Platform berita

Olymp Trade Sudah 6 Tahun: Perayaan yang Berinspirasi 🎉

Pencapaian, perayaan dan anda sebagai inspirasi kami


Bulan September ini, Olymp Trade menyambut tahun ke-6 bekerjasama dengan anda. Hal ini bermaksud bahawa kami telah menyediakan banyak peristiwa dan aktiviti untuk anda mengambil bahagian.

Tambahan pula, kami menawarkan beberapa hadiah untuk menunjukkan anda penghargaan kami terhadap komuniti kami. Dan, semestinya, akan terdapat beberapa kejutan sepanjang jalan. Sekarang, mari lihat perkara yang anda boleh jangkakan daripada perkara ini dan pencapaian kami pada tahun ini.

 

Kami Memberikan Anda Inspirasi, Anda Memberikan Kami Inspirasi

Mari mulakan dengan tema utama perayaan kami. Kenapa “Inspirasi”? Baik, terdapat dua sebab untuk tema ini. Sebab pertama adalah mudah: anda memberikan kami inspirasi untuk terus menambah baik platform kami dan membuatkannya lebih selesa untuk pengguna. Kami pula, memberikan anda inspirasi untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Sebab kedua lebih simbolik: nombor 6 kelihatan seperti pusaran. Dan pusaran mewakili kitaran penambahbaikan yang berterusan, iaitu usaha yang berterusan untuk melakukan yang lebih baik dan untuk menjadi yang lebih baik. Dan kami percaya bahawa kedua-dua platform kami dan anda, pengguna kami, memenuhi penerangan ini.

 

Retrospektif: Perkara yang Telah Berlaku pada Tahun Ini

Tahun ini susah bagi seluruh dunia. Walau bagaimanapun, hal ini tidak menghalang kami daripada melakukan yang terbaik dan kami berjaya untuk mendapat pencapaian yang agak banyak. Faktor besar dalam perkara ini ialah sokongan dan inspirasi yang diberikan oleh komuniti kami. Tanpa maklum balas anda, ia akan mengambil masa yang lebih panjang untuk kami memperoleh pencapaian yang kami ada sekarang.

Dengan semua berita yang banyak ini, anda mudah terlepas sesetengah peristiwa atau kemas kini. Jadi marilah lihat ringkasan pencapaian Olymp Trade pada tahun ini.

Lebih daripada 60 juta pedagang sedang menggunakan platform kami di seluruh dunia, dengan 16 juta yang baru mendaftar pada tahun ini. Mereka yang berdagang dalam perjalanan telah memuat turun aplikasi Olymp Trade untuk iOS dan Android kami sebanyak 38 juta kali. Sebanyak 358 juta dagangan (kedua-dua FTT dan Forex) dilengkapkan di platform kami.

Secara keseluruhan, kami terus berkembang dan menjadi lebih baik, dan kami berterima kasih kepada anda. Dan, semestinya, terdapat perubahan yang positif kepada platform dan komuniti pedagang kami.

 

Platform

  • Aset Forex dan Fixed Time Trade baharu, kini terdapat lebih daripada 100 aset di platform.
  • Kemas kini yang berterusan untuk MetaTrader 4 kami, menambah lebih alat dan ciri untuk anda gunakan.
  • Bulan Julai ini, program kesetiaan kami, Cara Pedagang, telah dilancarkan. Ia memberikan anda lebih alat untuk berdagang, termasuklah status yang berbeza.
  • Terdapat 3 status: Starter, Advanced dan Expert, masing-masing menawarkan bonus yang tersendiri.
  • Aplikasi pendidikan & analisis semua dalam satu baharu kami Olymp Plus mula berfungsi secara berterusan. Di situ, anda boleh mendapatkan maklumat yang lengkap tentang aset, pandangan perdagangan dan banyak lagi.
  • Dan, baru-baru ini, kami telah mempersembahkan kepada anda Pasaran, yang membolehkan anda untuk melanggani ciri-ciri dan latihan maju untuk meningkatkan kejayaan perdagangan anda.

 

Komuniti

  • Kami telah melancarkan program amal untuk membantu rakyat Indonesia dan kemudian India yang dipengaruhi oleh COVID-19.
  • Bulan Februari ini, Akademi Olymp Trade telah mengeluarkan cabaran YouTube pertamanya kepada komuniti kami.
  • Media sosial kami telah memperoleh lebih daripada sejuta pelanggan kesemuanya.
  • Kini, Olymp Trade diwakili oleh 28 kumpulan rasmi di Facebook.

Seperti yang anda dapat lihat, kami melakukan yang terbaik untuk menambah baik dan ini semestinya bukan senarai yang lengkap bagi pencapaian kami.

Buat masa ini, setakat ini sahaja topik tentang perayaan kami, jadi, sekali lagi, terima kasih kerana menjadi inspirasi kami dan nantikan lebih banyak berita dalam bulan-bulan yang akan datang!

Related posts
Platform berita

Olymp Plus: Pembantu Pedagang Terbaik

Aplikasi Olymp Plus memberi pedagang akses kepada berita ekonomi, analitis tentang perdagangan dan nasihat yang diberikan oleh pakar Olymp Trade Dengan aplikasi ini, anda akan...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.