Stay connected

Gaya Hidup

Sukan dan kejayaan: 6 kisah pedagang terkenal


    Sukan adalah bahagian penting dalam kehidupan manusia. Latihan fizikal membantu mengurangkan tekanan, meningkatkan kecergasan badan, dan hiburan di tengah-tengah rutin kerja.

    Pelabur-pelabur yang berjaya dalam era moden ini dan legenda Wall Street menghabiskan banyak masa dengan bersukan. Apakah sukan kegemaran orang yang mempunyai kekayaan berbilion ini? Ikuti kisah mereka di bawah.

    Jan Sramek


    Salah satu wakil paling menyerlah dari pedagang generasi baru memenangi anugerah sukan Czech iaitu “anugerah Olimpik harapan” sebelum melangkah kaki ke universiti. Jan telah bermain bola baling sejak dia masih kecil dan mendapat ijazah dalam sukan ini. Pada usia 22 tahun, Jan menjadi terkenal di sektor kewangan berkat kerjayanya di Goldman Sachs. Pada tahun 2011, Sramek menubuhkan dana perlindungan (dana bersama) miliknya sendiri. Beliau tidak pernah menjadi juara Olimpik, tetapi sukan masih merupakan bahagian penting dalam hidupnya.

    George Soros


    Selain hobinya bermain “Monopoli”, George Soros juga gemar berlayar, berenang, dan bermain tenis di masa mudanya. Walau bagaimanapun, masa terus berlalu. Bukunya “Soros about Soros” diterbitkan ketika Soros berusia 66 tahun. Di dalam buku itu, pelabur legendari itu mengakui dia bosan dengan bermain ski, sukan yang dia sayangi sejak kecil. Walau bagaimanapun, pada masa ini dia masih suka bermain tenis.

    Lewis Borsellino


    Bapa Lewis Borsellino menanam minat bersukan dalam diri anaknya sejak pelabur itu masih kecil. Walau bagaimanapun, apabila dia bertanding dalam acara sukan, bapanya tidak dapat hadir kerana dia dijatuhi hukuman 13 tahun penjara. Ketika remaja, Borsellino bukan hanya ahli pasukan bola sepak, tetapi juga menyertai pasukan joki. Dia mendedahkan kisah ini dalam autobiografi terbaiknya “Blood, sweat and tears of success”. Di samping itu, Lewis mengakui apa yang dialami ayahnya dan pertandingan yang disertainya menghalangnya daripada terjebak ke dalam kancah yang negatif.

    Steve Fosset


    Kehidupan yang mewah tidak menjadikan James Stephen (Steve) Fosset daripada terus menggemari sukan ekstrem. Kematian Steve pada tahun 2007 juga agak ekstrem, yang mana disebabkan oleh sebuah pesawat mini yang dikemudinya terhempas di pergunungan. Sisa kemalangan hanya ditemui setahun kemudian. Walau bagaimanapun, sepanjang hidupnya, Fosset telah menakluki Everest sebanyak dua kali, menyeberangi Selat inggeris, dan terbang mengelilingi dunia dengan belon udara panas. Kesimpulannya, hidupnya cerah dan penuh pengembaraan yang mengujakan. Bukankah itu yang lebih penting?

    Paul Tudor Jones


    Paul adalah tokoh yang layak mendapat gelaran “Raja Wall Street”. Pada masa mudanya dia aktif dalam tinju dan mengambil bahagian dalam kejohanan pelajar. Walau bagaimanapun, pada usia 22 tahun dia meninggalkan kariernya sebagai peninju profesional untuk profesion yang membosankan dan tidak menjanjikan sebagai kerani di pusat penjualan dan pembelian kapas. Walau bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, Jones berjaya menakluki dunia dagangan berkat kemampuannya dalam kedudukan dagangan yang melebihi kedudukan dagangan pesaingnya. Kemungkinan besar dia mengembangkan keupayaannya untuk merekabentuk strategi yang berisiko dalam gelanggang tinju.

    Guy Adami


    Dari kapten pasukan bola sepak kepada jutawan. Ini adalah kisah seorang pedagang dan pelabur terkenal iaitu Guy Adami. Seperti pedagang lain yang berjaya, Guy memulakan kerjayanya pada usia yang muda. Pada usia 23 tahun dia telah menjual kontrak pada pasaran belian saham. Kemudian dia mendapat kerjaya di Goldman Sachs dan syarikat-syarikat besar lain. Adami terus mengejar sukan triathlon dan dia juga berjaya dalam bidang ini. Dia memenangi tempat pertama dalam satu kejohanan triathlon Ironman pada tahun 2012.

    Sekarang anda sudah tahu mengenai kisah hero perdagangan sebenar. Mereka mempunyai watak yang berbeza dan berjaya dengan cara yang berbeza juga. Tetapi bagi mereka, sukan menjadi elemen penting yang membentuk dan menguatkan setiap watak sehingga mereka berjaya menduduki tempat teratas di dunia perdagangan.

    Related posts

    © 2014 - 2019 Olymp Trade. All Rights Reserved.