Analisis Fundamental

Ramalan: Pilihan Saham Terbaik untuk Akhir 2020

Sektor Mana yang Paling Baik untuk Saham Menamatkan Tahun ini


Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar bagi pelabur kerana optimis bertentangan dengan kegelapan yang disebabkan oleh kelembapan ekonomi sebelum dan selepas wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, tahun ini tidak begitu suram bagi pelabur dan peluang juga banyak sekali.

Dengan tahun ini semakin menghujung dan memasuki suku tahunan ke-4, kami melihat pasaran saham dan sektor yang matang untuk peluang pelaburan pada masa akan datang. Anda akan mendapati bahawa kebanyakannya merupakan cip biru standard yang selalu dipilih, tetapi banyak lagi yang anda mungkin terlepas pandang.

Berikut merupakan ringkasan pantas tentang sektor yang kami paling suka untuk mendapatkan wang dalam sekatan pergerakan dan pada masa yang akan datang dalam tahun 2020.

 

Saham Teknologi dan Dalam Talian

Secara lebih spesifik, saham syarikat yang telah menunjukkan nilai yang bertambah kepada pengguna dengan menawarkan perkhidmatan atau produk yang lebih tidak terkesan dengan penutupan dalam ekonomi utama.

Syarikat yang tidak terkesan langsung dengan penutupan Covid-19 dan/atau syarikat yang telah berkembang disebabkan penutupan kedai sebenar yang biasa merupakan syarikat beli-belah dalam talian.

Contoh yang paling ketara ialah Amazon dan Alibaba, tetapi syarikat lain yang menawarkan produk dan perkhidmatan melalui dua syarikat besar ini juga merupakan pilihan yang baik untuk pulangan yang tinggi dalam pelaburan.

Ini sebabnya — Syarikat-syarikat ini akan (atau telah) mengumumkan keuntungan yang bagus pada suku tahunan ke-2 dan ke-3 walaupun persekitaran ekonomi yang mencabar. Suku tahunan ke-4 menjana pendapatan daripada perbelanjaan pengguna disebabkan musim cuti di A.S. dan negara Barat yang lain.

Jika anda tidak tahu, pengguna A.S. memacu ekonomi global. Jumlah pembelian yang tinggi berbanding dengan MANA-MANA zon ekonomi lain di dunia amat mengagumkan. Pembeli A.S. akan berbelanja pada suku tahunan ke-4 tidak kira sama ada sekatan pergerakan masih berjalan dan syarikat-syarikat ini yang telah memenuhi keperluan mereka akan terus melakukannya.

Oleh itu, Amazon, Alibaba dan saham yang berkaitan akan terus berkembang atau menerima mana-mana kesan ekonomi yang paling kecil sekiranya perbelanjaan pengguna tidak berlaku seperti jangkaan.

Begitu juga dengan syarikat teknologi yang muncul dengan perkhidmatan yang telah menyelesaikan masalah semasa penutupan yang berkaitan dengan pandemik dan berubah ke pekerjaan jarak jauh, juga akan bangkit menjadi lebih kuat pada suku tahunan ke-4 dan seterusnya.

Syarikat-syarikat seperti ini termasuklah usaha niaga yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti Baidu, Cisco dan Zoom. Teknologi kamera Baidu yang telah digunakan di hospital dan kemajuan mereka dalam AI merupakan antara beberapa cara gergasi teknologi ini mengembangkan pasarannya.

 

Saham Cip Biru Komunikasi

Sekiranya terdapat kelembapan ekonomi teruk yang melampaui keadaan yang telah kita alami sejauh ini pada tahun 2020, terdapat beberapa syarikat yang akan kekal terlindung daripada kemelesetan yang teruk. Firma yang menjana pendapatan daripada sektor komunikasi akan terus beraksi dengan baik kerana pergantungan kita terhadap sambungan moden berkelajuan tinggi adalah terjamin.

Terdapat dua jenis syarikat untuk dipertimbangkan di sini. Syarikat yang menawarkan komunikasi itu sendiri seperti perkhidmatan mudah alih dan internet rumah/pejabat serta syarikat yang menawarkan perkakasan yang diperlukan untuk perkhidmatan mudah alih.

Selain itu, syarikat yang baru bermula dan bercita-cita tinggi adalah lebih berisiko kerana syarikat ini belum menubuhkan bahagian pasaran yang cukup besar untuk menjamin kebolehan syarikat untuk menempuhi ribut ekonomi. Oleh itu, kami lebih memfokuskan saham cip biru syarikat yang mantap dalam pasaran.

Kumpulan syarikat yang pertama merangkumi saham daripada firma-firma seperti AT&T, Sprint, MegaFon dan lain-lain. Walau bagaimanapun, ia juga merangkumi syarikat-syarikat seperti Oracle dan Microsoft yang menawarkan perkhidmatan awan dan pengkomputeran dalam pelbagai industri dan pasaran.

Kumpulan kedua merangkumi pengeluar telefon bimbit memandangkan telefon mudah alih telah menjadi item yang “mesti ada” dalam dunia hari ini. Perhatikan syarikat seperti Apple dan Samsung untuk meneruskan posisi dominan syarikat dalam pasaran tanpa mengira keadaan ekonomi.

Syarikat-syarikat cip biru ini akan menikmati keputusan terbaik dalam pasaran bul, tetapi juga akan memperoleh bahagian pasaran dalam ekonomi yang bergelut.

 

Hiburan Rumah

Sektor ini menunjukkan peningkatan ketahanan walaupun terdapat penurunan dalam penontonan televisyen tradisional semasa sekatan pergerakan dan kuarantin Covid-19. Malah, perkhidmatan penstriman secara khususnya mempunyai penontonan yang meningkat kerana lebih banyak orang terkandas di rumah dan tidak dapat menikmati bentuk hiburan yang lain.

Perhatikan trend ini untuk terus ke suku tahunan ke-4 memandangkan suhu menurun dan rancangan baharu bermula. Syarikat-syarikat seperti Netflix dan Disney yang menawarkan perkhidmatan penstriman sepatutnya dapat menunjukkan keberuntungan tanpa mengira prestasi ekonomi global.

 

Keuntungan Boleh Dijana dalam Mana-mana Pasaran

Berbekalkan idea tentang jenis saham yang perlu diperhatikan, pelabur boleh berasa selesa berdagang tanpa mengira keadaan ekonomi keseluruhan di dunia. Walaupun pada masa yang paling teruk, saham masih didagangkan dan pedagang menghasilkan wang.

Sementara senarai kami di sini memfokuskan saham yang kami percaya akan beraksi dengan baik pada tahun 2020, jangan lupa bahawa Olymp Trade juga menawarkan peluang kepada pedagang untuk berdagang dengan keuntungan pada saham yang tidak berprestasi baik dalam pasaran. Pemahaman tentang saham yang akan berprestasi baik juga akan membantu anda untuk mengenal pasti saham yang tidak berprestasi baik dan anda akan dapat memanfaatkan saham tersebut sekiranya anda bersedia.

Usaha terbaik anda akan dilakukan dengan gabungan pengetahuan, pemahaman, logik dan mekanisme perdagangan yang membenarkan anda untuk memanfaatkan keadaan pasaran bukan sahaja untuk saham, tetapi juga untuk Forex dan komoditi.

Related posts
Psikologi

Kejayaan awal: rakan atau musuh?

Adakah anda tahu parti mana yang paling bercita-cita tinggi dalam pasaran kewangan Sudah tentu pedagang baru Anda boleh mencari cita-cita mencapai 100 atau bahkan 200 peratus...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.