Analysis

Ulasan Pakar: Adakah Pasaran Saham AS mengalami Pembalikan?

Analisis Pertengahan Tempoh oleh Pakar Olymp Trade


Di tengah-tengah khabar angin tentang pengurangan langkah kewangan yang bakal berlaku, pasaran saham Amerika terus merosot. Selain itu, harga minyak minggu ini terus menaik, yang secara sistematik membawa Eropah kepada krisis tenaga. Apa yang sedang berlaku dan apa yang harus dijangka? Jangan terlepas ulasan ini daripada kami.

 

Trend Mingguan Lalu

  • Google -5.34%. Membuka dagangan turun bernilai $100 dengan pengganda X20 boleh menghasilkan $106.8
  • ETH/USD   +5.59%. Membuka dagangan naik bernilai $100 dengan pengganda X10 boleh menghasilkan $ 55.9
  • Nvidia  -7.92%. Membuka dagangan turun bernilai $100 dengan pengganda X20 boleh menghasilkan $158.4

 

Pasaran Mata Wang

Sepanjang minggu lalu, mata wang Amerika menunjukkan, antara volatiliti yang tertinggi. Pasangan mata wang NZD/USD jatuh mendadak, daripada 0.70300 kepada 0.68600, iaitu lebih 2%. Blok berita baik diterbitkan di AS minggu lalu:

  • Data pesanan untuk barang tahan lama (cth. barang dengan hayat yang melebihi 3 tahun) dikeluarkan pada hari Isnin. Pada bulan Ogos, bilangan pesanan meningkat sebanyak 1.8%, manakala nilai yang diramal adalan +0.7%.
  • Pada hari Rabu, indeks jualan belum selesai diterbitkan dalam pasaran hartanah untuk bulan Ogos. Penunjuk meningkat sebanyak 8.1%.
  • Pada hari Khamis, data GDP untuk suku tahun kedua menambah optimisme – ekonomi AS meningkat 6.7%.

Kesemua ini membolehkan dolar untuk semakin kukuh berbanding mata wang lain. Untuk NZD/USD, pasangan ini hampir kepada tahap sokongan yang agak kuat iaitu 0.68000

Olymp Trade - NZD/USD chart - Expert Review 2021.10.04
Gambarajah. 1. Pasangan mata wang NZD/USD. 1D TF.

Pada TF yang lebih mudah, penunjuk menunjukkan pembalikan dan bukan kenaikan yang berterusan. Oleh itu, anda patut fikir terlebih dahulu sebelum membuka posisi panjang dengan stop loss yang sedikit di atas garisan merah jambu yang ditunjukkan di atas.

 

Pasaran Saham

Selepas menutup jurang dari 20.09, indeks Dow Jones Amerika cuba menaik, tetapi pada hari Selasa 27.09 terdapat pembalikan dan mula bergerak turun. Indeks S&P dan NASDAQ juga terus turun. Penurunan dalam pasaran ekuiti berlaku di tengah-tengah desas-desus bahawa pada bulan November, Feds akan mengumumkan permulaan pengurangan program kewangan. Jika begitu, maka kita mungkin menghadapi bukan sahaja penurunan teknikal, tetapi penurunan penuh indeks saham.


Saham paling “terkesan” minggu lalu adalah saham Microsoft (penurunan lebih 5%). Adobe (penurunan 8%), Nike (permodalan jatuh hampir 6.5%) dan Nvidia (turun lebih 6%). Sebaliknya, dengan latar belakang kenaikan harga minyak, syer syarikat dalam sektor tenaga berprestasi baik. Saham Exxon Mobil menguji $60.5; harga saham Chevron mencapai hampir $105.

Bagi saham syer Chevron, kami berpendapat kenaikan ini adalah selari dengan konsep pemulihan teknikal. Pada masa ini, analisis perbandingan menunjukkan permodalan syarikat itu dinyatakan berlebihan. P/E adalah lebih daripada purata industri sebanyak 55.48, tetapi syarikat adalah kukuh dari segi hasil dividen, purata 4% sepanjang lima tahun, yang agak tinggi untuk pasaran saham Amerika. Oleh itu, kemasukan syer ini dalam portfolio dari pihak pelabur mungkin didorong oleh kemahuan untuk menerima dividen yang agak tinggi, dan ini boleh membantu harga saham Chevron untuk bertahan. Sebaliknya, beta daripada saham adalah 1.25, yang bermaksud jika penurunan berterusan pada bursa saham, permodalan syarikat tenaga ini akan merosot dengan cepat.

Olymp Trade - Chevron chart - Expert Review 2021.10.04
Gambarajah. 2. Syer Chevron. 1D TF. 

 

Pasaran Komoditi

Minyak mentah Brent mencapai ketinggian sejak 3 tahun dan terus naik. Carta menyentuh tahap psikologi $80. Kali terakhir minyak didagangkan dalam julat ini adalah pada September 2018, apabila fasiliti minyak di Saudi Arabia diserang oleh drone. Pada bulan Oktober 2018, puncak setempat tetap pada $86.7. Tahap ini berkemungkinan menjadi halangan utama untuk rali kenaikan yang berterusan. Walaupun kebanyakan peserta pasaran percaya bahawa peningkatan kepada $100 mungkin berlaku sebelum hujung tahun.

