Analysis

Ulasan Pakar: Minyak, Matawang Kripto dan Pengaktifan Pasaran

Analitis Pertengahan Tempoh oleh Pakar Olymp Trade

 


Senarai Gaji Bukan Perladangan memberi kejutan besar kepada pasaran. Harga dolar semakin kukuh dan aset pertahanan semakin menurun. Pasaran akhirnya mula memasuki trend selepas satu tempoh penggabungan. Apa yang sedang berlaku dengan pasaran komoditi, pertukaran asing dan mata wang kripto telah dianalisis oleh pakar Olymp Trade dalam artikel ini.

 

Trend Mingguan

  • CHF/JPY  −0.61%. Perdagangan jual dengan $100 dan pengganda X200 multiplier boleh menghasilkan $ 122.
  • CAD/CHF  +0.92%. Anda boleh menghasilkan $184 dengan dagangan naik sebanyak $100 dan gandaan X200.
  • NZD/CHF  +0.75%. Anda boleh menghasilkan $150 dengan dagangan naik sebanyak $100 dan gandaan X200.

 

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah Brent pada masa ini kembali kepada $70 satu tong. Sebab utama adalah tanda-tanda permintaan yang meningkat untuk bahan api di Amerika Syarikat, yang mengimbangi kebimbangan tentang sekatan pergerakan di Asia disebabkan oleh penyebaran varian Delta coronavirus.

Namun, keadaan segera berubah. Brent tidak lama kemudian merosot di bawah $70 setelah A.S. meminta OPEC untuk meningkatkan pengeluaran dalam usaha mengatasi kenaikan harga petrol. Pentadbiran Presiden Biden percaya bahawa tahap pengeluaran semasa “tidak cukup” dan ini boleh membahayakan pemulihan ekonomi global. Kita boleh mengatakan bahawa pentadbiran sekarang mengulang sepenuhnya tindakan yang diambil sebelumnya dalam perkara ini.

Sementara itu, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah mengeluarkan ramalan minyaknya. Ia cukup konservatif dan menganggap bahawa kekurangan minyak di pasaran akan berakhir pada bulan Disember 2021. Sekiranya semuanya berjalan mengikut senario IEA, maka kita tidak akan melihat kenaikan harga minyak dalam waktu terdekat.

Menurut IEA, harga minyak mentah Brent akan tetap hampir dengan tahap semasa hingga akhir 2021, kira-kira $72 setong dan permintaan akan menurun. Pada tahun 2022, harga minyak mentah Brent akan turun ke purata $66 setong.

Sebab utama adalah sama seperti yang dibincangkan oleh kartel OPEC+. Peningkatan pengeluaran yang berterusan di negara-negara OPEC+ dan percepatan peningkatan pengeluaran minyak yang sukar dipulihkan di Amerika Syarikat akan mengatasi peningkatan penggunaan minyak dunia yang perlahan, dan akan menyumbang kepada penurunan harga emas hitam ini.


Harga emas telah jatuh ke $1,720 satu auns sejak laporan Senarai Gaji Bukan Perladangan terakhir. Dolar mengukuh setelah peluang pekerjaan AS melonjak 590,000 pada bulan Jun dan melepasi 10 juta untuk pertama kalinya menurut Jabatan Tenaga Kerja AS. Selain itu, jumlah pekerjaan bukan perladangan baru di Amerika Syarikat melonjak 943,000 pada bulan Julai, yang jauh lebih banyak daripada ramalan.

 

Pasaran Mata Wang

USD kekal pada tahap yang tinggi disebabkan lebih banyak data kukuh dalam pasaran buruh A.S., seterusnya mengukuhkan jangkaan bahawa stimulus Rizab Persekutuan akan dikurangkan tidak lama lagi.

Prospek pemotongan program pembelian bon melonjakkan hasil dalam bon A.S. dan menjejaskan aset “selamat” misalnya emas dan Swiss franc secara negatif.


CHF telah turun kira-kira 1.6% berbanding dolar sepanjang beberapa hari yang lalu dan diperdagangkan pada 0.92 francs per dolar. Selari dengan auro, mata wang Swiss pada tahap 1,080 euro, manakala awal bulan ini, franc semakin kukuh kepada maksimum 1,072 sepanjang sembilan bulan yang lalu.

Pasaran bersedia untuk bergerak, mengubah penjadual pemotongan stimulus Feds. Proses ini telah baru bermula dan pelarasan lanjut boleh dijangkakan.


 

JPY menurun 0.08% berbanding dolar kepada 110.37 yen, menghampiri tahap paling rendah dua-minggu. Dolar akan kembali ke ketinggian sebelumnya pada 111 yen hanya jika terdapat peningkatan ketara dalam hasil bon kerajaan A.S.

 

Pasaran Mata Wang Kripto

Bitcoin naik secara mendadak selepas penurunan yang berpanjangan. Harga mata wang kripto utama ini melebihi $46,000 menambah lebih daripada 50% kepada nilai BTC dalam hanya dua minggu. Tiada sebab yang jelas untuk peningkatan ini, jadi ia mungkin satu lagi perangkap bullish untuk pedagang jangka pendek.


London hard fork berlaku pada Ethereum Mainnet pada block #12,965,000. Dalam beberapa jam pertama selepas pengaktifan London, harga ETH menaik sebanyak 10%. Kemas kini ini melambatkan pengaktifan “bom kerumitan” sehingga 1 Disember 2021 dan mengurangkan pampasan, yang menyebabkan pengurangan pendapatan perlombongan sebanyak kira-kira 20-30%.

Manakala, pihak kawal selia A.S. terus “menyerang” perkhidmatan mata wang kripto dalam beberapa langkah:

  • BitMEX telah menyelesaikan pertikaian sivil dengan Suruhanjaya Perdagangan Future Komoditi A.S. (CFTC) dan Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan (FinCEN). Syarikat telah bersetuju untuk membayar
  • has settled a civil dispute with the US Commodity Futures Trading denda $100 kerana melanggar tatacara anti penggubahan wang haram dan pengesahan pelanggan.
  • US SEC memfailkan petisyen di mahkamah untuk menyediakan agensi tersebut dengan akses kepada komunikasi antara pekerja Ripple dalam alat pemesejan Slack. Mereka merancang untuk mengakses “lebih sejuta mesej yang merangkumi beberapa terabyte data.”
  • SEC mendenda bursa kripto Poloniex $10 juta kerana menganjurkan perdagangan dalam sekuriti tidak berdaftar dalam bentuk aset digital antara Julai 2017 dan November 2019.

 

Kesimpulan

Dolar A.S. telah mula bergerak, menarik hampir semua pasaran bersamanya. Prospek penurunan dalam Quantitative Easing (QE) daripada US Fed telah mempengaruhi pasaran, yang masih menghadam maklumat ini. Akibatnya, pergerakan trend tempoh sederhana untuk kebanyakan aset mungkin terbentuk kerana ia telah lama dijanakan.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 06.02.2020

Surat khabar China, Changjiang Daily berkata tentang kejayaan para saintis dalam melawan koronavirus. Berita itu menyebabkan lonjakan harga minyak.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 15.12.2020

Canselor Jerman, Angela Merkel mengumumkan pengenalan kuarantin di seluruh negara. Negara-negara lain sedang bersedia untuk mengikuti langkah yang sama.
Analysis

Berita, Trend & Analisis 05.07.2019

Krisis kecil berlaku antara institusi Great Britain dan China. Beijing meminta London mengekalkan jaraknya dari Hong Kong dan menghormatinya.