Analisis Fundamental

Strategi untuk Berdagang dengan Untung Semasa Krisis Ekonomi

Perkara yang Perlu Dilakukan oleh Pedagang Berkaitan COVID-19

COVID-19 dan krisis ekonomi global yang telah berevolusi pada tahun ini telah mewujudkan cabaran yang signifikan untuk perniagaan dan pedagang di setiap negara. Tambahan pula, jualan, keuntungan, pembayaran gaji dan pengurusan hutang berjuta-juta syarikat telah terjejas dengan teruk.

Sekatan pergerakan di seluruh dunia, kekurangan bekalan perubatan dan produk penting yang lain serta gangguan dalam operasi rantaian bekalan yang normal telah menyebabkan banyak pedagang, yang baharu dan berpengalaman, berebut-rebut untuk melaraskan strategi perdagangan mereka semasa pandemik.

Tindakan membuat ramalan yang kukuh untuk kedudukan terbuka, menyasarkan pasaran untuk difokuskan dan menentukan berita untuk dipercayai dan diberikan tindakan semuanya telah menjadi masalah yang sangat besar semasa krisis ini. Perkara yang lebih teruk ialah ancaman “gelombang kedua” setelah banyak negara menamatkan kuarantin mereka dan cuba kembali kepada kehidupan normal.

Tiada sesiapa yang memperkecilkan betapa seriusnya krisis COVID-19 dan akibat seterusnya. Namun, sebagai pedagang, kita perlu mencari cara untuk menukar situasi buruk menjadi situasi yang menguntungkan bagi mengekalkan mata pencarian dan mencapai matlamat kewangan kita.

Oleh sebab itu, di sini terdapat beberapa strategi yang kami kumpulkan tentang cara untuk berdagang dengan untung dengan mengenal pasti pasaran yang terjejas yang berkaitan dengan pembangunan semasa pandemik.

 

Tapis Berita Anda

Berita tentang Koronavirus, COVID-19 dan istilah yang berkaitan adalah tidak sama. Kita semua telah sering kali mendengar istilah “berita palsu” dalam masa beberapa tahun baru-baru ini untuk memahami bahawa tidak semua maklumat yang kita peroleh adalah tepat. Namun yang lebih penting lagi, adalah lebih baik juga untuk memahami bahawa sesetengah berita adalah lebih penting berbanding berita lain apabila memperkatakan tentang perdagangan semasa pandemik ini.

Sementara kita mungkin berminat tentang makluman langsung tentang koronavirus di India, Rusia, atau di tempat tinggal kita secara tempatan, realiti sebenarnya ialah pasaran tidak begitu mengambil berat tentang kebanyakan geografi ini. Dua kawasan yang paling penting untuk dilihat berkaitan dengan berita tersebut ialah Amerika Syarikat dan China dengan EU, Jepun dan Korea Selatan yang jauh di belakang mereka.

Di sini terdapat beberapa sumber yang sudah tentu akan memberikan impak pada pasaran apabila mengeluarkan maklumat tentang penyebaran virus COVID-19, kadar kematian, kebimbangan dan juga sikap optimis:

1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) – Walaupun organisasi ini pernah mengalami kegagalan hebat sebelum dan semasa pandemik, apabila mereka membuat pengumuman, pasaran mendengar.

2. Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di A.S. – Turut berteka-teki dengan kontroversi respons mereka, tetapi dasar ekonomi A.S. yang berkaitan dengan pandemik ini berkait secara langsung dengan nombor dan maklumat yang dihasilkan oleh organisasi ini.

3. Apa-apa pengumuman RASMI kerajaan China tentang berita virus negatif di negara tersebut. Jika berita tersebut cukup teruk sehingga kerajaan China mengakuinya, maka ia perlu diberi perhatian.

Jangan terpengaruh dengan dakwaan media Barat tentang jumlah individu yang dijangkiti di China. Walaupun ia mungkin benar, ia tidak mempunyai kepentingan untuk pasaran.

4. Perjanjian rasmi yang diumumkan oleh OPEC+ berkaitan dengan had pada pengeluaran dalam kalangan ahlinya. Lebih banyak lagi tentang perkara ini di bahagian seterusnya.

 

Berikan Tumpuan Sepenuhnya pada “Enjin” Ekonomi

“Enjin” ekonomi membentuk sokongan bagi kesejahteraan ekonomi umum. Pedagang yang berpengalaman mengetahui perkara ini, yang menjadi sebab mereka memantau Kalendar Ekonomi mereka pada sepanjang tahun tanpa mengira isu COVID-19. Namun, tindakan memantau senarai kecil penunjuk ini adalah lebih penting untuk memberi sedikit cebisan tentang perdagangan semasa pandemik ini kepada anda dan sementara dunia beralih kembali kepada keadaan biasa.

1. Tahap simpanan minyak. Minyak ialah kandungan utama dalam ekonomi dunia. Setiap minggu, A.S. mengumumkan inventori minyak mentah semasanya. Ini merupakan berita penting kerana A.S. ialah pengguna minyak terbesar dunia dan China adalah yang kedua.

