Vitalik Buterin dan Ethereum: 6 Fakta Yang Perlu Anda Tahu


Ethereum ialah mata wang kripto kedua terbesar di dunia, dari segi had pasaran dan jumlah perdagangan harian. Baru-baru ini, coin ini hangat diperkatakan disebabkan pertumbuhan luar biasa yang membantu pedagang tertentu menghasilkan keuntungan yang besar.

Bakal membuka dagangan pada ETH menggunakan platform Olymp Trade? Baca artikel ini untuk ketahui siapa pencipta coin ini, keistimewaannya dan mengapa harganya naik mendadak. 

Berikut adalah 6 Perkara anda perlu tahu untuk memahami Ethereum dan menilai potensi keuntungannya. Mari kita mula di permulaan.

 

1. Siapakah Vitalik Buterin?

Vitalik Buterin ialah programmer genius berusia 27 tahun dari Rusia yang mencipta dan merupakan salah satu pengasas Ethereum pada tahun 2014. Beliau mula berminat dalam kripto sebagai seorang pelajar dan untuk seketika memegang jawatan ketua editor majalah Bitcoin.

Pada suatu ketika, Buterin mula menerokai penggunaan alternatif untuk BTC. Beliau percaya bahawa blockchain, teknologi pendasar, mempunyai potensi besar menjangkaui pindahan wang. Tetapi pembangun Bitcoin tidak berkongsi visi inovatif ini.

Kemudian, Vitalik bekerjasama dengan beberapa orang lain, termasuk Joseph Lubin, Gavin Wood, Anthony Di Iorio, dan Charles Hoskinson untuk melancarkan kripto sendiri yang lebih luas daripada pembayaran sahaja.

Pada awal Mei, Butedan dinamakan salah seorang billionaire kripto yang paling muda apabila BTC melonjak, dan ETH mengikuti trend berikut. Dia menyumbangkan kripto berlainan bernilai lebih $1 billion kepada Dana Bantuan Covid India. Vitalik juga memindahkan berjuta-juta dolar kepada beberapa badan amal yang berfokuskan teknologi.

Namun, seperti yang biasa berlaku dalam dunia kripto, pasaran ini merosot dengan teruk dalam hanya satu hari, mengakibatkan Vitalik meninggalkan Kelab Billionaire. Salah satu pemacu kemerosotan serentak ini adalah komen Elon Musk yang terkenal tentang BTC dan sekatan China terhadap penggunaan kripto.

 

2. Bagaimana ETH Berbeza daripada Bitcoin

Tanpa menyentuh butiran yang terlalu teknikal, pembangun Bitcoin menawarkan alternatif terdesentralisasi kepada sistem perbankan tradisional yang nampaknya lambat, tidak selemat dan terlalu rumit. BTC dicipta untuk menghantar dan menerima dana antara 2 pengguna ーdengan cara yang mudah, cepat, selamat dan global. BTC boleh dilihat sebagai versi EUR atau USD terdesentralisasi.

Pelayan blockchain Ethereum digunakan untuk tokenizing dan pertukaran apa-apa sahaja yang mempunyai nilai, termasuk pemilikan harta tanah dan hak pengaran. Untuk mencapai ini, platform mengenakan kontrak kecil, perjanjian digital pelaksanaan sendiri antara dua pihak. Mata wang dalaman (ETH) digunakan untuk mendorong transaksi di platform Ethereum atau sebagai kaedah bayaran untuk barangan dan perkhidmatan yang berbeza (sekiranya penyedia perkhidmatan setuju untuk menerimanya).

Dalam erti kata lain, ETH adalah lebih muda, cepat dan mempunyai pelbagai peluang penggunaan dalam sektor yang berbeza, termasuk kewangan, insurans, permainan, penjagaan kesihatan, harta tanah dan pengundian. Ia berpotensi untuk merevolusikan cara orang ramai dan perniagaan berinteraksi.

 

3. ETH lwn BTC: Yang Mana Lebih Bagus?

Sukar untuk mengatakan yang mana lebih bagus kerana kedua-dua kripto ini berbeza, setiap satu dengan kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Bitcoin masih mata wang kripto yang terbesar di dunia, walaupun penurunan harga baru-baru ini. Ini bermaksud BTC ialah aset kecairan tinggi yang boleh dibeli atau dijual dengan mudah. Satu lagi kelebihan BTC ialah bekalan maksimum terhad yang menjadikan coin ini imun kepada inflasi. Tidak akan ada lebih daripada 21,000,000 BTC, dan ia menjadi semakin sukar untuk dilombong.

Bagi ETH pula, jumlah bekalan maksimum tidak dihadkan oleh pembangunnya, walaupu mereka menjanjikan pengeluaran coin baharu akan menjadi semakin perlahan. Sebaliknya, Ethereum akan beralih kepada mekanisme perlombongan yang lebih mesra alam sekitar iaitu ‘Proof-of-Stake’. Peralihan ini adalah bahagian penting dalam peta jalan Ethereum 2.0.

