FAQ

Soalan Lazim Berbilang Akaun: Cara dan Sebab

Ketahui tawaran ciri terbaharu kami dan cara untuk menggunakannya


Dalam perdagangan, seperti mana-mana usaha niaga yang lain, penting untuk anda mengawal sepenuhnya pelaburan, keuntungan dan kerugian anda. Tanpa kawalan tersebut, anda tidak akan dapat berdagang dengan cekap dan beruntung dengan sebolehnya.

Itulah sebabnya kami melaksanakan Berbilang Akaun, kerana ia membenarkan anda untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik. Sekarang, mari lihat cara ia berfungsi dan tawarannya.

 

Apakah Ciri Berbilang Akaun?

Berbilang Akaun merupakan tambahan kepada platform kami yang membenarkan pengguna untuk memiliki sebanyak 5 akaun yang saling berkaitan. Setiap akaun tambahan akan menggunakan mata wang yang telah anda pilih semasa mencipta akaun utama anda (EUR, USD, BRL). Setiap akaun akan mempunyai nombor unik yang dapat dilihat oleh pengguna di menu Akaun yang menyenaraikan semua akaun.

Apakan Manfaat yang Ditawarkannya?

Sekarang, kita sudah mengenali berbilang akaun, tiba masanya untuk melihat perkara yang ditawarkannya. Terdapat beberapa kelebihan dengan penggunaan berbilang akaun dan bukan hanya satu:

  • Anda boleh menggunakan akaun yang berasingan untuk mod perdagangan yang berbeza.
  • Sekiranya cara ini lebih mudah, anda boleh menggunakan akaun yang berasingan untuk kaedah pembayaran yang berbeza (semua kaedah pembayaran masih akan tersedia).
  • Semak keberuntungan strategi anda dengan mengekhaskan satu akaun untuknya.
  • Untuk menguruskan keuntungan anda dengan lebih baik, anda boleh membuat satu akaun untuk menyimpannya.
  • Semasa membuat pengeluaran dan deposit, anda boleh memilih akaun yang diperlukan daripada menu akaun khas.

Bagaimana Cara Menambah Akaun?

Setelah anda memilih mata wang dan mendaftarkan akaun utama anda, anda boleh tambah satu lagi akaun dengan mudah. Untuk melakukannya, anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Buka menu Akaun.

  • Di bawah menu tersebut, klik pada butang “Tambah akaun”.

  • Namakan akaun anda.

  • Terima mata wang yang anda gunakan (buat masa ini, anda tidak boleh mengubahnya).

Dan itu sahaja, anda kini mempunyai akaun tambahan yang boleh digunakan mengikut keinginan anda.

Bagaimana Cara Menguruskan Berbilang Akaun?

Semua akaun anda tersedia di menu akaun khas. Pada ketika ini, anda boleh menggunakan akaun anda dalam pelbagai cara, daripada menyimpan keuntungan anda sehingga mencuba strategi, atau menggunakan mod perdagangan spesifik tanpa mengorbankan sebarang fleksibiliti.

Tambahan pula, anda boleh menamakan semula akaun anda untuk membezakannya dengan lebih jelas. Pada masa akan datang, lebih banyak pilihan untuk pengurusan berbilang akaun boleh ditambah.


Dan dengan ini kami menamatkan Soalan Lazim Berbilang Akaun kami. Kami berharap bahawa artikel ini telah menjawab soalan lazim yang mungkin anda ada. Nantikan lebih artikel yang berinformasi di blog kami!

Related posts
FAQ

Cara Pedagang yang Baharu & Diperbaik

Ketahui semua tentang Cara Pedagang, cara untuk memperoleh ganjaran, tingkatkan status anda dan banyak lagi. Sistem ganjaran ini membenarkan pedagang untuk memanfaatkan...
FAQ

Akaun Pengguna Tidak Aktif

Peraturan mengenai operasi bukan dagangan dan dasar KYC / AML Olymp Trade memberi syarikat hak untuk mengenakan yuran dorman untuk mengaktifkan akaun pengguna dalam jangka panjang.
Blog rasmi Olymp Trade