluran untuk berkomunikasi dengan pelanggan, melalui talian sokongan yang disediakan 24 jam sehari, 7 hari seminggu”. Dan oleh kerana talian komunikasi yang terbuka ini, Olymp Trade telah menerima anugerah “Broker Perkhidmatan Pelanggan Terbaik” pada tahun yang sama.

 

Broker Terbaik di Philippines

Traders Fair & Awards mengiktiraf perkhidmatan cemerlang Olymp Trade dengan satu lagi anugerah pada tahun 2019, kali ini semasa satu acara di Philippines.

2021-03-15-Best Broker Philippines-1

 

Broker Sokongan Pelanggan Terbaik & Pengalaman Perdagangan Mudah Alih Terbaik

2021-03-15-Best Customer Support Broker

Olymp Trade amat mengutamakan kepuasan pelanggan. Kakitangan kami bertutur dalam 18 bahasa dan membantu pelanggan dengan sebarang pertanyaan 24/7. Itulah sebabnya kami amat teruja untuk menerima anugerah “Broker Sokongan Pelanggan Terbaik” daripada Fxdailyinfo.com — destinasi dalam talian yang dipercayai untuk segala perkara Forex.

2021-03-15-Best Mobile Trading Experience

Walau bagaimanapun, ia bukan hanya perkhidmatan pelanggan kami sahaja yang diiktiraf oleh penerbitan terkenal tersebut pada tahun ini. Olymp Trade juga menerima penghormatan “Pengalaman Perdagangan Mudah Alih Terbaik” dan kami amat berbangga.

 

2020

Broker Sokongan Pelanggan Terbaik

2021-03-15-Best Customer Support Broker 2020

Pada tahun 2020, Olymp Trade memperoleh semula gelaran Broker Sokongan Pelanggan Terbaik menurut Fxdailyinfo.com. Ia merupakan kemenangan besar dengan 5,748 pedagang di seluruh dunia yang mengundi untuk kakitangan sokongan kami yang luar biasa.

 

Platform Perdagangan Terbaik

2021-03-15-Dubai Forex Expo

Selepas bertahun-tahun bertanding untuk mendapat penghormatan tertinggi Forex Expo — gelaran “Platform Perdagangan Terbaik” — Olymp Trade akhirnya diisytiharkan sebagai pemenang tahun 2020 dalam upacara yang diadakan di Dubai. Ia merupakan pertarungan yang sukar: untuk dipertimbangkan sahaja, semua broker perlu menjalankan semakan kawal selia yang ketat. Maklum balas para pedagang juga dikumpulkan selama 2 tahun sebelumnya bagi membuat keputusan. Olymp Trade telah lulus dengan cemerlang dan anugerah ini menjadi bukti mutu perkhidmatan kami.

Kami di Olymp Trade sentiasa mendapat inspirasi daripada klien kami. Tahun demi tahun kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik, syarat-syarat perdagangan terbaik dan platform perdagangan terbaik dalam kelas. Tetapi akhirnya, bukan piala berkilat yang penting kepada kami, tetapi keyakinan dan pengiktirafan anda.

Related posts
Blog rasmi Olymp Trade