Status Starter: Soalan Lazim & Arahan Pantas


Sistem status Olymp Trade bukan sahaja membantu pedagang untuk mengasah kemahiran mereka tetapi juga untuk mendapatkan lebih banyak manfaat daripada platform perdagangan. Ganjaran seperti membuka kunci penunjuk baharu serta mendapat keuntungan yang lebih tinggi dalam mod FTT memotivasikan pedagang untuk terus mencari keadaan yang bagus untuk membuat dagangan.

Kegiatan pelaburan bukan hanya tentang menjana wang tetapi juga tentang memperoleh mata pengalaman (XP) terjamin. Motivasi ini terutamanya penting bagi pedagang pemula yang lebih sukar bertapak dalam perniagaan ini.

Pemula sentiasa mencari cara terbaik untuk berdagang pada aset yang berbeza. Oleh itu, manfaat utama status Starter adalah bahawa ia membolehkan bakal pedagang untuk mula tanpa sebarang asas dan membangunkan kemahiran perdagangan dalam cara yang paling selesa — dengan bergerak di sepanjang Cara Pedagang.

 

Apakah Status Starter?

Dengan status Starter, pedagang boleh menggunakan versi asas platform perdagangan di bawah syarat perkhidmatan standard. Hampir semua klien syarikat bermula dengan ini. Mereka memilih daripada 27 penunjuk analisis teknikal serta alat analisis visual yang tersedia. Selain itu, pedagang Starter mendapat kadar pulangan yang ditingkatkan pada dagangan mereka sebanyak 82% pada waktu ria.

Bagaimanakah Saya Mendapatkan dan Melanjutkan Status Starter?

Untuk mencapai status ini, anda hanya perlu tukar daripada akaun demo kepada akaun sebenar dan mendepositkan sebarang jumlah daripada $10 hingga $500 ke dalamnya (jumlah deposit yang lebih tinggi akan mengaktifkan status Advanced, yang boleh dicapai dengan mendepositkan $500 hingga $2,000).

Tiada keperluan untuk melanjutkan status Starter memandangkan ia merupakan status asas. Walau bagaimanapun, mata pengalaman yang terkumpul akan ditetapkan semula kepada sifar setiap 30 hari. Oleh itu, pastikan anda memperoleh XP yang mencukupi dalam tempoh ini untuk mencapai status Advanced. Bukannya susah sangat untuk melakukannya.

Apakah Ganjaran yang Cara Pedagang Tawarkan kepada Pedagang Starter?

Bilangan XP yang diperlukan Ganjaran
0 Penasihat Purata Bergerak merupakan strategi sedia digunakan, yang memberikan isyarat beli atau jual dalam talian. Penggunaan penasihat memudahkan anda untuk mula berdagang di Forex.
50 Bonus 30% pada deposit anda
450 Penunjuk rahsia StochRSI
1 200 Bonus 30% pada deposit anda
2 300 Status Advanced selama 24 jam
3 750 Potongan 50% untuk status Advanced. Naik taraf dengan $250
5 550 Bonus 30% pada deposit anda
7 700 Anda membuka kunci Trailing Stop — pesanan Stop Loss bergerak, yang menjejaki harga aset pada jarak yang ditetapkan.
10 200 Dagangan bebas risiko
13 050 Kadar pulangan yang ditingkatkan sebanyak 85% dalam mod FTT
16 250 Panggilan daripada penganalisis profesional yang akan memberikan anda cadangan yang berharga tentang perdagangan. Sebagai contoh, mereka boleh memberitahu anda cara terbaik untuk mendagangkan berita dalam mod Forex.
19 800 Status Advanced selama 30 hari

Anda boleh mendapatkan senarai ganjaran terkini yang tersedia di Cara Pedagang di platform perdagangan: klik “Profil,” kemudian buka tab Cara Pedagang.

Bagaimanakah Boleh Saya Naik Taraf ke Status Advanced dengan Pantas?

Mari lihat petua yang akan membantu anda maju di sepanjang Cara Pedagang. Pedagang Starter boleh memperoleh ganjaran dengan cepat yang menaiktarafkan status mereka kepada Advanced selama 24 jam. Ganjaran ini mengaktifkan semua manfaat tahap baharu ini selama 1 hari.

Dan jika anda berdagang secara aktif dalam tempoh ini, anda boleh mencapai status Advanced selama 30 hari tanpa melaburkan wang tambahan.

Cara kedua untuk naik taraf dengan pantas daripada Starter ke Advanced adalah dengan mendapatkan diskaun untuk Advanced menggunakan pengalaman yang anda peroleh di Cara Pedagang (lihat jadual di atas). Dengan itu, anda boleh mencapai status baharu dengan harga separuh.

Walau bagaimanapun, anda akan memerlukan sekurang-kurangnya $260 untuk melakukannya: $10 untuk mula berdagang dan $250 untuk memasukkan dana kepada akaun anda dan mencapai status Advanced. Ini merupakan cara yang paling murah dan paling pantas untuk mendapatkan kelebihan Olymp Trade dalam tempoh yang dilanjutkan.

Apa Lagi yang Perlu Saya Tahu untuk Mengikuti Cara Pedagang?

Seperti yang anda lihat, Cara Pedagang memberikan anda setiap peluang untuk memperoleh status yang lebih istimewa dengan secepat mungkin. Tetapi kemajuan anda bergantung pada tahap kemahiran perdagangan anda.

Untuk memperbaik perdagangan anda, gunakan tutorial dan webinar percuma kami daripada pakar Olymp Trade. Anda boleh mendapatkan bahan ini di bahagian Pendidikan di platform.

Selamat maju jaya dalam pelaburan dan pembelajaran di Olymp Trade!


Amaran risiko:

Maklumat yang diberikan bukan nasihat pelaburan. Apabila menggunakan maklumat ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan mengambil semua risiko yang berkaitan dengan hasil kewangan transaksi anda.

Mula berdagang