Platform berita

Pasaran: Tambahan yang Dialu-alukan kepada Platform Kami

Langgani ciri-ciri baharu untuk meningkatkan pengalaman perdagangan anda


Seperti yang anda boleh teka dari tajuk, dalam siaran ini, kami akan membincangkan tambahan terkini platform kami. Pasaran. Apakah pasaran? Apakah yang ditawarkannya? Bagaimanakah anda boleh langganinya? Teruskan membaca dan anda akan mendapat jawapan kepada setiap soalan.

Apakah Pasaran?

Seperti yang disebutkan, Pasaran merupakan cara baharu untuk pedagang kami mendapatkan ciri-ciri baharu untuk pengalaman perdagangan mereka. Seperti yang anda mungkin tahu, Cara Pedagang menawarkan ganjaran untuk setiap status yang dicapai.

Antara ganjarannya termasuklah alat baharu, maklumat dan kursus latihan. Walau bagaimanapun, untuk mencapainya, pedagang perlu mencurahkan sedikit sebanyak usaha untuk membuka kunci benda yang mereka perlukan.

Dengan adanya Pasaran, anda tidak perlu risau tentangnya lagi! Kini, anda hanya perlu memilih ciri (atau ciri-ciri) yang anda perlukan dan membeli langganan. Dengan itu, anda akan dapat memilih alat-alat yang anda perlukan dan tempoh yang anda perlukannya.

Apakah Ciri-ciri yang Ditawarkan?

Senarai yang ditawarkan oleh Pasaran cukup besar: di situ anda boleh mendapatkan penunjuk, program latihan, strategi dan banyak lagi. Semua ciri-ciri ini dibahagi kepada status, sama seperti di Cara Pedagang.

Tapi ini tidak bermaksud bahawa anda tidak akan dapat melangganinya. Jadi, walaupun anda nampak strategi Advanced atau Expert dalam senarai, anda akan dapat memilih mana-mana satu (atau kedua-dua) yang anda inginkan.

Berikut sedikit sedutan ciri-ciri yang dibincangkan:

  • Suapan berita dengan berita perdagangan yang disesuaikan secara khusus;
  • Strategi Advanced dan Expert;
  • Kadar Pulangan yang lebih tinggi pada Pelaburan;
  • MACD, Predator, Purata Bergerak dan lebih banyak instrumen perdagangan;
  • Tema Gelap (Versi web sahaja);
  • Isyarat dagangan daripada penganalisis terhebat kami.

Bagaimanakah Saya Mendapat Langganan?

Ia proses yang amat mudah. Anda hanya perlu melengkapkan 3 langkah untuk mendapatkan alat-alat dan latihan yang anda mahu:

  • Pergi ke Pasaran dan memilih ciri-ciri yang anda mahu
  • Pilih pelan langganan (1/3/6/12 bulan)
  • Lengkapkan operasi dan bayar untuk langganan tersebut.

Selepas itu, anda akan dapat menaiktarafkan gedung perdagangan anda. Ambil perhatian: walaupun kini anda hanya boleh membeli langganan melalui versi Web platform kami, ciri-ciri yang anda peroleh boleh berfungsi pada mana-mana peranti yang anda miliki.

Dan inilah Pasaran. Untuk maklumat lanjut, anda boleh sentiasa mengunjungi Soalan Lazim kami, yang mengandungi maklumat terkini tentang semua ciri-ciri baharu yang anda akan peroleh di sini. Nantikan lebih berita platform baharu!

Related posts
Platform berita

Perubahan jadual akan berlaku

Pada bulan ini, China dan Hong Kong menyambut Festival Bot Naga Oleh itu, Indeks Hang Seng Hong Kong (HSI – Olymp Trade Platform, HK50 – MT4) akan ditutup sepanjang...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.