Analisis Fundamental

Pecahan Saham Apple & Tesla: Perkara yang Perlu Anda Tahu

Pecahan Saham Cip Biru merupakan Berita Baik untuk Pedagang


Anda dah dapat berita itu! Kedua-dua Apple dan Tesla telah mengumumkan pecahan saham baru-baru ini dan seperti orang ramai, anda mungkin tertanya-tanya perkara yang akan berlaku kepada kedua-dua saham syarikat cip biru ini dan pengaruh pecahan saham terhadap pasaran.

Paling penting, anda mungkin ingin tahu cara pecahan saham ini akan memberikan kesan kepada anda terutamanya jika anda selalu mendagangkan dua aset ini di Olymp Trade.

Maklumat pertama yang perlu anda tahu adalah bahawa SEMUA kedudukan terbuka saham Apple atau Tesla akan ditutup secara automatik pada 7:55 PM UTC pada hari Jumaat, 28 Ogos.

Jika anda mempunyai dagangan yang sedang berjalan atau ingin membuat dagangan, sila lakukan perancangan sewajarnya kerana kami tidak ingin pelanggan kami kerugian disebabkan penutupan automatik dagangan. Jangan risau, kedua-dua saham akan kembali dan sedia untuk perdagangan pada hari Isnin yang berikutnya, 31 Ogos tetapi dengan harga baharu yang dikurangkan.

Berita baik adalah bahawa kedua-dua aset akan tersedia semula untuk perdagangan pada loceng pembukaan hari Isnin yang berikutnya. Jadi, sebenarnya tiada masa henti untuk aset tersebut. Teruskan membaca untuk lebih banyak berita baik. Kami mempunyai semua maklumat penting untuk pelanggan Olymp Trade yang akan menjawab soalan ini dan banyak lagi.

Artikel ini akan memberi anda kursus kilat tentang asas mekanik pecahan saham, sedikit sejarah tentang pecahan Apple yang sebelumnya (ini pecahan pertama Tesla) dan juga beberapa peluang yang bagus untuk perdagangan yang mungkin anda tidak sedar.

 

Apa yang Berlaku Apabila Saham Dipecahkan?

Pecahan saham mungkin kelihatan sedikit mengelirukan dan ramai pelabur baharu akan terbuntu dengan maklumat buruk tentang kebenaran pecahan saham dan perubahan yang akan berlaku. Untuk menenangkan anda, sebenarnya tiada apa-apa yang akan berubah tentang syarikat yang mengeluarkan pecahan saham itu.

Secara teorinya, nilai syarikat tersebut tidak akan berubah langsung. Begini — Anda mempunyai sekeping wang kertas $100 dan anda menukarkan wang itu kepada dua keping wang kertas $50. Anda masih mempunyai $100 dolar. Anda tidak menjadi lebih kaya daripada sebelumnya dan tidak menjadi lebih miskin.

Apabila saham dipecahkan, perkara yang sama berlaku. Ia memberi pemegang saham lebih saham sebagai ganti saham yang mereka telah miliki. Ini biasanya dilakukan pada dasar 2:1 atau 3:1, tetapi untuk pecahan Apple dan Tesla, ia berlaku atas dasar 4:1 dan 5:1 masing-masing.

Jika saham sesebuah syarikat dipecahkan, nilai saham pada masa pecahan dibahagikan dengan jumlah pecahan. Jadi, sebuah saham yang didagangkan pada $100 yang dipecahkan pada dasar 2:1 akan mengeluarkan 1 saham tambahan kepada setiap pemegang saham pada masa pecahan dan harga pasaran akan bertukar kepada $50 setiap saham pada permulaan sesi perdagangan yang seterusnya.

 

Mengapakah sesetengah syarikat memilih untuk memecahkan saham mereka?

Terdapat beberapa sebab sesebuah syarikat memilih untuk memecahkan saham mereka, tetapi sebab yang paling umum adalah disebabkan kecairan dan daya tarikan pelabur. Ini sebenarnya dua cara untuk melihat sesuatu yang sama.

Kecairan bermaksud sesuatu boleh dibeli dan dijual dengan lebih mudah — menukarkan sesuatu kepada wang tunai (cecair). Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang sama, jika saham sesebuah syarikat lebih murah (lebih cair), maka ia akan menarik lebih banyak pelabur yang tidak mampu membeli 1 saham pada $100, tetapi BOLEH membeli 1 saham pada $50.

Daya tarikan harga saham yang lebih murah pada saham premium selalunya akan mendorong kenaikan semula harga, yang akan menambahkan nilai keseluruhan syarikat tersebut walaupun model dan cara perniagaan tidak berubah langsung.

Pertimbangkan ini — anda sudah tahu bahawa saham Tesla telah meningkat melebihi $2,000. Apa yang membuatkan saham mereka daripada terus naik kepada titik tersebut lagi? Dengan menurunkan harga melalui pecahan saham, pelabur biasa pun boleh membeli beberapa saham Tesla pada $400 setiap saham.

Walau bagaimanapun, bukan semua syarikat berminat dalam mekanisme seperti pecahan saham untuk meningkatkan nilai untuk pemegang saham mereka.

Sebagai contoh, syarikat Warren Buffet, Berkshire Hathaway, mempunyai saham yang amat mahal. Satu saham kelas A mereka kini didagangkan pada harga melebihi $300,000. Jelasnya, mereka tidak berminat untuk menarik pelabur kecil.

