Analisis Fundamental

Perdagangan Saham Tidak Pernah Begitu Mudah di Olymp Trade

Beberapa Strategi Permulaan untuk Berdagang Saham Syarikat di Platform OT


Jika anda berminat dalam perdagangan saham syarikat dalam pasaran saham, terdapat berita yang baik. Olymp Trade  telah membuat pengembangan besar atas syarikat yang tersedia di platform untuk pedagang. Tambahan baharu kepada tawaran saham Olymp Trade termasuk Amazon, Alibaba, Exxon Mobil dan banyak lagi.

Kini terdapat lebih daripada 30 saham yang berbeza untuk dipilih daripada platform Olymp Trade untuk pelaburan jangka panjang dan pendek. Tidak kira anda lebih suka akan mod Fixed Time Trading atau mod Forex yang semakin popular, anda kini boleh menggunakan syarikat yang berjaya ini sebagai kenderaan uber anda untuk menuju ke arah keuntungan dalam perdagangan.

Perdagangan saham merupakan salah satu cara yang paling stabil untuk melabur terutamanya sekiranya perhatian diberikan pada kualiti syarikat semasa melabur. Biasanya, syarikat yang bertahan lama dengan reputasi dan pengurusan yang baik akan melihat nilai mereka meningkat secara konsisten dari masa ke masa, yang menambah nilai kepada portfolio pelabur.

Pedagang juga boleh membuat keuntungan yang besar melalui lonjakan dan penurunan jangka pendek yang didorong oleh berita atau cerminan keberuntungan syarikat. Hal ini boleh menjadi lebih susah untuk difahami, diramalkan dan diukur sekiranya anda baharu kepada perdagangan saham syarikat (saham).

Untuk membantu anda mempercepat cara anda membuat keuntungan besar dalam saham di Olymp Trade, berikut ialah panduan pantas untuk membolehkan anda bermula memperdagangkan saham dalam beberapa aset yang paling besar dan paling menonjol di dunia.

Kami mencadangkan anda untuk mula dengan memfokuskan pada dua parameter yang berbeza apabila menentukan saham yang ingin didagangkan dan masa untuk memperdagangkan saham itu: trend harga dan keuntungan syarikat.

 

Perdagangan Trend Harga

Sains memberitahu kita bahawa objek yang bergerak cenderung kekal bergerak dan harga saham cenderung berkelakuan dalam cara yang sama. Idea ini membentuk asas kepada nasihat yang diberikan kepada hampir semua pelabur baharu untuk “berdagang dengan trend, berkawan dengan trend.”

Terdapat puluhan cara untuk mendekatkan diri dengan perdagangan trend dan juga sebilangan variasi yang tidak terkira pada strategi-strategi ini, tetapi di sini terdapat pendekatan mudah yang boleh anda gunakan dengan segera dan akan menjana keuntungan yang lumayan pada kebanyakan masa dengan menggunakan purata bergerak.

Untuk melakukannya, kami akan menggabungkan dua jenis purata bergerak: purata bergerak mudah (SMA) dan purata bergerak eksponen (EMA) untuk membantu kami mengenal pasti trend dan untuk meramal perubahan dalam trend yang akan membantu anda memaksimumkan keuntungan anda pada sesuatu trend.

Platform Olymp Trade mempunyai semua peralatan yang diperlukan untuk menyediakan carta anda untuk menggunakan strategi trend ini. Tangkapan skrin di bawah menunjukkan kedudukan butang penunjuk (anak panah merah) dan SMA serta EMA terletak di bahagian teratas senarai.

Mulakan dengan memilih penunjuk SMA dan anda akan melihat satu garisan muncul pada carta anda. Penunjuk SMA kami akan menjadi purata jangka panjang kami, oleh itu tukar warna kepada merah dan tetapkan angka kepada 55 yang akan menjadi rangka masa kami. Anda boleh melakukannya dengan mengklik ikon “pensel” kecil di sebelah penunjuk pada carta.

Ulang proses ini untuk EMA dengan menggunakan garisan biru dan tempoh 20. EMA akan menjadi penunjuk trend jangka pendek kami. Tangkapan skrin di bawah menunjukkan cara untuk menyediakan penunjuk dan anda boleh melihat cara garisan dipaparkan pada carta saham Facebook, yang ditetapkan kepada 1 hari.

