Platform berita

Status, Cara Pedagang (Trader’s Way) dan Mata Pengalaman

Maksud Status Olymp Trade dan Cara untuk Dapatkannya


Terdapat sistem kesetiaan pelanggan yang dilanjutkan di platform Olymp Trade. Ia merangkumi tiga tahap status pengguna. Status Starter merupakan tahap perkhidmatan asas. Dengan status Advanced, pedagang mendapat lebih banyak keistimewaan. Terdapat juga status Expert untuk profesional sebenar.

Untuk mencapai status baharu, anda perlu mendepositkan jumlah tertentu ke dalam akaun perdagangan anda. Selain itu, sebagai sebahagian daripada program kesetiaan, semua pengguna memperoleh mata pengalaman (XP) untuk aktiviti perdagangan mereka. Mata ini boleh digunakan untuk mendapatkan ganjaran, menaik taraf status atau melanjutkan status yang sedia ada. Perkara utama dahulu.

 

Cara untuk Dapatkan Status Melalui Tambah Nilai

Pedagang mendapat status Starter walaupun mereka membuat deposit minimum. Mereka perlu deposit antara $500 hingga $1999 untuk mencapai status Advanced, yang memberikan kadar pulangan yang meningkat dan membuka kunci beberapa strategi dagangan yang eksklusif.

Expert merupakan status premium yang hanya tersedia selepas membuat deposit $2000 atau lebih. Dengan status ini, pedagang membuka kunci semua fungsi platform dan keadaan perdagangan terbaik, termasuk kadar pulangan maksimum, rundingan mingguan dengan penganalisis peribadi, komisen yang minimum untuk membuat dagangan di Forex dan banyak lagi.

Anda boleh mendapatkan butiran tentang semua manfaat status-status di akhir artikel ini atau di sini.

 

Sistem Status

Selain status Starter, setiap status menunjukkan bahawa pengguna akan mendapat manfaat tertentu selama 30 hari. Kiraan detik bermula dari saat pedagang menaik taraf ke status Advanced atau Expert.

Dalam tempoh ini, pedagang mendapat pulangan yang meningkat atas dagangan yang mereka lakukan, membayar komisen yang lebih rendah untuk pembukaan dagangan di Forex, mendapat analitis profesional, menggunakan strategi dagangan eksklusif dan lain-lain.

Dan sebelum tempoh 30 hari tamat, pedagang perlu sama ada memperoleh mata pengalaman yang mencukupi atau mendapat ganjaran istimewa di “Cara Pedagang” mereka. Tempoh baharu akan diaktifkan sebaik sahaja salah satu syarat ini dipenuhi.

 

Mata Pengalaman (XP)

Pedagang memperoleh mata pengalaman (XP) untuk setiap dagangan yang mereka lakukan dalam akaun sebenar. Dagangan yang menguntungkan membawa lebih banyak mata berbanding dagangan yang merugikan atau dagangan yang tidak mendatangkan hasil.

Jumlah dagangan juga mempengaruhi bilangan XP yang boleh diperoleh semasa berdagang: semakin besar nilai pelaburan, semakin banyak mata yang diperoleh. Peraturan yang serupa digunakan pada pengganda semasa berdagang dalam mod Forex. Anda akan mendapat lebih banyak XP untuk dagangan yang dibuat dengan nilai x500 berbanding dengan dagangan yang dibuat dengan pengganda x100.

Seperti yang dimaklumkan di atas, anda boleh menggunakan mata pengalaman untuk menaik taraf status anda atau melanjutkan status yang sedia ada. Walau bagaimanapun, anda perlu memperolehnya dengan cepat kerana bilangan XP yang anda peroleh akan ditetapkan semula setiap 30 hari.

Status Bilangan XP yang anda perlukan untuk mendapatkannya Bilangan XP yang anda perlukan untuk melanjutkannya
Starter anda dapat secara automatik apabila membuat deposit pertama ke dalam akaun sebenar anda tiada
Advanced 25 300 42 000
Expert 120 000 210 000

 

Cara Pedagang

Cara Pedagang merupakan sistem ganjaran dengan sebilangan besar subtahap antara status. Setelah melengkapkan setiap tahap, anda akan mendapat ganjaran baharu. Ganjaran ini boleh merupakan penunjuk baharu, dagangan bebas risiko, bonus deposit atau lain-lain.

Sebagai contoh, selepas memperoleh 50 XP, anda akan mendapat Penasihat untuk strategi Purata Bergerak, yang akan mencari isyarat dan memaklumkan anda apabila masanya tepat untuk anda membuka dagangan!

 

Lebih Lanjut Tentang Keistimewaan

Sila maklum bahawa fungsi asas platform – 4 jenis carta dan 34 alat analisis – tersedia kepada pedagang dengan apa-apa status.

Starter

  • Kadar pulangan sehingga 82%
  • Fungsi asas platform
  • Latihan percuma

Advanced

  • Kadar pulangan sehingga 84%
  • Satu rundingan dengan penganalisis setiap bulan
  • 7 strategi terbina dalam
  • 1 webinar peribadi setiap minggu
  • Pengeluaran dana dalam selewat-lewatnya 3 hari
  • Diskaun sebanyak 10% untuk bayaran pembukaan kedudukan di Forex.

Expert

  • Kadar pulangan sehingga 92%
  • Dagangan bebas risiko
  • Rundingan harian dengan penganalisis
  • Isyarat dagangan
  • Idea dagangan eksklusif
  • Semua strategi terbina dalam
  • 3 webinar peribadi setiap minggu
  • Latihan peribadi
  • Pengeluaran dana dalam selewat-lewatnya 24 jam
  • Diskaun sebanyak 20% untuk bayaran pembukaan kedudukan di Forex

Anda akan menemui lebih banyak maklumat di laman web istimewa.

_____

Kami berharap bahawa maklumat ini telah membantu anda lebih memahami maksud status Olymp Trade, cara untuk mendapatkannya dan perkara yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan daripada kehilangan status premium anda. Jika begitu, jangan berlengah-lengah lagi dan mula membuat dagangan sekarang — “Cara Pedagang” anda sedang menantikan anda!

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.