Bitcoin berkemungkinan tidak akan beralih daripada ‘Proof-of-Work’, kaedah lebih lama yang membazir tenaga. Zaman ini, produk mesra alam adalah penting untuk menarik dan megekalkan pelabur besar. Kebanyakan pedagang kripto memahami hakikat ini daripada tweet kritikal Elon Musk yang menyebabkan kemerosotan harga BTC.
.

4. Erti Ethereum 2.0 untuk Pengguna & Pelabur

Ethereum 2.0 (Eth 2.0, Serenity) merupakan istilah yang sering didengar baru-baru ini. Ia merujuk kepada naik taraf besar yang bermaksud perubahan ketara dalam reka bentuk rangkaian. Ethereum 2.0 mestilah suatu penyelesaian kepada kesendatan utama platform tersebut.

Secara ringkas, sistem yang ditingkatkan dijangka lebih terukur, selamat dan lestari. Penyelesaian rumit ini yang dipanggil “sharding” akan membolehkan rangkaian untuk menampung beban kerja yang semakin tinggi (iaitu, memperoses lebih banyak transaksi setiap saat).

Mekanisme perlombongan Proof-of-Stake (PoS) mengubha pengesahan transaksi kepada proses yang lebih hijau. Pembaziran elektrik dan penggunaan perkakasan mahal dikurangkan, pengesah akan mempunyai sebahagian dana ETH mereka dikunci dalam rangkaian. Semakin besar pegangan anda (deposit keselamatan), semakin besar “kuasa perlombongan” anda.

Ia adalah idea yang bagus bagi pelabur ETH untuk memantau peta jalan ini. Sekiranya segalanya berjalan seperti yang dirancang, ini ialah tanda yang bagus. Sebarang kegagalan atau kelewatan boleh menjejaskan harga coin ini secara negatif.

 

5. Mengapa EHT Melonjak Tinggi Baru-baru Ini

Had pasaran Ethereum mungkin mencapai setengah trillion dolar tidak lama lagi. Sepanjang beberapa minggu yang lalu, harga kripto ini mencapai ketinggian baharu, mengujakan ramai pedagang dan pelabur.

Sebab utama di sebalik lonjakan ini ialah minat yang semakin meningkat untuk Kewangan Terdesentralisasi atau Decentralized Finance (DeFi) dan Non-Fungible Token. Kedua-dua inovasi ini bergantung pada penyelesaian Ehtereum seperti dApps (Aplikasi Terdesentralisasi) dan kontrak pintar.

Satu lagi sebab utama ialah kemasukan pelabur institusi. Peningkatan besar dalam aliran modal sentiasa suatu tanda yang bagus.

 

6. Adakah ETH Pelaburan yang Bagus untuk 2021?

Walaupun lonjakan hebat diikuti dengan jatuhan yang paling besar, kami masih percaya Ehtereum adalah aset yang bagus untuk dipegang dan didagangkan. Bagaimana pun, harganya meningkat dengan tetap sejak tahun 2020, sehingga ia jatuh tajam baru-baru ini, yang melibatkan semua kripto.

Terdapat berita baik yang menambah nilai ETH. Pada 27 April, 2021, Bank Pelaburan Eropah (EIB) mengeluarkan bon digital berdasarkan blockchain Ethereum, dengan sokongan Goldman Sachs, Santander dan Societe Generale. Jika inisiatif ini berjaya, pihak lain mungkin turut sama. Vitalik Buterin pasti bahawa nilai dan harga ETH akan menjadi stabil pada masa akan datang, dan tidak akan mudah dipengaruhi oleh tweet pempengaruh.

Sehingga ini berlaku, perkara pertama untuk diingati ialah ETH amat tidak stabil, seperti kebanyakan kripto yang popular. Walaupun ciri ini mungkin menakutkan pelabur konservatif, ia menawarkan peluang jual dan beli yang luar biasa kepada kebanyakan pedagang, terutamanya jika anda mempunyai toleransi risiko tinggi dan dapat mengawal FOMO.

Pasaran kripto masih kecil dan sensitif, jadi anda boleh menjangka keuntungan yang lebih tinggi daripada biasa berdasarkan berita positif atau negatif. Ramai pedagang berpengalaman mempunyai peluang untuk memanfaatkan perubahan harga yang berlaku baru-baru ini.

Pergi ke platform Olymp Trade untuk mengambil kesempatan ke atas perubahan harga Ethereum. Anda boleh memperdagangkan kripto ini dalam FTT atau mod Forex, bergantung pada pilihan anda.


Amaran risiko:

Maklumat yang diberikan bukan nasihat pelaburan. Apabila menggunakan maklumat ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan mengambil semua risiko yang berkaitan dengan hasil kewangan transaksi anda.

Mula berdagang