Sekarang carta trend untuk Facebook kami telah disediakan dan kami boleh nampak bahawa harganya telah meningkat dengan stabil sejak bulan April. Walau bagaimanapun, dua garisan trend mula menjadi semakin dekat, bermaksud bahawa pembalikan trend mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Sebaik-baiknya, apabila memperdagangkan trend, anda digalakkan untuk mencari titik apabila trend jangka pendek (garisan biru) melalui trend jangka panjang (garisan merah) dalam arah yang bertentangan. Apabila keadaan ini berlaku, besar kemungkinan bahawa trend akan membalik dan anda boleh membuka kedudukan Naik atau Turun dengan sewajarnya.

Jika anda melihat kembali carta Facebook, anda akan nampak bahawa pembalikan trend berlaku pada hujung bulan Februari dan hujung bulan Mei tahun ini.

Dalam kedua-dua keadaan, pembukaan kedudukan apabila garisan biru bersilang dengan garisan merah akan memberikan keuntungan yang besar sekiranya pedagang meninggalkan kedudukan sebelum trend membalik sekali lagi.

Anda boleh menggunakan strategi trend ini untuk mana-mana saham dan mana-mana rangka masa, tetapi untuk saham perdana, kami tidak mengesyorkan anda untuk menggunakan strategi ini dalam jangka masa yang sangat pendek seperti 15 minit melainkan anda menggunakan strategi “scalping”, yang merupakan strategi yang lebih maju.

 

Mengambil Bahagian dalam Perolehan Syarikat yang Menguntungkan

Nilai saham sesebuah syarikat amat dipengaruhi oleh keberuntungannya. Terdapat pengecualian untuk peraturan ini tetapi kebanyakannya bergantung pada spekulasi bahawa syarikat tersebut akan menjadi sangat menguntungkan pada masa depan — misalnya Facebook dan Tesla (kedua-duanya tersedia untuk didagangkan di Olymp Trade).

Walau bagaimanapun, secara umumnya, jika sebuah syarikat terus memperoleh keuntungan, yang kemudiannya diagihkan kepada pemegang sahamnya, maka harga saham syarikat tersebut akan terus meningkat. Bagi pelabur jangka panjang, perkara ini penting kerana mereka bukan sahaja ingin mendapat bahagian keuntungan mereka secara berkala, mereka juga mahu dapat menjual saham mereka dengan keuntungan pada suatu titik masa.

Oleh itu, anda amat disyorkan untuk hanya memperdagangkan saham syarikat yang menguntungkan kerana risiko yang terlibat adalah lebih rendah dan mempunyai potensi kenaikan yang berterusan. Isu utama tentang perdagangan saham ini adalah untuk memahami nilai sebenar mereka.

Nasib baik, syarikat-syarikat ini didagangkan secara terbuka, oleh itu mereka diwajibkan untuk melaporkan keuntungan dan mengumumkan jumlah dividen yang mereka akan bayar kepada setiap pemegang saham. Mereka akan melakukannya pada setiap suku tahunan dan anda boleh melihat masa pengumuman ini akan dilakukan pada mana-mana kalendar ekonomi.

Berikut merupakan beberapa angka utama untuk diperhatikan bagi menentukan keberuntungan sebenar sesuatu syarikat dan nilai sebenar saham mereka pada hakikatnya. Anda boleh mendapatkan hampir kesemua angka ini dalam talian pada laman web sesebuah syarikat atau daripada organisasi berita pasaran.

1. Pendapatan Setiap Saham (EPS)

Dalam sebuah syarikat yang ringkas, sekiranya terdapat keuntungan $100 dan 100 saham, setiap pemegang saham 1 saham akan menerima $1. Malangnya, ini adalah tidak sama untuk syarikat cip biru yang mempunyai pelbagai bentuk saham termasuk saham yang digelar sebagai “saham keutamaan” atau “saham premium”.

Oleh itu, EPS sebenar merupakan jumlah keuntungan selepas “dividen keutamaan” dibahagikan dan dibayar dengan jumlah saham yang tinggal.

2. Nisbah Harga Perolehan (Nisabah P/E)

Angka ini menunjukkan harga semasa saham dibahagi dengan perolehan 12 bulan yang lepas. Ia juga dikenali sebagai “P/E belakang”. Secara alternatif, harga saham apabila dibahagi dengan keuntungan anggaran untuk 12 bulan yang akan datang dikenali sebagai “P/E hadapan”.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada P/E sesebuah syarikat baik atau tidak? Tiada jawapan yang mudah di sini kerana P/E yang tinggi mungkin menunjukkan sesuatu saham terlebih harga dan mungkin telah memuncak manakala P/E yang rendah mungkin menunjukkan prospek yang lemah untuk masa depan.

