Olymp Trade Tidak Tersedia: Penyebab dan Penyelesaian


Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan Olymp Trade tidak dapat dibuka. Untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah ini, kami telah memutuskan untuk mengumpulkan senarai penyebab yang paling umum di sebalik ralat ini serta penyelesaian pantas untuknya.

Anda Kini Berada di Negara yang Melarangkan Perdagangan

Setakat ini, sebab ini merupakan salah satu sebab utama yang menyebabkan Olymp Trade tidak dapat dibuka. Malangnya, ia bukannya sesuatu yang boleh dibetulkan dengan pantas dari pihak kami. Sebenarnya, negara yang berbeza mempunyai undang-undang yang berbeza untuk perdagangan dalam talian. Ada yang membenarkannya, ada yang tidak peduli dan ada yang terus melarangkan perdagangan. Jadi dalam keadaan ini Olymp Trade sememangnya tidak akan tersedia kepada anda.

Penyelesaian yang terbaik (dan paling sah) adalah untuk mencari negara atau lokasi yang membenarkan anda untuk berdagang dengan sepuas hati. Anda boleh mendapatkan senarai negara yang tersedia di laman kami.

Bagi pihak kami, kami sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak negara ke platform kami. Jadi, walaupun anda tidak dapat menggunakan platform kami pada ketika ini, anda mungkin akan dapat menggunakannya pada masa depan.

Kami Sedang Menjalankan Penyelenggaraan Platform

Kadang-kadang, masalah teknikal atau kemas kini besar memaksa kami untuk menutup platform kami untuk penyelenggaraan. Hal ini biasanya hanya berlangsung selama beberapa jam, jadi anda bolehlah berehat pada masa itu. Lagipun, rehat adalah penting untuk mengekalkan tumpuan dan kecerdasan anda. Tidak lama kemudian, anda akan dapat kembali berdagang di platform kami.

Sekiranya berlaku sesuatu yang lebih serius yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk dibetulkan, kami akan memaklumkan anda melalui saluran media sosial kami, jadi perhatikannya!

Anda Mempunyai Masalah Sambungan Internet

Masalah ini mungkin masalah yang paling mudah dikesan. Sekiranya anda mempunyai masalah Internet, anda tidak akan dapat membuka laman yang lain serta Olymp Trade. Terdapat beberapa penyebab yang berbeza kepada masalah ini, daripada masalah modem/penghala sehingga kegagalan sisi pembekal.

Sebaik sahaja anda mengenal pasti sebab di sebalik masalah tersebut, anda boleh mula menyelesaikannya. Sekiranya masalah berlaku pada sisi anda, maka anda boleh memulakan semula modem/penghala anda dan lihat sama ada ia dapat menyelesaikan masalah. Untuk masalah dari sisi pembekal, malangnya, anda hanya boleh tunggu sehingga ia diselesaikan.

Terdapat Ralat dengan Aplikasi Mudah Alih

Masalah ini lebih sukar untuk dikesan kerana ia kurang ketara (kecuali anda mendapat mesej ralat pada peranti mudah alih anda). Cara yang bagus untuk menyemak sama ada aplikasi mudah alih kami mempunyai masalah adalah dengan cuba untuk mengakses platform kami melalui PC atau komputer riba anda. Sekiranya Olymp Trade dapat dibuka pada peranti lain, maka anda telah mengenal pasti masalahnya dan boleh mula menyelesaikannya.

Pertama, cuba kemas kini aplikasi mudah alih anda. Kami mungkin telah membetulkan masalah tersebut dalam versi baharu. Kami mengemas kini aplikasi mudah alih kami (kedua-dua versi Android dan iOS) dengan agak kerap.

Sekiranya ia tidak berguna, maka anda patut menghubungi pasukan sokongan kami melalui e-mel support-my@olymptrade.com. Pakar kami bekerja sepanjang hari dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda. Terangkan masalah anda dan mereka akan membetulkannya dengan secepat mungkin.


Dan ini menyimpulkan senarai penyebab Olymp Trade tidak dapat dibuka yang paling umum. Sudah tentu, ini bukan senarai yang terperinci, tetapi kebanyakan masalah yang lain boleh diselesaikan dengan menghubungi pasukan sokongan kami. Kami sentiasa berharap agar anda tidak akan menghadapi mana-mana masalah yang diterangkan, tetapi adalah baik untuk sentiasa bersiap sedia.

Nantikan lebih banyak artikel, ada yang bersifat teknikal, ada yang bukan, tetapi sentiasa berguna. Kami menyiarkan berita, bahan dan kemas kini di blog kami secara kerap, jadi perhatikannya! Jumpa lagi!


Amaran risiko:

Maklumat yang diberikan bukan nasihat pelaburan. Apabila menggunakan maklumat ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan mengambil semua risiko yang berkaitan dengan hasil kewangan transaksi anda.

Mula berdagang