Jika inventori meningkat atau kekal sama, ia bermaksud perindustrian A.S. dan mesin pengguna tidak meningkat dan itu bermaksud kurang jualan dalam SEMUA PERKARA dan bukan sekadar minyak.

2. Data pengeluaran China. Jika A.S. membelinya, sebahagian besar daripadanya dihasilkan di China. China memerlukan sumber untuk mengeluarkan hasil, tetapi tidak akan menghasilkannya jika A.S. tidak membuat pembelian.

Ia hubungan simbiotik, tetapi selalunya satu atau yang lain meningkat terlebih dahulu. Kemungkinan besar China akan memulakan semula enjin ekonominya sebelum A.S.

3. Data pengambilan pekerja A.S. Satu-satunya sasaran terbesar kepada ekonomi dunia ialah kekurangan pekerjaan bagi berjuta-juta pengguna Amerika. Apabila mereka kurang membeli, dunia kurang membuat keuntungan.

Walaupun kerajaan A.S. berusaha untuk membantu, hakikatnya ialah rakyat Amerika tidak menghasilkan begitu banyak wang. Apabila/jika bilangan pekerjaan berubah, ia akan menunjukkan peluang untuk berdagang pada berita tersebut.

 

The Big 3 — Pasaran yang Menunjukkan Sentimen Keseluruhan

Cebisan maklumat ini bukan perkara baharu bagi pelabur yang berpengalaman, tetapi perlu dinyatakan sekali lagi untuk sesiapa yang menilai cara untuk beroperasi dalam situasi pasaran semasa dan semoga akan memberikan manfaat.

Minyak Brent, Emas dan S&P 500 — Tiga aset ini memberikan wawasan yang paling tinggi bagi perkara yang berlaku secara global di pasaran dan cara pemain besar (rumah kewangan, dana mega, dll.) menilai keadaan semasa.

Minyak Brent — Kami telah menjelaskan bahawa minyak ialah penjana aktiviti perdagangan dan ekonomi. Minyak Brent ialah gred minyak yang paling biasa yang didagangkan di seluruh dunia. Terdapat minyak lain termasuk West Texas Intermediate (A.S.) dan gred Ural (Rusia), tetapi Brent mempunyai pengaruh paling global di pasaran.

Jika harga Brent meningkat, ia bermaksud permintaan global untuk minyak meningkat dan oleh itu, aktiviti ekonomi meningkat. Perkara ini mempengaruhi hampir setiap jualan dan keuntungan syarikat. Jika ia kedengaran besar dan berkuasa itu adalah kerana ia memang begitu. Sebab inilah peperangan di Timur Tengah merupakan perkara besar bagi semua orang.

Emas — Apabila serangan bencana ekonomi dan negara melihat inflasi melampau ataupun yang lebih teruk, peperangan. Pemain pelaburan utama di dunia membeli emas. Sebabnya ialah emas dilihat sebagai simpanan nilai dan itu perkara yang baik. Sepanjang beribu-ribu tahun dan pelbagai sistem ekonomi serta eksperimen kerajaan, ia telah mengekalkan nilainya.

Jika golongan kaya ultra membeli emas dan harganya meningkat, maka ia bukan petanda yang baik untuk perkara yang akan datang dalam pasaran. Lihat carta emas yang bermula dari bulan Oktober 2019 sehingga sekarang dan anda akan faham perkara yang kami katakan.

S&P 500 — Indeks stok A.S. ini memberi kita, pedagang dengan suatu tetingkap kepada kesihatan keseluruhan syarikat yang paling kukuh di dunia. Jika anda berminat untuk mengetahui cara pelabur melihat kesihatan ekonomi dunia, lihat pada S&P.

Oleh sebab pelbagai jenis industri dan sektor ditunjukkan dalam S&P, pedagang boleh mendapat pemahaman yang kukuh tentang cara sesuatu perkara berlaku dan membuat keputusan perdagangan termaklum yang lebih baik. Jika pelabur besar melihat sesuatu perkara berlaku dengan COVID-19, mereka akan memberikan reaksi dan reaksi tersebut akan ditunjukkan dalam S&P 500.

 

Maju ke Hadapan dan Berdagang dengan Yakin

Bagi memperoleh keuntungan dalam iklim pasaran semasa, pedagang perlu memantau berita gempar daripada sumber yang disenaraikan di atas, memantau enjin ekonomi yang dinyatakan dan memahami cara wang “besar” berfungsi kerana ia akan tahu terlebih dahulu tentang dua faktor pertama.

Kita optimistik bahawa ekonomi global akan pulih daripada pandemik COVID-19 secepat mungkin, tetapi kita perlu bersedia untuk memperoleh keuntungan bagi apa-apa penurunan selanjutnya. Syukurlah, perdagangan membolehkan kita menjana pendapatan yang baik tanpa mengira situasi pasaran jika kita rajin dan bersedia.

Analisis Fundamental

Strategi untuk Berdagang dengan Untung Semasa Krisis Ekonomi

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.