Walau bagaimanapun, kita boleh faham dengan beberapa kepastian tentang nilai semasa syarikat tersebut dan itu dapat membantu dalam menentukan ramalan dan strategi pelaburan.

3. Nisbah Hutang Ekuiti (D/E) 

Angka ini secara umumnya menunjukkan jumlah hutang yang ditanggung oleh sesebuah syarikat apabila dibandingkan dengan jumlah nilai semua saham. D/E yang tinggi boleh menandakan bahawa syarikat tersebut membiayai pengembangan dan pembangunan dengan pinjaman yang besar dan/atau nilai sahamnya tidak dapat mengikuti pinjaman yang sedia ada.

Ini merupakan salah satu peralatan utama yang dirujuk oleh bank sebelum meminjamkan wang kepada seseorang atau sesebuah syarikat, oleh itu pastikan anda melakukan perkara yang sama sebelum melaburkan wang anda dalam syarikat yang mempunyai D/E yang lemah.

4. Pulangan Ekuiti (ROE)

Angka ini menunjukkan kepada pelabur seberapa baik prestasi pengurusan syarikat dalam menjana keuntungan apabila dibandingkan dengan jumlah wang yang telah dilaburkan. Pengiraan adalah seperti berikut: Pendapatan bersih tolak dividen keutamaan dibahagi dengan ekuiti pemegang saham (nilai saham).

Secara umumnya, sekiranya ROE kurang daripada 10%, ia dianggap “lemah” oleh kebanyakan standard penganalisis. 14% merupakan purata untuk syarikat S&P 500, oleh itu apa-apa pada titik tersebut atau ke atas dikira sebagai positif.

Penggunaan angka-angka ini untuk membuat keputusan adalah jauh kurang rumit daripada memahami semua faktor yang menyebabkan pengiraan angka tersebut.

Bagi pelabur jangka panjang, syarikat yang memaparkan EPS, nisbah P/E, D/E dan ROE yang baik merupakan pilihan yang baik untuk membeli kenaikannya. Sudah tentu, keuntungan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) seperti yang digunakan pada Olymp Trade mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk dibangunkan.

Walau bagaimanapun, dengan komisen bergulung matang (bayaran semalaman) Olymp Trade yang rendah serta penggunaan pengganda, pelabur boleh mengambil jalan yang lebih selamat untuk mencapai keuntungan yang besar.

Bagi pelabur jangka pendek, memahami parameter ini akan membantu anda untuk mengenal pasti beberapa peluang Naik dan Turun untuk membuka kedudukan. Sebagai contoh, apabila EPS sebuah syarikat masuk lebih rendah daripada ramalan, sahamnya selalunya akan jatuh untuk jangka masa yang pendek.

Hal ini bermaksud bahawa pelabur boleh mengambil kedudukan Turun selepas pengumuman, menutup kedudukan dengan sedikit keuntungan kemudian mengambil kedudukan Naik untuk menghasilkan wang pada “lonjakan” memandangkan saham perdana selalunya cenderung menaik dalam jangka panjang.

 

Perdagangan Saham Bukan untuk Orang Kaya Sahaja

Gunakan pengetahuan baharu yang anda peroleh tentang saham dan padankannya dengan platform perdagangan yang memberikan anda peralatan profesional untuk berjaya seperti Olymp Trade, anda boleh menukarkan pelaburan yang kecil menjadi kehidupan yang selesa atau persaraan yang kaya.

Kuncinya adalah untuk memanfaatkan sumber yang tersedia kepada anda dan terus membangunkan kemahiran perdagangan anda sepanjang jalan. Semestinya, semua itu tidak penting tanpa platform yang memberikan anda akses kepada semua pasaran utama dan aset premium.

Mujurlah Olymp Trade memberikan akses serta semua sumber yang anda perlukan dan latihan untuk membangunkan kemahiran anda. Satu-satunya lagi perkara yang perlu dilakukan adalah untuk menyertai orang “kaya” yang sudah memperdagangkan saham dan aset lain yang menonjol.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.