Analysis

Tinjauan Pakar: Minyak, Emas dan Saham

Analitis Pertengahan Tempoh oleh Pakar Olymp Trade


Minggu lalu menimbulkan harapan tinggi dalam pasaran saham kerana forum di Jackson Hole. Indeks “ketakutan” VIX berada di bawah tanda 18 mata sejak sekian lama, yang menunjukkan bahawa sudah tiba waktu untuk menutup posisi panjang di pasaran saham. Namun, pada akhir minggu, menjadi jelas bahawa keadaan tidak begitu buruk pada masa ini. Tidak ada berita buruk adalah berita baik, tetapi apa yang berlaku seterusnya?

 

Trend Mingguan

  • Apple   + 4.14%. Ini bermaksud pembelian dengan $100 dan pengganda X20 dapat menghasilkan $82.8.
  • Amazon  + 4.44%. Ini bermaksud pembelian dengan $100 dan pengganda X20 dapat menghasilkan $88.8.
  • Tesla   + 4.45%. Ini bermaksud pembelian dengan $100 dan pengganda X20 dapat menghasilkan $89.

 

Pasaran Saham

Sepanjang minggu 23.08 hingga 27.08, indeks saham Amerika kebanyakannya semakin menaik. Indeks S&P 500 melonjak melebihi tahap 15400. Indeks Dow Jones sebahagian besar tidak bankyak berubah dan meningkat kepada 35273 mata kepada 35478 mata.

Acara utama minggu itu adalah, forum di Jackson Hole, yang diadakan setiap tahun dan menarik perhatian daripada peserta pasaran. Tahun ini ia adalah acara istimewa memandangkan pasaran menunggu bayangan stimulus lebih lanjut untuk dihentikan secara beransur-ansur.

Berikut adalah perkara utama dalam ucapan ketua Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell.

  • Pasaran buruh semakin membesar
  • Inflasi sementara
  • Ekonomi AS tidak memerlukan sokongan dasar yang lanjut
  • Kemajuan lebih lanjut diperlukan untuk mengurangkan insentif

Perkara terakhir mungkin perkara yang paling penting. Semua orang faham bahawa pengisian pasaran dengan kecairan (dalam bentuk program QE) tidak akan berhenti dalam jangka masa pendek, dan oleh itu, pasaran boleh menghembuskan nafas tenang. Reaksi terhadap indeks adalah ‘bullish’ pada Jumaat 27hb, penunjuk utama pasaran AS meningkat. Disebabkan itu, para pakar adalah yakin bahawa pelabur tidak patut menjangka pengeluaran daripada pasaran saham, tetapi naik turun mungkin agak tinggi. Anda perlu lebih prihatin menjelang mesyuarat perjumpaan September FRS iaitu pada 22 September.


Dengan pendekatan spekulatif untuk memilih sekuriti, kami cadangkan untuk beri perhatian khas kepada syer Amazon.com. Kadar peningkatan hasil syarikat ini agak tinggi sejak beberapa tahun yang lalu. Contohnya, untuk 2020-2021, hasil meningkat lebih 37% dan pendapatan bersih meningkat dari $11.5 bilion kepada $21.3 bilion iaitu hampir dua kali ganda. 

Gandaan harga syarikat ini adalah lebih rendah berbanding industri. Oleh itu, P/E syarikat ialah 58.38 (dalam industri 59), P/B ialah 14.76 dengan purata 53.59, P/S syarikat ialah 3.83 (dalam industri – 48.95). Dengan gandaan fundamental seperti itu yang lebih bagus daripada industri, para pelabur berminat untuk membeli syer, menyebabkan peningkatan permodalan.

Sementara itu, berdasarkan penilaian teknikal, syer syarikat adalah dalam zon “mendatar” dengan tahap sokongan $3100 dan tahap rintangan $3500. Mempertimbangkan harga sekuriti yang kini $3350, berbaloi untuk pertimbangkan pembelian saham ini.

 

Pasaran Komoditi

Sebut harga Brent yang cukup kuat untuk pengaruh telah terkesan oleh Ribut Ida, yang mencapai kategori 4. AKibat itu, operasi pelabuhan minyak Louisiana di Teluk Mexico telah digantung. Ini menyebabkan peningkatan besar dalam harga Brent, iaitu pada 23.08 meningkat daripada $65 kepada hampir $69.

Pada 25 Ogos, harga menembusi tahap $70. Dari segi teknikal, sasaran pertumbuhan Brent menjadi $75. Pada pagi hari Jumaat, September 3, harga melantun kembali daripada $74 dan kembali kepada $70.40; selepas itu menaik kepada $73.


Sebut harga Emas melebihi $1,800 setiap troy ounce. Permintaan meningkat di tengah-tengah kebimbangan tentang COVID-19. Tahap rintangan yang paling hampir ialah $1835 – $1840.

 

Kesimpulan

Oleh kerana Powell tidak menyatakan apa-apa yang muktamad tentang peralihan kepada dasar kewangan yang lebih terhad, pasaran saham telah bertenang sedikit. Akibat itu, kita boleh menjangka pengembangan berterusan pada bursa saham, sekurang-kurangnya sehingga mesyuarat seterusnya jawatankuasa ini tentang pembukaan pasaran dalam masa sebulan. Sebabnya ialah kedua-dua faktor cuaca dan kebimbangan penerusan perintah berkurung disebabkan varian COVID yang baharu.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 11.06.2019

Presiden Trump berulang kali menekankan pentingnya perjanjian imigresen dengan Mexico, dan beberapa syarikat mengikuti larangan Washington terhadap Huawei.
Analysis

Ketakutan dan Emas

Perkara yang pakar Goldman Sachs jangkakan daripada emas pada tahun 2020.