 

Sejarah Pecahan Apple

Melainkan anda tinggal di dalam gua di sebuah pulau terbiar sejak 40 tahun yang lalu, anda pasti tahu bahawa Apple merupakan salah sebuah syarikat yang paling berjaya di dunia. Inovasi dan produk mereka yang berkualiti telah membuatkan mereka dikenali ramai dan menjadi sebahagian daripada budaya popular secara umumnya.

Apple suka memecahkan saham mereka dan pecahan kali ini merupakan pecahan ke-5 dalam sejarah mereka. Syarikat ini telah menyatakan secara terbuka pada banyak keadaan bahawa mereka ingin dapat diakses oleh pelabur pelbagai saiz dan pecahan tersebut telah membantu mereka mencapai tujuan tersebut.

Namun begitu, ia sememangnya telah memanfaatkan syarikat tersebut serta pemegang saham mereka dalam jangka panjang. Apple telah melakukan pecahan saham 4 kali dalam sejarah.  Pecahan terakhir berlaku pada bulan Jun tahun 2014 untuk pecahan 7:1, tetapi syarikat tersebut juga telah melaksanakan pecahan 2:1 pada tahun 1987, 2000 dan 2005.

100 saham Apple pada tahun 1985 kini merupakan 5600 saham dan dengan pecahan yang akan datang ini, angka tersebut akan beralih kepada 22,400 saham! Ingat bahawa 100 saham Apple pada tahun 1985 berharga kurang daripada $50 dan saham tersebut kini bernilai kira-kira $125 setiap saham selepas pecahan berkuat kuasa pada 28 Ogos. Ya — $2 juta daripada pelaburan $50.

Dalam pecahan Apple 7:1 yang terkini pada tahun 2014, saham Apple adalah kira-kira $700 setiap saham sebelum pecahan tersebut, memberi pemegang saham 7 saham dengan hanya kurang daripada $100. Saham $100 tersebut kini didagangkan pada harga hampir $500 setiap saham hanya selepas 6 tahun.

Carta di bawah menunjukkan perkara yang telah berlaku pada saham Apple hanya daripada pengumuman pecahan tersebut pada hujung bulan Julai (3 minggu yang lalu).

Berita buruknya adalah jika anda ingin membeli saham Apple sebelum pecahan, anda sudah terlambat. Saham tambahan telah dikeluarkan pada 21 Ogos kepada pemegang saham semasa pada masa tersebut. Walau bagaimanapun, penurunan harga sebenar tidak akan berlaku sehingga penghujung sesi pasaran pada 28 Ogos.

 

Manfaatkan Pecahan — Peluang Menanti

Pecahan saham daripada Apple dan Tesla membekalkan pedagang banyak peluang untuk memperoleh keuntungan daripada turun naik yang dihasilkan oleh pecahan tersebut. Berikut adalah beberapa contoh terkini titik masuk pasaran untuk dua saham cip biru ini.

Tesla mengumumkan pecahan pada 11 Ogos. Pada masa pengumuman, saham syarikat tersebut didagangkan pada $1370 setiap saham. Pada masa artikel ini ditulis, harga saham kini melebihi $2,000 setiap saham. Itu lonjakan hebat sebanyak $600 dalam nilai setiap saham dalam masa kurang dari dua minggu. Ingat bahawa ia 13 hari sebenar, tetapi hanya 9 hari perdagangan sebenar.

Saham Tesla telah menjadi begitu mahal bahawa walaupun ia menjalankan pecahan pada 5:1 pada harga semasa, harga saham masih akan melebihi $400 setiap saham. Angka ini mungkin berubah sebelum pasaran ditutup pada hari Jumaat.

 

Jadi, bagaimanakah sebenarnya anda boleh menjana wang daripada pecahan saham?

Berita baiknya ialah pecahan saham menyebabkan turun naik harga. Sambil kita melihat saham Apple dan Tesla meningkat sebagai trend keseluruhan untuk beberapa minggu yang lalu, terdapat peluang yang bagus untuk memanfaatkan pengurangan tersebut.

Pada minggu lalu, Tesla telah mengalami 3 pembalikan jangka pendek dalam masa kurang dari 48 jam. Lihat carta 15 minit di bawah untuk mendapatkan pemahaman.

Kelakuan ini bukan terhad pada Tesla sahaja. Apple sebenarnya telah memberikan lebih turun naik pada minggu lalu seperti yang ditunjukkan oleh carta 15 minit yang seterusnya.

Tiada sebab untuk percaya bahawa turun naik ini tidak akan berterusan selepas setiap saham ini mengalami pengurangan harga. Sebenarnya, kita boleh menjangkakan peningkatan turun naik apabila Bul bergegas masuk untuk mendapatkan saham yang lebih murah dan pelabur yang lain memutuskan untuk menjual saham dan mengambil keuntungan mereka sekarang.

Perhatikan penunjuk anda untuk mengenal pasti pengurangan yang berkemungkinan seperti yang ditunjukkan di atas dan anda akan dapat membuat beberapa dagangan Turun yang hebat diikuti dengan dagangan Naik yang lebih baik pada “lonjakan” tersebut.

Perkara utama untuk diingati adalah terdapat peluang dalam SETIAP keadaan pasaran sekiranya anda bersedia untuk memanfaatkan peluang itu. Pecahan saham Apple dan Tesla adalah seperti Angsa Emas dan Olymp Trade memberi anda alat-alat, tetapi hanya ANDA yang boleh mendapatkan telur emas tersebut.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.