Analysis

Ulasan Pakar: Evergrande dari China menyebabkan pasaran panik

Analitis Pertengahan Tempoh oleh Pakar Olymp Trade


Berita utama minggu lalu, sudah tentu, mesyuarat bank pusat. Rizab Persekutuan AS mengadakan mesyuaratnya pada hari Rabu, pada hari Khamis Bank of England dan Bank Nasional Switzerland juga membuat keputusan tentang kadar faedah. Pasaran goyah sawal hari Isnin, tetapi adakah ini adalah akibat kekhuatiran tentang tindakan lanjut pihak berkuasa kewangan? Perkara ini akan diteliti dalam usalan kami.

 

Trend Minggu Lalu

  • ETH/USD  −8.51%. Membuat dagangan turun dengan $100 dan pengganda X10 multiplier, boleh menghasilkan $85.10
  • BTC/USD  -4.78%. Membuat dagangan turun dengan $100 dan pengganda X10, boleh menghasilkan $47.80
  • Facebook  -7.26%. Membuat dagangan turun dengan $100 dan pengganda X20, boleh menghasilkan $145.20

 

Pasaran Mata Wang

Kami memperhatikan pergerakan paling ketara dalam pasaran mata wang semasa minggu silang mata wang GBP/CHF. Volatiliti yang semakin tinggi dalam Swiss Franc baru-baru ini memberi isyarat tentang perubahan trend pasaran yang mungkin berlaku. Nampaknya pedagang tidak dapat memutuskan sama ada untuk melabur dalam aset selamat atau terus memperdagangkan mata wang risiko.

Pada 23.09,Bank Negara Swiss memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada -0.75%.

Bank of England membuat keputusan yang sama dan mengekalkan kadar faedah pada +0.1%. Walaupun segalanya lebih kurang jelas dengan BNS, kesimpulan “Old Lady” diperhatikan dengan nota positif. Pasaran memulakan kenaikan kadar yang lanjut di UK, dijangka meningkat kepada +0.15% pada Februari 2022 dengan kebarangkalian 80%. Ini bermaksud lonjakan dalam mata wang itu adalah kerana peserta pasaran mensasarkan dan membuat persediaan untuk dasar kewangan yang lebih ketat.

Sementara itu, pada minggu lalu, perdagangan EUR/USD mengalami keadaan bercampur. Sebelum mesyuarat Rizab Persekutuan AS, Dolar AS semakin kukuh, menunjukkan bahawa peserta pasaran menjangkakan Powell untuk meneruskan pendirian kuat. Namun demikian, keadaan “teruk” tidak berlaku sekarang, walaupun kenyataan yang diterbitkan mengandungi pernyataan bahawa “penguruangan Q.E mungkin dijaminkan tidak lama lagi”. Fed menjangka inflasi untuk turun pada permulaan 2022. Namun, ia dijangka untuk naik dalam beberapa bulan akan datang. Secara khas, analisis opsyen F.X. menunjukkan delta opsyen put dengan harga strike 1.16000 dan tarikh luput dalam 2 bulan ialah 0.73. Ini bermaksud, berkemungkinan tinggi pasaran menjangka USD untuk terus kukuh pada pertengahan tempoh.

Menurut analisis teknikal, pada 1D T.F., harga menguji sokongan dalam kawasan 1.1600 – 1.17000. Harga membentuk corak “double bottom” klasik.

Olymp Trade - EUR/USD chart - Expert Review 2021.09.27
Gambarajah 1. Pasangan mata wang EUR/USD. 1D T.F.

Pasaran Saham

Pasaran A.S hampir runtuh pada awal minggu lalu. Dow Jones menghasilkan jurang yang besar ke arah bawah semasa pasaran dibuka pada hari Isnin, hampir mencapai tahap 33,600 mata. S&P 500 hampir menguji 4300, dan NASDAQ 100 jatuh kepada 14820 mata. Semua JURANG itu kemudiannya ditutup oleh pasaran.

Kisah syarikat China Evergrande juga memainkan peranan penting dalam kemerosotan ini. Syarikat itu adalah pembangun terbesar dan penghutang terbesar. Liabiliti syarikat ini berjumlah lebih 300 bilion dolar, dan syarikat ini telah berulang kali memberi amaran tentang kemungkiran hutang. Contoh ini menunjukkan dengan jelas bagaimana sensitif pasaran terhadap berita buruk. Sebaik sahaja berita tentang syarikat ini yang bakal muflis disiarkan, berlakunya mikro panik yang segera. Saham Facebook menerima hentaman paling kuat minggu ini, jatuh lebih daripada 8%, dan Alibaba turun hampir 4%.

Selain itu, saham Alibaba adalah antara pemimpin pertumbuhan harga tetapi secara perlahan keluar daripada senarai itu. Perubahan ini berlaku satu tahun yang lalu apabila terdapat maklumat tentang siasatan antimonopoli oleh pihak berkuasa China terhadap syarikat itu. Pada masa ini, syarikat internet itu bergerak pada kadar yang laju ke arah $130 setiap syer, di mana kita mungkin menemui sokongan.

Olymp Trade - Alibaba Stock chart - Expert Review 2021.09.27
Gambarajah 2. Saham Alibaba. 1M TF.

Pasaran Komoditi

Sudah tentu, peristiwa minggu ini adalah kemungkinan kemungkiran hutang oleh Evergrande Group dari China, yang juga mempengaruhi pasaran komoditi, tetapi pada tahap yang kurang sedikit.

Beijing telah pun meminta pihak berkuasa tempatan untuk bersedia untuk kejatuhan syarikat itu dan berkemungkinan menyuntik kecairan jangka pendek kepada ekonomi. Ia akan mengikuti haluan AS pada tahun 2008 selepas kejatuhan Lehman Brothers.

