Forex

Bagaimana Leverage Berfungsi di Olymp Trade

Ketahui Cara Menggunakan Leverage dalam Forex


Hampir setiap pedagang yang berdagang dalam Forex pernah menghadapi perdagangan leverage. Ini adalah jenis perdagangan yang bergantung pada pengganda untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan.

Artikel ini menerangkan secara terperinci maksud perdagangan leverage, cara ia berfungsi dan faedahnya kepada pedagang kami.

 

Apa itu Leverage

Mari kita mulakan dengan persoalan ‘apa itu leverage’ dalam perdagangan Forex. Leverage adalah alat yang membolehkan pedagang membuat pelaburan yang lebih besar berbanding apa yang mereka lakukan dengan menggandakan dana mereka. Ia juga dikenali sebagai pengganda, dengan broker seperti Olymp Trade yang menambahkan wang mereka sendiri kepada jumlah perdagangan.

Dengan nilai tambah ini, pedagang dapat membuka lebih banyak tawaran dan meningkatkan jumlah perdagangan, membolehkan mereka memperoleh lebih banyak wang. Itulah yang menjadikan perdagangan saham leverage begitu popular di kalangan pedagang Forex, kerana peluang untuk memperoleh keuntungan yang lebih tinggi sambil melabur jumlah wang yang lebih kecil sentiasa dialu-alukan. Membuka lebih banyak tawaran juga dialu-alukan, kerana ini membolehkan pedagang mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dengan jumlah dana yang sama.

Bagaimana Leverage Berfungsi

Prinsip di sebalik leverage, yang sering disebut pengganda, cukup mudah: broker Olymp Trade meminjamkan sejumlah wang untuk setiap dolar (atau euro/wang benar) yang anda laburkan. Sebagai contoh, jika anda ingin melakukan beberapa perdagangan Bitcoin dan memutuskan untuk menggunakan pilihan leveraj x10, anda akan mendapat $10 untuk setiap dolar yang anda laburkan.

Anda boleh mengira keuntungan menggunakan pengganda dengan formula mudah ini:

(Perbezaan antara pembukaan dan penutupan dagangan / Harga semasa) * Jumlah pelaburan *Pengganda – Komisen = Keuntungan.

Jadi, jika anda membuka dagangan USD/JPY dengan harga pembukaan 105, harga penutupan 105.5, pelaburan $100 dan pengganda x500, anda akan mendapat keuntungan ((105.5 – 105) / 105.5) * 100 * 500 – 4 = $232.9.

Semasa anda melakukan ini, sebahagian dana anda akan disimpan dalam akaun perdagangan anda sebagai jaminan. Anda tidak boleh menggunakannya untuk membuka dagangan baru sehingga dagangan terkini telah selesai. Sekiranya dagangan berakhir dengan kerugian, jumlah itu akan dikurangkan dari dana yang dijamin itu.

Aset berlainan disediakan dengan leverage yang berlainan. Saiz pengganda bergantung pada sifat aset seperti mod perdagangan, turun naik. Sebab itu pengganda mungkin berlainan untuk aset tertentu.

Aset Pengganda Minimum Pengganda Maksimum
Pasangan Mata Wang x50 x500
Mata Wang Kripto x5 x10
Logam & Komoditi x10 x50
Indeks x30 x100
Saham x1 x20
ETF x1 x5

 

Anda boleh menjumpai pengganda yang tersedia untuk aset tertentu di bahagian Syarat Perdagangan dalam menu Aset.

 

Cara Memperdagangkan Aset Dengan Leverage

Anda boleh membuka dagangan leverage dengan mudah menggunakan arahan berikut::

  • Buka mod dagangan Forex (leverage tidak tersedia untuk mod FTT!)
  • Pilih aset untuk trade
  • Isikan jumlah dagangan
  • Klik ikon pengganda dalam bidang jumlah dagangan
  • Pilih kadar pengganda
  • Pilih arah dagangan
  • Buka dagangan

Seperti yang anda lihat, ini agak mudah dilakukan, dan anda boleh membuka dagangan leverage baru bila-bila masa yang anda mahukan, asalkan ada cukup dana dalam akaun anda. Perhatikan jumlah jaminan yang dirizabkan, kerana anda tidak dapat membuka dagangan baru dengan wang ini.