Olymp Trade - Brent chart - Expert Review 2021.10.04
Gambarajah 3. Minyak Brent. 1D TF. 

Penganalisa Goldman Sachs mencadangkan senario yang lebih konservatif. Disebabkan akibat ribut taufan Ida dan Nicholas, mereka menaikkan ramalan untuk harga Brent daripada $80 kepada $90 setiap tong menjelang akhir 2021.


Trend bullish juga disokong oleh harga tinggi untuk gas semula jadi dan LNG di Eropah dan Asia Timur. Menjangkakan musim sejuk yang sangat sejuk, utiliti meningkatkan simpanan gas semula jadi pada kadar rekod.

Harga Gas Semula Jadi telah mengemas kini maksimum setempat kepada kira-kira $6.340 setiap sejuta unit termal British. Rali gas berterusan.

Olymp Trade - Natural Gas chart - Expert Review 2021.10.04
Gambarajah 4. Gas Semula Jadi. 1D TF. 

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) melaporkan kenaikan dalam simpanan gas sebanyak 88 bilion kaki padu minggu lalu. Angka purata untuk lima tahun yang lepas adalah 72 bilion.

Selain Amerika Syarikat, gas juga sedang dikumpulkan di Eropah. Ia menjadi jelas bahawa kemudahan storan Eropah tidak akan penuh 100% disebabkan musim sejuk yang menjelang. Walaupun ini hanyalah insurans tambahan, peningkatan permintaan boleh mendorong harga lebih tinggi.

 

Pasaran Mata Wang Kripto

Bitcoin terus merosot. Sokongan setempat ialah pada $41,000. Latar belakang fundamental adalah negatif dan sekali lagi disebabkan oleh tindakan larangan China berhubungan dengan mata wang kripto. Jika keadaan tidak berubah pada beberapa bulan akan datang, mata wang kripto utama mungkin menguji semula sokongan paling kuat pada $30,000, sebelum itu ia sepatutnya menguji tahap sederhana sebanyak $37,000.

Description: Olymp Trade - Bitcoin chart - Expert Review 2021.10.04
Gambarajah 5. Bitcoin. 1D TF. 

Altcoins terus hilang nilainya, jatuh lebih cepat berbanding BTC. Indeks dominans mata wang utama meningkat kepada 42.5%. Penunjuk ketakutan dan ketamakan menunjukkan 20 mata dalam posisi Ketakutan Yang Melampau “Extreme Fear”. Penunjuk berada pada posisi ini pada bulan Julai, pada kali terakhir Bitcoin menguji tahap $30,000.


Selepas People’s Bank of China menekankan ancaman mata wang kripto kepada sistem kewangan tradisional pada 24 September, banyak syarikat China menghadapi sekatan di bawah tekanan daripada pihak kawal selia.

  • Dari 8 Oktober 2021, Alibaba akan melarang peralatan perlombongan untuk Bitcoin, ether dan mata wang lain. Ia juga tidak mungkin untuk membeli buku teks atau perisian perlombongan di laman itu.
  • Beberapa kolam perlombongan telah menamatkan operasi, terutamanya kolam perlombongan Ethereum SparkPool dan Bee Pool. F2Pool telah mula enggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dari PRC.
  • Terdapat laporan bahawa perkhidmatan analitis popular CoinGecko dan CoinMarketCap tidak lagi tersedia di China.
  • Sejak akhir September, pertukaran Binance, Huobi dan BitMart, dan juga perkhidmatan analisis Feixiaohao, telah melarang pendaftaran daripada China.
  • Pertukaran mata wang kripto Biki mengumumkan penutupan pada akhir November.
  • Broker China, Tiger Brokers dan Futu akan melarang perdagangan mata wang kripto mulai Oktober.

 

Namun begitu, masih terdapat berita baik. Twitter telah menambahkan keupayaan untuk menerima derma dalam mata wang kripto dan merancang untuk menambahkan antara muka untuk berfungsi dengan NFT. Selepas itu, bilangan nod dan saluran dalam Lightning Network meningkat pada waktu siang sebanyak lebih 23% dalam 24 jam.

 

Kesimpulan

Sepanjang minggu lalu, nilai dolar menjadi lebih kuat sedikit, mencetuskan beberapa trend dalam pasaran pertukaran asing.

Pasaran saham di ambang penurunan yang mendadak, dengan banyak syarikat yang terus menjual saham.

Pasaran komoditi, atau lebih khusus lagi pasaran tenaga, terus meningkat menjelang musim sejuk yang sejuk dan peningkatan dalam permintaan untuk sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

Pada pasaran kripto, pengagihan semula dana yang aktif berterusan dengan latar belakang kemerosotan harga bitcoin. Ia boleh dianggap bahawa selepas larangan daripada mengusahakan pertukaran berpusat, pedagang China akan cepat beralih kepada DEX dan aktiviti dalam sektor DeFi akan meningkat lebih banyak lagi.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 22.06.2020–26.06.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...