Pasaran komoditi bertindak balas dengan penurunan kecil dalam jangka masa pendek, tetapi potensi bahaya bakal berlaku. Sektor hartanah merupakan satu suku daripada GDP China. Pihak kerajaan telah pun mengumumkan penswastaan syarikat itu. Namun demikian, terdapat kemungkinan penurunan ekonomi China, yang akan meletakkan tekanan yang melarat ke atas pasaran komoditi, dan terutamanya, pasaran minyak.

Minyak mentah Brent menemui sokongan pada kira-kira $72.3 satu tong dan selepas itu mula meningkat, peningkatan berhenti ditutup pada $76. Harga mengalami trend naik pertengahan tempoh.

Olymp Trade - Brent Oil chart - Expert Review 2021.09.27
Gambarajah 3. Minyak Brent. 4H T.F.

Gas semula jadi tidak dapat mencapai tahap $6,000. Harga terus jatuh dan mungkin kembali kepada garisan trend naik $4,200 – $4,300 sebagai tahap sokongan.

Olymp Trade - Natural Gas chart - Expert Review 2021.09.27
Gambarajah 4. Natural Gas. 1D TF.

Kita boleh menjangka pergerakan naik yang lebih lanjut dengan ketibaan cuaca yang lebih sejuk. Tahun ini cuaca sejuk dijangka tiba awal dan sangat kuat. Permintaan untuk pemanasan akan menghasilkan permintaan kuat untuk Gas Semula Jadi, seperti biasa. Tetapi, kami mungkin melihat senario ini hanya selepas beberapa bulan.

Juga penting untuk diingat bahawa pasaran tenaga boleh ditukar ganti. Goldman Sachs percaya jika gas semula terus meningkat, konsumer Asia dan Eropah akan bertukar kepada minyak kerana ia lebih menguntungkan. Sekiranya ini berlaku, kira-kira 2.0 juga tong tambahan akan digunakan setiap hari.

 

Pasaran Mata Wang Kripto

Pasaran mata wang kripto juga tahu minggu lalu. Bitcoin seketika turun dua kali kepada $40,000. Pada kali pertama, harganya pulih kepada $44,000, di mana sokongan sebelumnya melihat tentangan.

Impak China mendorong penurunan kali kedua kepada hampir penurunan 10%. Dokumen daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negeri daripada Republik Rakyat China diterbitkan secara umum. Larangan terhadap aktiviti perlombongan ditunjukkan sebagai sebahagian daripada penunjuk prestasi kerajaan perbandaran. Dokumen tersebut mengelaskan perlombongan sebagai “industri yang dicairkan” dan melarang pelaburan dalam sektor tersebut. China meneruskan polisi semasa mengenai pelarangan mata wang kripto.

Dari segi teknikal, nampaknya harga membentuk corak segi tiga (bertanda merah), dan dalam jangka masa pertengahan, harga boleh kembali ke tahap $30,000 iaitu tahap sokongan yang paling kuat sejak permulaan tahun ini.

Olymp Trade - Bitcoin chart - Expert Review 2021.09.27
Gambarajah 5. Bitcoin. 1D TF.

Indeks dominans BTC bertambah 1% sepanjang minggu lalu dan kekal pada 42%. Ia akan terus meningkat, dan altcoin akan kehilangan kekuatan. Indeks ketakutan dan ketamakan menunjuk ke arah ketakutan dengan bacaan 27. Ini, secara umumnya, tidak mengejutkan kerana gelombang semasa penjualan menyebabkan para pelabur semakin gemuruh.

Penghindaran risiko kerana Evergrande juga mempengaruhi pasaran mata wang kripto. Beberapa pemegang jangka panjang mula menjual BTC selaras dengan penjualan pasaran saham. Tindak balas ini tidak biasa. Kita melihat keadaan serupa pada Mac lalu.

Berdasarkan metrik on-chain Glassnode, pelabur yang membeli mata wang lebih dari enam bulan yang lalu dalam julat $18,000-31,000 kebanyakannya menjual sekarang. Sementara itu, pelombong hanya terus meningkatkan simpanan bitcoin.

Coinbase akan mencadangkan projek peraturan sfera kripto kepada pihak kerajaan A.S. dalam beberapa bulan yang akan datang. Coinbase sebelum ini telah menerima beberapa aduan dari SEC. Projek sistem peraturan persekutuan, yang akan dibentangkan oleh Bursa itu, akan membantu menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, adakah ia dapat mengubah keadaan adalah masih tidak jelas – pengguna terus mengeluarkan dana secara aktif dari semua bursa berpusat.

 

Kesimpulan

Kemungkiran hutang yang bakal berlaku daripada pembangun hartanah terbesar di China, menggegarkan beberapa pasaran sekaligus dan menunjukkan hubungan lemah antaranya. Saham dan pasaran mata wang bertindak balas dengan serta merta, manakala pasaran komoditi kemungkinan merasa akibatkan dalam tempoh pertengahan.

Walau apa pun, China sekali lagi meletakkan tekanan ekonomi ke atas sistem kewangan global, dan kita hanya boleh berharap bahawa kemungkiran Evergrande adalah isisden yang akan ditangani oleh pihak PRC dan bukan satu manipulasi yang dirancang.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 29.09.2021

Pengerusi Fed, Jerome Powell, akan menerangkan rancangan kewangannya hari ini, begitu juga Gabenor Bailey BoE dan Presiden ECB, Christine Lagarde.
Analysis

Berita, Trend, Analitik 06.11.2019

Iran telah berundur daripada beberapa komitmen di bawah perjanjian nuklear 2015. Presiden negara itu berkata langkah-langkah yang telah diambil oleh Iran boleh berbalik.