Sekiranya anda terlupa pengguna yang anda gunakan untuk dagangan tertentu, anda boleh semak di bar “Dagangan” yang menunjukkan pengganda yang digunakan untuk mana-mana dagangan.

 

Kenapa Saya Patut Gunakan Leverage

Terdapat beberapa sebab mengapa pedagang Forex boleh dan patut menggunakan leverage dalam perdagangan mereka. Yang paling utama adalah peningkatan keuntungan. Lagipun, anda boleh menjana keuntungan yang lebih besar dengan pelaburan yang lebih besar, dan leverage adalah alat yang tepat untuk melakukannya.

Sebab kedua ialah penggunaan pengganda membolehkan anda membuka lebih banyak dagangan setiap hari kerana anda menambah dana anda sendiri dengan apa yang dipinjamkan oleh platform Olymp Trade kepada anda. Jadi, daripada membuat sepuluh dagangan $10 setiap satu, anda boleh membuat lebih banyak perdagangan dan untung lebih banyak menggunakan pengganda x100 atau x500.

 

Risiko & Untung

Sudah tentu seperti mana kebanyakan perniagaan, peluang keuntungan yang lebih tinggi juga menawarkan risiko yang lebih tinggi. Leverage tidak dikecualikan, kerana terdapat beberapa risiko yang dikaitkan dengan perdagangan leverage.

Biasanya, lebih besar satu pelabura, lebih banyak hasil kewangan berkemungkinan yang boleh terjadi. Contohnya, dagangan dengan jumlah $100 boleh memberi 30% keuntungan dan menghasilkan $130, tetapi dagangan yang sama dengan leverage x200 yang membawa anda 30% keuntungan akan menghasilkan $6,000. Tetapi, ini juga sama untuk kerugian.

Jika anda dagangkan jumlah yang lebih kecil, kerugian anda juga lebih kecil, dan anda perlu mengambil kira penggandaan penilaian risiko anda apabila anda membuka dagangan dengan bantuan leverage. Pastikan anda menggunakan pengganda yang betul pada masa yang betul.

Bagaimana cara memilih? Baik, ini satu petua, semakin tinggi leverage, semakin banyak dagangan yang boleh anda buka dalam satu hari dengan dana anda. Jadi, jika anda ingin melakukan perdagangan jangka pendek, maka pilihan pintar ialah aset dengan leverage lebih tinggi.

Jika anda lebih cenderung membuat pelaburan jangka panjang, yang melibatkan jumlah dagangan yang kecil, maka leverage yang lebih rendah adalah sesuai untuk anda. Leverage yang lebih rendah akan mengurangkan kemungkinan kerugian dengan mengurangkan jumlah dagangan, tetapi ini juga masih meningkatkan potensi pulangan dan membolehkan anda membuka lebih banyak dagangan.

Kami telah meliputi soalan yang paling biasa tentang perdagangan saham leverage dan fungsinya. Anda sentiasa boleh mempelajari topik ini daripada pelbagai artikel di blog kami yang sentiasa dikemas kini. Pastikan anda mengunjunginya.

Related posts
Forex

Panduan FOREX Terbaik bagi Pemula II

Pasaran Forex boleh menjadi cara yang sangat baik bagi pelabur untuk berdagang secara menguntungkan dan berjuta-juta orang pelabur mengambil bahagian di dalamnya setiap hari.
Forex

Multiplier (Pengganda)

Dalam artikel ini. Kami akan memberitahu anda bagaimana untuk menjadikan idea perdagangan yang paling mencabar anda menjadi kenyataan. Walaupun anda tidak mempunyai cukup wang...
Forex

Perdagangan Pendek

Di platform kami, anda boleh pergi lakukan samada pendek atau panjang apabila berdagang dengan duit syiling digital.